Showing posts with label bencana alam. Show all posts
Showing posts with label bencana alam. Show all posts

Tuesday, March 22

Part 2 : Tsunami Dalam Sains

Sebelum ini aku ada cerita pasal Tsunami Part 1. Aku ada juga berforum. Isu Tsunami memang banyak di bincangkan. Banyak ketidak puasan hati yang di luahkan. Banyak pendapat di utarakan. Akibat Tsunami, Nuklear turut terkena tempiasnya.

‘Sokong sangat! Malaysia tak perlukan tenaga nuklear’
‘Tenaga nuklear ni bagi banyak kemusnahan. Tengok Jepun sekarang!’

Persoalan-persoalan yang sering di keluarkan selepas Jepun di landa gempa bumi yang terburuk. Di tambah lagi dengan reaktor nuklear yang tidak berfungsi seterusnya mengeluarkan radiasi di salah sebuah syarikat power plant di sana.

Bagi aku

Tidak ramai yang ketahui bahawa tenaga nuklear merupakan tenaga yang bersih. Bersih dari proses penjanaannya. Ia juga menghasilkan jumlah tenaga yang cukup banyak. Cuma masalahnya di mana proses untuk melupuskan mengambil masa yang lama. Malaysia sangat rugi tidak menggunakan tenaga nuklear.

‘Gila ke apa bahaya kan radiasi nuklear tu?’

Jawapannya. 'Aku memang gila. Sebab itu aku boleh hidup’. Kenapa kita mesti takut sebelum mencuba? Aku ulangkan balik tenaga nuklear merupakan tenaga yang bersih! Tak percaya pergi tanya pakar-pakar nuklear. Buka balik Wikipedia. Belajar balik basic sains form 5.

Kalau tak, tak kan Jepun yang berada dalam lingkaran api pasifik pon masih boleh menjana berpuluh-puluh logi nuklear sedangkan Malaysia yang berada dalam keadaan stabil muka buminya tidak menggunakannya.

Tahukah kenapa radiasi boleh berlaku di Jepun? Secara umumnya reaktor nuklear tidak dapat berfungsi sepenuhnya untuk proses penyejukan. Tenaga elektrik tiada. Bukannya pasal masalah nuklear.

Dan aku tergelak bila dengar salah seorang menteri mengeluarkan statement, di mana Malaysia tidak akan sesekali menggunakan tenaga nuklear. Adakah menteri itu betul atau aku yang bodoh sebenarnya?

Ya. Memang betul radiasi itu bahaya. Di sebabkan apa yang berlaku di Jepun. Jadi kenapa kita di Malaysia pula menjadi takut. Ramai yang takut terkena radiasi. Padahal tidak tahu pun apa itu radiasi. Sejak Hiroshima dan Nagasaki kena bom tak pernah pula dengar rakyat Malaysia jadi mutan. Chill la sikit!

Sambung balik

Nak tanya soalan lagi. Kenapa kamu masih menggunakan elektrik? Time program earth hour pon buat dek saja. Apsal tak guna lilin?

Hidup kita selaras dengan kehidupan semasa, sumber elektrik merupakan suatu keperluan. Boleh juga di kategorikan sebagai wajib. Aktiviti seharian semuanya memerlukan elektrik. Kalau dekat hostel time study dulu, kalau tak ada elektrik je pasti ramai yang terlolong, melalak macam orang gila.

Tahukah kamu dari mana sumber power plant di jana di Malaysia? Kebanyakkan dari hidro tak pun konvensional power plant iaitu dari pembakaran gas. So, dari mana pula Malakoff takpun power plant di Glugor, Penang peroleh gas? Tentulah daripada proses pembakaran minyak. Dari mana minyak di ambil? Sila tanya Petronas atau Shell.

Apakah kesan bila mana minyak di sedut dan tempat ‘peninggalan’ itu pula. Adakah masih kukuh seperti tahun-tahun yang lalu? Kesan terhadap persekitaran pula, keadaan sekeliling bagaimana?

Tidak pula kita risau. Sebabnya kita memerlukan semua itu. Kita merupakan pengguna tegar. Walau minyak naik harga sekalipun kita tetap membelinya. Bekalan elektrik terputus sekejap, pasti suara mengeluh kedengaran. 

Berbalik kepada tenaga nuklear kenapa kita mesti takut untuk menjanakannya. Tambah pula takut akan radiasi yang bakal terhasil. Jika kena cara pengendaliannya tiada apa yang perlu di risaukan. Setiap sesuatu pasti ada kebaikan dan keburukannya. So…

P/s: I wonder! Orang kata bagus guna kereta bateri atau hybrid. Eco-friendly. Kurang tercemar. Tapi persoalannya, masa cas bateri itu tenaga datang dari mana ye? Owh! Baik pakai solar.

Part1 : Tsunami Dalam Kehidupan

Sejak gempa bumi di Jepun yang mengakibatkan Tsunami yang besar banyak spesifikulasi yang timbul.

‘Itulah tanda berlakunya Kiamat’
‘Whirpool (pusaran air) semasa Tsunami tanda Dajjal akan muncul’
‘Jepun kena Tsunami pon sebab Maria Ozawa aktif buat seks sangat’

Takziah di ucapkan kepada mangsa-mangsa akibat bencana Tsunami. Semoga rakyat Jepun dapat bangkit semula. Tahniah juga di ucapkan terhadap spesifikulasi yang di timbulkan.

Jika berlaku sesuatu bencana alam yang besar pasti ramai yang akan keluarkan hadis-hadis itu dan ini, teori-teori mathematical dan rumus-rumus yang entah apa-apa. Kenapa bila terjadinya sesuatu baru kita mengelabah, baru kita sedar, baru kita alert dan baru kita berfikir. Sifat manusia?

Kecilkan sedikit skop pandangan kita. Tidak pula kita kisah korupsi yang semakin menjadi-jadi sekarang ini, pergaduhan sesama agama sendiri dan pelbagai penyelewengan yang berlaku di sana sini.

Kecilkan sedikit lagi, aktiviti yang di lakukan. Berpegangan tangan lelaki dan perempuan (bukan mahram) tanda sesuka hati tanpa segan silu, bagi si ayu kelembutan alunan rambut yang terurai, lentikan punggung yang menggoda dan lurah payudara yang mengiyurkan. Sifat manusia?

Teropong sikit lagi. Oh! Rupanya, dia sebangsa dengan kita. Tidak pula kita risau, tidak pula rumus-rumus di keluarkan, tidak pula keinsafan berlaku. Apakah yang terjadi sebenarnya. Takkan hendak menunggu bila bencana menimpa baru kita beringat. Laut seberang nampak tetapi di depan mata endah tak endah.

Memang betul apa yang di katakan tanda-tanda kiamat, bila mana maksiat berleluasa, bencana alam menimpa dan manusia lebih menumpukan kepada aspek duniawi semata-mata. Tetapi takkan kita hanya berdiam kaku memandang sebelah mata saja. Sifat manusia lagi?


Saturday, March 12

Tsunami : Gempa Bumi Di Jepun

Dunia sekarang di kejutkan dengan Gempa Bumi yang berlaku di Jepun yang mengakibatkan tercetusnya Tsunami. Rekod terbesar di catatkan dengan Gempa Bumi bermagnitud-8.9 berlaku di Utara Jepun lewat tengahari semalam.

Gelombang ombak besar berhampiran Bandar Sendai ini turut membawa kontena, kereta, rumah-rumah dan menyebabkan pertembungan di jalan dan melalui ladang-ladang yang meluas. Banyak kemusnahan berlaku.

1. Gempa bumi ini 160 kali lebih kuat berbanding yang berlaku dekat Christchurh bulan lepas.
2. Jepun menyumbang 20 peratus gempa bumi berskala-6 ke atas di dunia.
3. Setiap 5 minit gegaran akan berlaku di Jepun, dan setiap tahun meningkat ke 2000 gegaran dapat di rasai oleh orang ramai.

Kereta dan kapal terbang yang di sapu oleh gelombang Tsunami antara debris di Lapangan Terbang Sendai.,utara-timur Jepun pada 11 Mac 2011
Rumah dan kereta yang di bawa arus Tsunami ke luara pantai di Bandar Kesennuma pada 11 Mac 2011. Gempa bumi yang terbesar melanda merupakan rekod sejak beratus tahun dahulu
Makcik-makcik menunggu di tepi jalan selepas gegaran di Tokyo. Magnitud-8.9 terbesar mengakibatkan ramai tercedera
Rumah yang di bawa arus tsunami terbakar kesan dari gempa bumi yang berlaku di bandar Natori
Kenderaan yang jatuh akibat gegaran gempa bumi dari parking di Yakubi, selatan Fukushima.
Rumah-rumah yang di sapu oleh banjir Tsunami di sebabkan gempa bumi di bandar Natori
Kenderaan-kenderaan yang bertaburan akibat banjir Tsunami. Kemusnahan yang amat buruk sekali
Api di pusat penghasilan minyak di Chiba, timur Tokyo. Kebakaran berlaku kesan daripada impak kapal-kapal yang menghentam pelantar minyak


















Maklumat update terkini : gempa bumi di Jepunptwc.weather
Sumber : www.abc.net.au
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...