Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Thursday, May 17

P.O.S - Perspektif : Bagus Sangatkah Mereka?

Perspektif

"Ada dua orang sahabat karib. Mereka masih belajar. Tapi dalam kos berlainan. Sorang ambil akaun dan sorang lagi engineering. Pada cuti semester, mereka pergi berkhemah di hutan. 

Tiba je di hutan yang tak jauh dari perkampungan orang asli, segala persediaan di siapkan. Sorang dirikan khemah, sorang lagi buat unggun api. Sorang siapkan makanan, sorang lagi tolong-tolong apa yang patut. Begitulah seterusnya.

Malam menjelma. Dua sahabat kepenatan. Mereka pun masuk tidur di temani bunyian unggas dan cengkerik. Sedang nyenyak tidur tiba-tiba..."

Budak Eng. : Bangun! bangun! Tengok. Apa yang kamu nampak?
Budak Akaun : Hah! Aku nampak bintang.
Budak Eng. : Bintang?
Budak Akaun : Ha'a. Banyak bintang malam ni. Tak terkira. Patut cerah semacam je.
Budak Eng. : Oh!
Budak Akaun : Apsal? Kamu nampak apa?
Budak Eng. : Beb, khemah kita dah hilang.


Apa yang kamu dapat dari cerita di atas? Siapa yang bodoh dan siapakah yang pandai? Siapakah yang mungkin betul? 

Sebenarnya kedua-dua mereka adalah betul. Cuma cara jawapan dan pemikiran mereka saja berbeza. Perspektif pasal sesuatu perkara tak sama.

Bagi si budak akaun, jawapan berdasarkan apa yang dia faham dan lihat. Mungkin pengaruh dari apa yang dia belajar di tempat pengajian menjadi faktor. Di mana lebih ke arah mengira nombor. 

Sama juga seperti  si budak engineering. Untuk selesai sesuatu masalah kena ada perincian dan imaginasi. Tak boleh straight to the point terus dapat jawapan. So, jawapan mereka tentulah berbeza kerana pemahaman mereka juga lain. 

Dalam bab politik pun sama. Si Parti A akan memenangkan apa yang di kata, manakala si Parti B akan mempertahankan pendapat mereka. Itu tak termasuk lagi si Parti B, Parti C dan semacam lagi. 

Padahal kesemuanya mungkin betul. Tapi bergantung kepada sesuatu keadaan. Kerana pemahaman setiap orang lain-lain. Cuma apa yang di perlukan ialah mencari pendapat dan cara paling relevan untuk masalah tersebut. 

Sebagai contoh, apakah pendapat kamu. Adakah perlu perhimpunan Bersih? Adakah wajar 'tarian punggung' askar pencen sebagai protes? Adakah boleh mempergunakan student IPTA untuk agenda parti tertentu? 

Dalam dunia hiburan, sebagai contoh isu artis Fasha Sandha yang hangat sekarang. Di beritakan sedang hamil. Baru beberapa minggu sudah lekat kandungan. Akhirnya peminat, haters dan orang ramai memberi pendapat. Ada yang suka, ada yang mencemuh, ada yang keluarkan fitnah dan segala macam lagi. 

Kalau ikut logik siapakah yang salah? Jawapannya takde siapa yang salah. Fasha Sandha betul bagi pihak dia dan orang lain pun ada benar dari pendapatnya. 

Sepatutnya kenyataan Fasha Sandha di terima pakai. Kerana dia empunya badan. Dia yang tahu hal sebenar. Tapi mungkin tidak. Kerana dia telah mencetuskan persoalan dan tanda tanya kepada orang ramai. Bukankah lebih baik diam saja. Kemudian cari tarikh yang sesuai untuk umumkan. Betulkah?

Dalam bab agama pun begitu. Sekarang ramai sangat yang guna hadis dalam berhujah. Terbaru seperti kes Edwards Martin Jesus yang meroyan nak bunuh diri. Bagi yang tak tau mungkin boleh cuba google cerita ini. Sebenarnya sebelum ni pun banyak berlaku kes seperti ini. 

Cuma kekadang kita terlalu mengelabah. Benda yang tak tau dari mana asal usul, adakah benar, adakah sahih berita tersebut, pastu senang-senang jatuh hukum. Apakah betul pendapat mereka iaitu orang yang mencemuh dan mengguna segala hadis, yang menyatakan itu ini betul dan tak betullah kepada si Edwards Martin Jesus? 

Mungkin bagus jika untuk menegur. Tapi bagaimana perspektif orang agama lain kepada agama Islam umumya cara peneguran tersebut? Fikirkan balik.

Semuanya berkaitan pendapat. Setiap orang ada cara pemikiran dan pengaruh tersendiri. Sama ada melalui pembacaaan, pemahaman, penglihatan takpun pengalamannya. Semuanya betul. Tak salah. Tapi mungkin kurang sesuai di gunakan untuk sesuatu keadaan. 

Dari situ pendapat dan pemikiran orang lain perlu di guna pakai. Kamu perlu untuk beralah. Dan ianya bukan bermakna kamu yang salah.

Misalannya, bagi kes dua sahabat berkhemah di atas, jawapan si budak engineering perlu di gunapakai. Kerana waktu itu mereka sedang berkhemah. Dah nama pun berkhemah, khemah perlu untuk berteduh. Sama ada dari hujan atau kesejukan malam. Manakala bintang tak ada kena mengena pun. Bukankah soal khemah perlu di persoalkan bukannya bintang?



P/s : Konflik perbezaan perspektif adalah lumrah. Tanpanya tak best rasanya dunia ini. Peace yawww!



Tuesday, April 19

Agama : Aku Tidak Suka Menulis Mengenainya

Sejak akhir-akhir ini sibuk dengan urusan dunia. Banyak kerja nak di siapkan. Tekanan datang dalam pelbagai bentuk. Sibuk dengan study, dengan final exam yang mendatang, dengan kerja seharian, 'surat' sudah bertimbun tak di hantar malah lagi sibuk nak menyusukan anak. Ops! bab anak belum lagi. Eh, masih bujang ok.

Kembali kepada topik asal, kenapa aku jarang menulis entri yang bercorak keagamaan. Maksudnya menulis menggunakan hadis-hadis atau ayat-ayat Al-Quran dalam berhujah. Aku bukannya buta agama dan tidak pula hebat dalam soal agama. Masih banyak yang belum di pelajari. Cukuplah sekadar mengetahui dan dapat membezakan akan sesuatu perkara itu.

Kita hidup sebagai seorang manusia menyebarkan ilmu itu memang perkara yang di tuntut. Masalahnya ajaran itu jika kita pon masih belum mahir dan menguasainya sendiri takkan hendak mengajar orang lain pula?

Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan betul. Alangkah nikmat dan lagi bagus kalau pergi tangkap ketam-ketam yang tengah berjalan itu buat sup. Lagi best. Perut pon kenyang.

Semakin menjadi trend bilamana berhujah semestinya ada ayat-ayat Al-Quran. Kalau memberi kritikan mesti ada hadis-hadis di selitkan. Memang bagus niat kamu. Teruskan juga usaha kamu.

Setiap orang atau sesiapa saja boleh tulis tentang ajaran agama Islam. Setiap orang ada hak dalam menyampaikan sesuatu. Bahkan orang dari agama lain pon sibuk mengkaji dan menulis perihal Islam.

Persoalannya adakah kamu pasti apa yang di tulis itu betul atau salah? Apa yang di 'copy paste' itu bersumberkan yang betul.

Sekarang ini banyak hadis-hadis palsu yang di sebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Cuba google kalau tak percaya. Dapatkah kamu membezakan yang mana palsu dan yang mana sahih? Yang mana betul, yang mana salah?

Jadi janganlah menulis jika ilmu belum penuh di dada. Memang tujuan sebenar kamu baik. Tapi berbaloikah jika apa yang di tulis itu salah? Di mana boleh membuatkan kamu sendiri malah orang lain yang tanpa usul periksa turut serta sesat bersama.


P/s : Berdiam diri itu adakala amat baik. Dari bercakap, menulis atau menyebarkan sesuatu yang dapat di ragui kesahihannya.

Kredit gambar : google

Tuesday, March 22

Part1 : Tsunami Dalam Kehidupan

Sejak gempa bumi di Jepun yang mengakibatkan Tsunami yang besar banyak spesifikulasi yang timbul.

‘Itulah tanda berlakunya Kiamat’
‘Whirpool (pusaran air) semasa Tsunami tanda Dajjal akan muncul’
‘Jepun kena Tsunami pon sebab Maria Ozawa aktif buat seks sangat’

Takziah di ucapkan kepada mangsa-mangsa akibat bencana Tsunami. Semoga rakyat Jepun dapat bangkit semula. Tahniah juga di ucapkan terhadap spesifikulasi yang di timbulkan.

Jika berlaku sesuatu bencana alam yang besar pasti ramai yang akan keluarkan hadis-hadis itu dan ini, teori-teori mathematical dan rumus-rumus yang entah apa-apa. Kenapa bila terjadinya sesuatu baru kita mengelabah, baru kita sedar, baru kita alert dan baru kita berfikir. Sifat manusia?

Kecilkan sedikit skop pandangan kita. Tidak pula kita kisah korupsi yang semakin menjadi-jadi sekarang ini, pergaduhan sesama agama sendiri dan pelbagai penyelewengan yang berlaku di sana sini.

Kecilkan sedikit lagi, aktiviti yang di lakukan. Berpegangan tangan lelaki dan perempuan (bukan mahram) tanda sesuka hati tanpa segan silu, bagi si ayu kelembutan alunan rambut yang terurai, lentikan punggung yang menggoda dan lurah payudara yang mengiyurkan. Sifat manusia?

Teropong sikit lagi. Oh! Rupanya, dia sebangsa dengan kita. Tidak pula kita risau, tidak pula rumus-rumus di keluarkan, tidak pula keinsafan berlaku. Apakah yang terjadi sebenarnya. Takkan hendak menunggu bila bencana menimpa baru kita beringat. Laut seberang nampak tetapi di depan mata endah tak endah.

Memang betul apa yang di katakan tanda-tanda kiamat, bila mana maksiat berleluasa, bencana alam menimpa dan manusia lebih menumpukan kepada aspek duniawi semata-mata. Tetapi takkan kita hanya berdiam kaku memandang sebelah mata saja. Sifat manusia lagi?


Monday, February 28

Najib : Hanya Dua Masjid Dalam 20 Tahun

Baru saja balik dari Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang. Letih sangat rasanya.

Semasa menunggu majlis bermula tadi, aku curi-curi dengar perbualan dua orang pakcik di sebelah. 'Tak baca paper ke hari ini? Najib keluarkan statement entah apa-apa. Banyak orang tak puas hati.' Aku bingung sekejap. 

Sampai di rumah terus aku on laptop mencari apa yang di dengar tadi. Dan hasilnya terjumpa petikan artikel dekat paper Utusan Malaysia.


Persoalannya perlukah seorang Perdana Menteri mengeluarkan statement begini? Adakah kerana politik, soal agama di permainkan?

Tidak memihak kepada sesiapa. Ini mungkin isu yang sensitif. Tapi pada pendapat aku sebagai seorang PM beliau tidak wajar mengeluarkan statement sebegitu.

Kelantan memang terbukti akan kemunduran pembangunannya. Semenjak dari dulu tidak ada perbezaan yang ketara dari struktur kemajuan. Melainkan masyarakatnya yang berhijrah keluar dari kelantan ke negeri lain mencari kemajuan. 

Di mana melalui aspek yang berbeza dapat di lihat terbukti majunya rakyatnya melalui ekonomi dengan kewujudan dan pembukaan kedai makan yang bersepah di mana saja, dari aspek sosial tingkatnya racism seperti di universiti, dari segi budaya ramainya yang mengalami kejutan budaya dan dari intelektual seks bebas memang tip top di praktikkan. 

Sungguhpun begitu, isu masjid tidak perlu di jadikan modal untuk memburukkan mana-mana orang atau parti politik lain. Apa gunanya masjid di bina dengan banyaknya dan tersengam indah. Tetapi pengisiannya kosong. Bila tiba waktu solat hanya beberapa saf saja yang penuh.

Apakah tujuan utama sebuah masjid? Dari dulu masjid merupakan tempat perkembangan, pengumpulan dan perbincangan ilmu-ilmu agama. 

Sekarang masjid lebih terarah kepada pelancongan dan pameran semata-mata. Sebagai contoh Masjid Putrajaya dan Masjid Kristal. Orang ramai lebih membanggakan kesenian dan senibinanya bukannya untuk memeriahkan masjid dengan amal ibadat.

Sepatutnya kita bersatu-padu dalam isu ini. Bukannya saling tuding jari sesama agama sendiri. Mempertikaikan perkara yang tidak sepatunya berlaku. 

P/s : Semalam aku dapat text dari sorang member. 'Oit! Jangan keluar KL malam ni dan pakai baju oren tau sebab polis banyak buat roadblock - Hindraf.' LOL

Thursday, February 24

Salam atau a’kum, solat atau sembahyang?

http://keretamayat.blogspot.com/2011/02/salam-atau-akum-solat-atau-sembahyang.html

(Tiada kata secantik bahasa untuk ku puji adinda , tiada gambar secantik lukisan untuk ku tunjuk perasaan, tapi ada jugak beberapa patah perkataan untuk ku luahkan perasaan kepada korang yang aku kesian-woha.)
Ketika Mesir di landa hura hara tempoh hari, aku sempat berbalas email dengan awek awek yang membaca blog keretamayat di sempadan Universiti Azhar, sajer nak tahu perkembangan semasa berdasarkan pengalaman secara live, dan Alhamdulillah, semua pelajar dan rakyat Malaysia, selamat pulang ke tanah air naik kapal terbang secara percuma, jika ada yang tak selamat, terpaksalah aku jemput mereka naik keretamayat…

Dalam sibuk berborak isu semasa yang berat serta serius dengan pelajar Mesir yang bakal menjadi ustazah, tiba tiba aku telah ditegur akan isu yang remeh temeh..

“Cik Hamka, jangan guna lafaz a’kum, perkataan 'akum' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi kepada orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG'. Dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Jangan terperangkap dalam konspirasi yahudi untuk hina ugama kita.

We, we, we.., wait a minute, kejap!, ni sape punya email forward bodoh mana yang korang dah percaya ni? Aku type guna salam, bukan akum. Hujah aku kebengangan..

“Salam pun tak boleh, salam bermaksud: selamat tinggal, kena type penuh, bla bla bla..”

Kejap dik, kejap.., ni yang aku hangin satu badan ni, sedang shok kita bincang isu jihad, kerajaan islam, cukai jizyah, harta ghanimah dan hamba tawanan perempuan, tiba tiba korang mencelah dengan topic bodoh sebegini?!

Apa niat korang bangkit isu remeh temeh sebegini? Nak tunjuk pandai?, rasa diri lebih afdal dari orang lain.., rasa orang lain hina sebab tak jadi macam korang?

Oi, bakal ustazah, dalam dunia penulisan, orang tulis short word bukan maksud nak hina ugama, mereka malas nak tulis panjang sebab nak cepat dan jimat ruang, atau memang pemalas, langsung tak salah, kalau salahpun, bab menyusahkan orang tua yang tak paham singkatan ayat, aku gelar orang yang tulis singkat sehingga menyusahkan orang nak membaca sebagai “perasan unik”.., tak de kena mengena dengan menghina ugama..

Bab AKUM yang sama makna 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT', aku peduli apa?

Aku ulangi, Aku peduli apa!, Bahasa Ibrani? Ada aku kesah? Habis tu kau tak tahu ke maksud “email forward” dalam bahasa Yunani hulu Kuala Berang, : maksudnya, orang yang percaya pada semua email forward adalah bodoh dan senang di perbodohkan!

“Ooo., jadi cik Hamka mengaku pemalas, ya, saya tengok cik Hamka selalu kutuk orang yang tulis short word, tapi cik Hamka sendiri tulis short word untuk selawat atas Nabi, S.A.W, puji sahabat, R.A, puji Allah, SWT, jangan jadi pemalas cik hamka, saya tengok ramai blogger lain bila selawat tulis penuh, Sallalallahualaiwasalam, bila tulis nama sahabat, Radiallahuanhu, tentu mereka lebih baik dari cik Hamka.”

Aku pemalas? , ya, aku mengaku, aku memang pemalas, sebab tu aku letak disclaimer kat tepi blog ni,baca:

Copy/paste

(((Short Word. -Blog ini seperti juga buku ugama yang lain, ada ringkasan tulisan seperti SAW untuk Selawat atas Nabi, RA, untuk RadhiAllahuanhu dan lain-lain.)))

Baik, untuk pengetahuan korang yang perasan pandai, dunia penulisan dengan dunia nyata adalah berbeza, nak komen tulisan orang kena faham adab menulis dulu, cuba korang baca berita, jika orang tu pangkat datuk, berapa kali wartawan akan ulang nama datok, setiap baris? Tak de maknanya, cukup barisan pertama, buat rugi ruang surat khabr jer jika nak tulis nama penuh dalam setiap ayat, cuba check nama Sultan yang panjang, berapa kali wartawan dalam dunia penulisan akan ulang nama panjang tu dalam karangan, sekali jer, iiatu pada ayat yang pertama, cuba check, wartawan tu pemalas atau korang yang tak paham adab menulis?

Dalam dunia nyata, aku jumpa orang aku cakap, Assalamulakum, aku tak cakap, akum, atau salam, tapi dalam tulisan aku memang tulis salam, 99 peratus pembaca faham, hanya 1% orang slow tapi berlagak alim macam kau jer yang memang tak paham, begitu jugak selawat atas Nabi, dalam dunia nyata, aku selawatlah penuh, bukan, ESS, AAA, DAWIYU (SAW).., alahai bodohnya layan kau aku rasa..

“Tapi ustaz saya cakap, bahasa tak boleh main-main, S.A.W boleh membawa maksud lain, A.S, juga ada maksud lain, sebagai contoh, sembahyang dan solat, kita selalu keliru, pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik." Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang." Jadi kita patut guna bahasa arab, iaitu solat, barulah akidah kita selamat, jadi, Saudara Hamka patut sebarkan perkara ini agar orang islam guna perkataan solat, selamatkan akidah mereka, jangan guna lagi perkataan sembah-yang.”

Apa kejadah pulak aku nak kena kaji asal usul semua bahasa, dan selamatkan akidah? Dulu masa aku kecik, bila dengar ustaz cerita kisah Nabi Nuh, A.S (nota untuk orang slow: baca: Alahisallam, bukan Amerika Syarikat) dan bila ustaz guna ayat BURITAN kapal, aku sebagai anak jati terengganung rasa terganggu, sebab dalam loghat terengganu, BURIT bermaksud pantat, atau KEMALUAN PEREMPUAN.., lepas tu ustaz tu cerita pulak kisah KOPEK buah, sudah.., KOPEK dalam bahasa terengganu bermaksud BUAH DADA, tapi aku hormat bahasa Malaysia, tak perlu aku suruh ustaz tu tukar ayat lain, sebab ustaz tu bermaksud KOPEK sebagai KUPAS.., aku paham, habis cerita

So, bila kau solat, kau sebut sembahyang, itu bahasa MELAYU, Allah MAHA Mengetahui apa yang ada dalam hati kau, bahawa kau nak sembah ALLAH, bukan sembah “yang”. Allah paham semua bahasa termasuk bahasa melayu, Allah Maha bijak, kau tu yang bodoh.., benda remeh macam ni pun nak highlight, nasib baik 99% tak percaya termasuk aku dan hanya 1% termakan dakyah email forward termasuk kau yang sanggup percaya benda hampeh sebegini, buang masa betul..

Lepas ni jika ada orang dalam IC nama MOHD, tak payah suruh mereka pergi tukar IC nama penuh MUHAMMAD kerana, mengikut email forward yang korang baca dan terus percaya, MOHD dalam bahasa asal Uganda bermaksud The Dog With Big Mouth. Apa kecadadah?! Mana ada orang baca MOHD, dengan sebuh “mmooohd”, semua akan baca Muhammad, tak payah pening pening...

Ada jugak yang cakap kat aku, tak boleh sebut hello, sebab hello bermaksud “hell low” iaitu neraka rendah.. kalau kita mengucapkan hello pada kawan kita, bererti kita mendoakannya supaya masuk neraka yang paling rendah.. ini adalah jarum sulit orang-orang kafir untuk menyesatkan umat islam.., (Aku gelak sambil menangis baca email ni)

Apa punya bodoh dan prajudis pemikiran korang akupun tak tahu, ni mesti banyak tengok video arrivals, siang malam sehingga habis 50 episod dan tengok lagi ulang-ulang sampai tak boleh nak bezakan mana satu dunia matrix dan mana satu dunia nyata..

Ada banyak lagilah benda merepek ni yang orang slow macam korang sanggup percaya seperti nama masjid tu asal dari nama jentik jentik, (“Mosque” berasal daripada “mosquito” ) ha ha ha!! Tak boleh guna agama, kena guna ugama.., kerana agama dalam bahasa ibunda Zimbbawe bermaksud.., dah dah dah..! Hampeh belaka!

Aku dah bosan, Sudahlah, nampaknya, keadaan di Mesir dah stabil, aku nak pergi layan peminat peminat perempuan yang baca blog keretamayat yang berada di Libya pulak, nak tahu apa cerita mereka, Harap mereka semua selamat, kalau tak, terpaksalah keretamayat tunggu jenazah mereka.. oh..

Sama sama kita doa keselamatan atas mereka

Sekian.

Ps: err, ada tak awek peminat blog keretamayat di Christchurch New Zealand yang di landa gempa bumi,? Harap korang pun selamat, amin...

Tuesday, February 15

Cinta Pertama : Bersediakah Kamu?

Aku termenung seketika di birai bilik. Merehatkan sebentar otak yang telah penat belajar. Menikmati pemandangan indah di malam itu. Suasana yang sungguh sunyi dan mengasyikkan menyelubungi jiwa.

Tiba-tiba kelibat bayang-bayang berlegar-legar di tepi koridor hostel perempuan. Aku bermimpikah? Atau ini hanya khayalan semata-mata? Bayang-bayang tadi memunculkan dirinya. Memang realiti. Oh! Indahnya. Sungguh cantik. Siapakah gadis itu? Aku bertekad tetap mahu mengenalinya...

Pernahkah kamu bercinta? Bagaimanakah cinta pandang pertama kamu? Pasti semua orang pernah menghadapinya. Bagi yang perempuan mesti jatuh hati kepada jejaka kacak dan lelaki mesti terpikat dengan keayuan dan kecantikan seorang wanita.

Memang indah jika ianya berlaku. Di mana apabila perasaan itu menyusuk ke dalam jiwa, setiap perlakuan yang kita lakukan pasti terbayang-bayang dan teringat akan si dia. Betapa indahnya dunia ketika itu. Benih-benih cinta di semai dengan bahagianya. Nikmat yang syahdu terasa menyelubungi seluruh sanubari.

Ada yang gembira, kecewa ataupun pasrah akan keindahan dan kenikmatan cinta pertama. Namun tidak semua yang indah itu berterusan. Tidak semua saat manis ketika bersama yang kita impikan menjadi kenyataan.

Selalunya cinta pertama akan memberi impak yang di luar kebiasaan. Bagi yang berjiwa melancholic pasti kenangan cinta pertama meninggalkan kesan yang mendalam. Selalunya terbayang-bayang saat indah semasa bercinta. Di mana sukar untuk melupakannya.

Ada yang berjaya mengharunginya sampai ke alam perkahwinan dan ada pula yang terkandas di tengah jalan.

Percayalah luka yang di hadapi sukar di ubati. Setiap ungkapan, kata-kata, permintaan, kelakuan, sifat mahupun kesukaannya pasti akan terngiyang-ngiyang di fikiran kita. Tambah pula, apabila mengingatkan perkara yang boleh membangkitkan kenangan.

Majoriti perempuan merupakan mangsa keadaan. Tidak hairanlah jika di dalam perhubungan mereka lebih serius. Mereka lebih menghargai cinta itu terutama cinta pertama. Tidak hairanlah ada yang sanggup menggadai maruah untuk membuktikan tahap kesetiaannya. Tidak sangsilah ada yang cuba membunuh diri akibat kekecewaan yang di alaminya. Dan tidak kurang ada yang menjadi murung dan tidak keruan.

Tetapi ada ketikanya cinta pertama menjadi medium pembakar semangat untuk terus maju ke depan. Di samping sebagai dorongan untuk berjaya. Bagaimanakah kamu menghadapi dan mengatasinya menunjukkan keupayaan sebenar diri kamu.

Itulah cinta pertama. Cinta antara sesama manusia. Di mana tidak akan selalu kekal dan selamanya, jika di bandingkan dengan cinta yang utama.

Ya. cinta akan Ilahi dan Rasul Allah. Walaupun segala kesusahan, kealpaan, kejahilan, kesengsaraan dan kemaksiatan yang kita lakukan pastinya Dia akan tetap dan selalunya lebih menyayangi kita. Cuma kita yang seringkali mengabai dan melupakannya.

Oleh itu, sebenarnya aku ingin ucapkan Salam Maulidur Rasul sempena ketibaannya yang akan menjelang tiba. Marilah kita sama-sama menghayatinya. Mengingati bagaimanakah peristiwa ini terjadi. Betapa indahnya jika cinta terhadap Ilahi mengatasi cinta sesama manusia.

Thursday, February 10

Oh! Tidak : Paris Hilton Masuk Islam

Sebelum ini aku ada ceritakan tentang khabar angin facebook akan di tutup. Aku juga ada menghuraikan mengenai komen-komen tentang teori konspirasi.

Masa aku terhad. Aku tidak suka menulis dan sebab itu aku lebih suka blogwalking. Membaca hasil karya bloggers dan memberi pendapat.

Semua orang kenal siapakah dia Paris Hilton. Terbaru banyak blog-blog yang menceritakan mengenainya. Tidak kurang gambarnya dengan bertudung sopan. Suci murni. Aww..!

Sungguh tidak di sangka betapa beruntung dan bertuah. Begitu cepatnya dia mendapat hidayah dan petunjuk Ilahi. Paris Hilton convert to Islam. Betulkah? Wadehel!

Mudahnya Islam di permainkan. Mudahnya orang Islam di perbodohkan. Mudahnya berita ini tersebar dan di terima masyarakat.

Kemanakah integriti kamu? (aiseh macam kastam la pula). Kemanakah pegangan agama kamu. Kemana dan dimanakah diri kamu sebenarnya?

'Apsal tiba-tiba serius ini. Chill la sikit, bro.'

Baiklah mari kita bermain-main pula. Bermain dan menatap gambar si manis ini.

Cari gambar Dubai Jumairah Abdullah. Hah, kenapa? Tak jumpa ke? Ok takpe. Cari gambar Paris Hilton bertudung sajalah yang berformat file.jpg.

Sebenarnya, jika Paris Hilton masuk Islam nama Dubai di pilih sebab Paris dan Dubai kan kota yang setaraf. Jumairah pula dari Palm Jumairah hotel di Dubai yang sama naik dengan Hotel Hilton.

Sudah jumpa gambar Paris Hilton? Copy dan paste dekat errorlevelanalysis dan tekan proses. Tadaa...Kamu mesti tak faham kan? Apalah yang aku merepek ini.



Nampak bulatan warna merah yang aku bulatkan? Cuba tengok di dalam bulatan itu, di perhati, di perhalusi dan di amati betul-betul. Apa yang kamu nampak? Tak nampak apa-apa. Kamu zoom-out siapa suruh cuba zoom-in bagi dekat dan dekat lagi.

Pixels (picture element) ialah blok-blok yang terbina dalam sesebuah gambar atau imej. Dalam erti kata yang mudah di fahami, seperti lego-lego yang di susun dan di jadikan sesuatu bentuk yang kamu kehendaki. Bezanya, pixels dalam saiz yang sangat halus.

Jika di perhatikan dalam gambar di sekeliling muka dan mata yang hitam belegam itu kamu akan nampak ada pixels yang berwarna pink. Yahoo! pinky.

Dari segi hukum fizik dan hipotesisnya, jika sesuatu gambar yang betul (real), warna pixelnya akan bersamaan dan berkadar terus dengan persekitaran semasa bila sesuatu gambar di capture. Dengan berasaskan warna premier merah, biru dan kuning ia akan mempengaruhi keadaan persekitaran. Contohnya jika kamu tangkap gambar dekat taman semasa merendek maka tentulah latarnya gambarnya berasaskan persekitaran taman.

Dari segi hukum photoshop, jika kamu mengubah, mengopy paste, menambah itu dan ini, memberi sesuatu impak ke atas gambar itu dan save, save seterusnya save, maka keputusannya pelbagailah sumber warna pixel yang kamu dapati. Ibarat membuat rojak buah di gaulnya sekali. Nyummy!

Dari segi gambar hitam di atas pula, jika di perhatikan keseluruhan gambar itu kebanyakkan berinspirasikan warna-warna asas, tetapi tertiba di sekeliling muka dan mata terdapat sumber warna yang baru iaitu pink. Tidakkah menghairankan? Adakah kebetulan warna kuning bergabung tenaga dengan warna merah, menghasilkan pink? Oh tidak!

Amacam sudah faham? Aku tidak kata aku betul atau sebaliknya. Kamu nilailah sendiri. Berbalik kepada tajuk, amat sedih betapa umat Islam mudahnya mempercayai apa saja yang di sajikan. Adakah semua maklumat yang bersumberkan internet itu betul? Mudahnya kita di pengaruhi tanpa mencari fakta sebenarnya dulu. Sadis!

Kini, Islam ibarat agama perdagangan. Islam hanya sebuah nama. Boleh di jual dan di beli. Boleh di mainkan sesuka hati. Islam bersifat syumul atau universal (menyeluruh). Contonya tidak perlulah di tambah istilah pelbagai. Tak perlulah berhadhari-hari.

Trend terkini, kalau dengar sesuatu berunsurkan Islam kita dengan bangga dan kagumnya memberi dorongan. Terasa indah sekali. Umumnya masyarakat Islam di Malaysia dan amnya di seluruh dunia. Tidakkah begitu?

Jika kamu tak percaya bacalah komen-komen di link dailysquib ini. Laman web si-alan.


P/s: samposmen tidak bertanggungjawab terhadap segala bahasa sastera yang di gunakan yang menyebabkan kamu tidak fahami. hehe. Posto-posto.

Wednesday, February 9

Theory Conspiracy : Freemason and Illuminity



Teori Konspirasi

Teori yang di ciptakan berdasarkan sebab berlakunya sesuatu kejadian. Bersumberkan daripada ramalan, andaian, pengalaman dan pemikiran logik manusia.

Contoh teori-teori konspirasi seperti pembunuhan John F.Kennedy, New World Order, Peristiwa 9/11 dan jika di Malaysia yang hangat di perkatakan seperti Anugerah Juara Lagu 24 (AJL) dan iklan untuk Hari Krismas di TV3.

Perkembangan teori-teori konspirasi amat meluas dan berkadaran linear dengan agenda Freemason dan Illuminity yang berkonsepkan di luar aspek pemikiran manusia normal.

Apakah Freemason dan Iluminiti?

Secara mudahnya pertubuhan bersaudara yang wujud berabad lamanya dan di anggotai berjuta-juta orang di seluruh dunia. Motifnya menyebarkan penolakan akan kewujudan dan keIlahian Tuhan.

'ORANG YANG CIPTA TEORI KONSPIRASI ADALAH PENIPU DAN 
ORANG YANG PERCAYA TEORI KONSPIRASI ADALAH BODOH'

Di petik dari wordpress SuhaimiRamly mengenai pendapatnya yang agak menarik. Apakah reaksi pertama kamu setelah baca petikan di atas? Bagi aku, aku tidak menerima ataupun menolak segala yang di tuliskan dan tidak pula memihak kepada mana-mana pihak.

Aku tertarik dengan caranya berfikir. Mungkin ramai yang menyangka dia seorang yang Freemason atau Illuminity kerana cara penerangannya lebih ke arah itu. Tetapi jika di kaji balik, pendapatnya ada yang berdasarkan fakta. Dan mungkin juga fakta-fakta yang sesetengah orang terlepas pandang.

Entri kali ini bukan untuk fokuskan kepada segala macam konspirasi itu, ini atau apakah, siapakah, dan kenapakah semua ini berlaku. Tetapi jika kamu baca blog tersebut dan perasan berapa banyaknya komen yang di hantar dan berapa ramainya komentar-komentar yang bertauliah.

Kenapa aku cakap begitu?

Orang lain boleh buat teori-teori aku pon nak mencelah juga. Dan konspirasinya aku lebih tertarik ke arah pengomen-pengomen yang memberi ulasan.

1. Lahirnya Mufti-mufti Express



Jika di perhatikan dalam mana-mana blog sekalipun pasti ada satu golongan di mana kononnya bercakap berdasarkan fakta. Hakikatnya, ulasan yang di beri tidak membina langsung. Memang bagus mengajak orang untuk beramal. Cuma caranya tidak betul dalam kontek dunia moden.

Perlukah untuk mengkaji Al-Quran? Ya. Memang perlu bagi seorang yang mampu dan berfikiran cerdas. Kita di ciptakan masing-masing tidak sempurna. Ada yang genius, ada yang cepat pikap, ada yang bebal, ada yang bengap, ada yang kurang upaya, etc.

So, kalau yang sejak azali berada dalam ketidaksempunaan adakah masih perlu mengkaji? Sebab itulah rukun iman percaya kepada kitab. Bukannya mengkaji kitab. Kita perlu percaya akan kewujudan serta baca dan fahaminya.

Dan dari situlah kita memerlukan akal yang logik dan waras. Kalau orang gila kita suruh kaji sesuatu tentulah resultnya semua orang ketahui.


Kajian-kajian sains itu bukan bersumberkan Al-Quran kah?

Alley berkata: 'Sam jangan berdiri semasa naik bus, bahaya!'. Kenapa?

Sebabnya apabila bas bergerak tarikan graviti akan berkurang, maka keseimbangan kita serta bas akan berkurang dan boleh menyebabkan kita terjatuh dan bas terbalik. Dalam kes ini perlukah kita mengeluarkan hadis-hadis dan dalil-dalil dalam berkomunikasi? Sesungguhnya apabila kamu berdiri...bla...bla..bla. Ini kan hukum fizik namanya. Subjek form 3 beb!

'Kaum yahudi dan nasrani xkan redho dengaan orang islam selagi tak ikot telunjuk dorang'. Kamu sendiri telah menjawabnya. Memang kamu sudah membuktikannya. Dengan kamu sendiri melakukannya melalui mempercayai apa itu teori kospirasi. Syabas!

2. Wujudnya Kesatria The Great




Apa ini main control-control. Tak aci la. Adeh! Siapakah Yahudi untuk mengontrol orang lain. Kenapa  mesti takut dengan dia? Dia pon orang. Makan, minum, tidur dan akan mati juga. Sebenarnya kamu yang takut bayang-bayang sendiri. Kamu yang buat diri kamu di control. Faham tak?

Ok. Secara mudah contoh tanpa prejudisnya. Rancangan hiburan Akademi Fantasi di tubuhkan. Tetapi cuba kamu lihat siapakah pula pengundi-pengundi, penyokong, memberi galakan dan dana untuk menjayakan program itu? Majoritinya orang seagama dengan aku.

Di mana pula istilah orang lain yang mencontrol kita? Bukankah itu kerelaan namanya. Dah kita bagi peluang tentulah ada orang yang memanipulasikannya. Jadi perlukah kita menyalahkan bangsa lain? Hakikat sebenar siapa yang salah?

3. Pengkritik Profesional



Sesuka hati mengata orang lain bodoh. Adakah kerana orang lain tidak sependapat dengan kamu, kamu terus melabelkannya sebagai bodoh? Kemana hilangnya kewarasan akal yang di anugerahkan.

Mungkin kamu ini seorang yang nartistik seperti apa yang aku katakan seperti entri sebelum ini. Mungkin kamu mempunyai IQ yang melebihi 140 tapi sayang kamu tidak menggunakan sebaiknya.

4. Guru Sandaran




Patutlah pendidikan di negara kita semakin pincang. Mungkinkah kerana di sebabkan banyaknya guru-guru sandaran seperti ini yang wujud? TART - memamah perempuan jalang bersalut jem. Sudah la bagi komen ayat tergantung. Meh sini nak perbetulkan.

Kalau ada TART mesti ada ROTI. Baru best! ROTI - Role of Technics Irregular. Tengok! kan senang. Makan TART dengan ROTI atau dengan kata lain 'mamah perempuan jalang pastu buat projek guna teknik yang luar biasa. Perghh...sempoi!

Banyak lagi komen-komen yang aku tergelak nak baca dan ulaskan. Kalau ada masa kamu troll sendiri dekat wordpress SuhaimiRamly. Seperti yang aku kata di awal entri tadi aku tidak memihak kepada sesiapa. Cuma yang di tekankan di sini bagaimana cara kamu memberi pendapat akan sesuatu.

Secara rasional, emosi atau hanya membuta tuli menulis. Sebab itulah ilmu itu perlu.

Pendapat aku pasal teori konspirasi, freemasoon dan illuminity ini, kepada yang fanatik melampau janganlah sampai menidakkan kebenaran. Yang betul kita perbetulkan. Yang salah tetap salah.

Kesimpulannya, bila ingin berkata sesuatu berfikirlah dahulu. No one is perfect! Postoranzaa...

Thursday, January 20

Facebook Akan di Tutup - Versi 2.0

Sebenarnya semua orang sudah tahu berita ini kan? Tapi aku tetap nak bercerita juga. Aku dah tau lama tapi tak berkesempatan nak menulis. Anggaplah jelah ini versi 2.0 dari aku.

Mark Elliot Zuckerberg lahir pada 14 May 1984. Lulusan Universiti Harvard. Di besarkan sebagai Jews tetapi lebih cenderung sebagai Atheist. Pengasas facebook. Ok cukup!

“Facebook is completely excessive, I must end all this madness. All the pressure is now managing this company has ruined my life,” Zuckerberg berkata dalam kenyataan dekat weeklyworldnews.

Maka muncullah kegelisahan terhadap orang perseorangan. Ada yang sedih, ada yang kecewa, ada yang tension apsal lah facebook nak tutup. Dan lagi dahsyat ada yang frust menonggeng sebab tak dapat lagi nak mengayat awek lepas ini. Damn!

Sebenarnya bila aku dengar berita mengatakan facebook akan di tutup terguling-guling aku gelak. Kelakar rasanya. Megi yang aku telan pon habis di muntahnya. Senak perut di buatnya. Sebab itu tak sempat menulis.

Dah baca intro aku tadi, dah kenal siapa Zuckerberg, sudah baca petikan kenyataan yang di keluarkan? Ok mari teruskan.

Persoalannya kenapa semua ini berlaku?

Laman sosial yang bernilai hampir 7 billion USD, jaringan laman web yang menghubungkan semua bangsa di dunia, tidak kira agama, tidak kira keturunan dan pelbagai maklumat peribadi yang berguna boleh di dapati dengan mudah.

‘So, apa masalahnya? Lantaklah’

Kenapa orang Yahudi atau Jewish mengaku merekalah umat pilihan Tuhan. Umat yang di pilih dari dulu hingga sekarang? Dunia sekarang di pimpin oleh golongan ini, umat Nabi Allah Ibrahim di mana umat yang di benci oleh segala jenis agama lain. Ya memang aku agak bersetuju.

Dan aku juga respect bagaimana kuat dan teguhnya pendirian mereka tidak seperti segelintir umat nabi Muhammad S.A.W yang sedia ada sekarang.

Ekonomi dunia sekarang siapa yang pegang, pemimpin dunia sekarang siapa yang membonekakan, segala bentuk pengetahuan kamu siapa yang kawalnya, segala sumber rujukan siapa yang salurkannya, akidah kamu siapa yang guidekan. Berbalik kepada pangkal semuanya dari sebuah bangsa minoriti tersebut iaitu Yahudi.

Kenapa kita di salurkan dengan pelbagai hiburan sedangkan ‘dia’ sibuk mengkaji akan bangsa lain, kenapa kita sibuk berseronok sedangkan ‘dia’ lagi sibuk mengumpul maklumat dunia, kenapa pengetahuan kita kebanyakkan bersumberkan dan kiblatkannya ‘dia’.

Kenapa dulu Al-Azhar kalau nak grad mesti cukup terpelajar dan kuatkan dengan ilmu tauhid, rohani takpun fardu ain. Tapi sekarang tak payah belajar tauhid pon dah boleh jadi ustaz. Correct me if I wrong. Faham tak?

Adeh! Dan melalut jauh ini. Berbalik kepada tajuk adakah Mark Zuckerberg sebodoh itu? Statement yang berbunyi di sebabkan facebook hidupnya tidak menentu. Sebab itu dia nak terminate facebook. Logikkah? Seperti yang aku perkatakan di atas cuba pertimbangkan balik.

Ala macam teori konspirasi. Apa-apapun ini pendapat aku saja. Ini bukan soal agama atau mengenai sesiapa tapi cuba buka minda kamu and let's expand it with others scope!

Siapa mau bet cepat! facebook takkan sesekali di tutup. Postoranzaa…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...