Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Wednesday, April 6

Konspirasi : Part 1 : Nuffnang Dan Advertlets

Masih ingat lagi sebelum ini konspirasi versi ABPBH? Ok. Kalau tak pernah baca silalah melawat dulu sebelum kita meneruskan ke bab yang seterusnya.

Iklan oh iklan. Kebanyakkan blogger pasti tahu apakah yang di maksudkan iklan di blog. Di mana banner iklan yang di letak di laman blog yang mana sedikit sebanyak untuk menjana pendapatan.

Pelbagai syarikat iklan yang ada dalam dunia maya ini. Sering di kenali Nuffnang, Advertlets, Innity, MangaAds dan etc. Cuma pilihan terletak pada empunya diri yang mana menjadi minat di hati. Selalunya boleh di lihat menjadi trend untuk mengiklankan dari syarikat pengiklanan tertentu saja.


Nuffnang bullshit, Advertlets butthurt. Celaka oh celaka!

Pasti kebanyakkan yang marah dengan kenyataan tu.  Ada yang bersetuju? Sudah pasti tidak. Apakah yang ingin di sampaikan? Sebenarnya, kedua-dua itu merupakan suatu medium syarikat pengiklanan yang popular. Kebanyakkan blogger newbie akan menggunakan perkhidmatan syarikat ini.

Apa yang bullshit, apa yang butthurt?

Aku mengambil contoh kedua-dua syarikat ini kerana sering menjadi pilihan blogger. Tip-tip, tutorial, asas-asas pengiklanan, bagaimana menjana pendapatan lebih, cara-cara buat widget itu dan ini sering di bincangkan. Tetapi kebanyakkannya hanya satu syarikat yang lebih menjadi perhatian, iaitu Nuffnang.

Awek cun sedang melintas di hadapan

Wow! Sungguh menarik. Cantik berseri-seri mukanya. Bestnya kalau dapat bercouple dengannya. Slrpp. Putih gebu, chubby, mantap dengan muka suci bersih. Owh ayunya. Indah betul anugerah ciptaan Tuhan. Menciptakan seorang yang sebegitu rupa. Mesti bahagia bila bersamanya. Mungkin.

Secara fizikalnya jika kamu minat akan sesuatu tentulah sukar untuk menerima sesuatu yang lain. Jika minat awek itu, takkan nak berdating dengan awek lain pula kan? Maka ketika saat itu semuanya indah belaka. Siapa bantah atau bangkang pasti akan menerima nasib dan akibatnya.

Dekat mana tadi? Dah lupa pula

Aiseh! Okey. Bosan la baca panjang-panjang. Mari kita main google-google pula, nak? Jom cari mangsanya. Siapa yang kena. Click! ‘Penipu, syarikat bohong, duit earning tak pernah bayar, dah tak boleh percaya. Oh butthurt! Damn it!’.  

Apakah ini? Musibah apa yang melanda. Semuanya hanya kata-kata cacian. Maki-memaki tidak menentu. Ya sudah jumpa. Rupa-rupanya itulah ‘mangsa’ yang di cari. Owh! Pesaing kepada Nuffnang, Adverlets. Menyesal main google-google.

Sambung balik

Seperti yang di katakan di awal tadi, kalau suka akan sesuatu pasti sukar untuk menerima yang lain. Selalunya semua pujian di lontar kepada sebelah pihak saja. Menjuri orang lain atau sesuatu secara membuta tuli. Tanpa usul periksa. Tanpa bukti yang kukuh.

Adakah terpengaruh dengan pujian orang ramai menyatakan syarikat itu terbaik, banyaknya pujian di terima, banyak entri-entri pasal syarikat itu di tulis?

Apa yang pergi, akan kembali semula

Baru-baru ini, kedengaran di kalangan beberapa blogger yang ‘top’ berpaling tadah terhadap Nuffnang. Apa yang di puji dulu hanya tinggal kata manis. Cuma tinggal kenangan. Semuanya tidak seindah dulu. Yang mana selalunya musim bunga setiap hari. Kini gurun sahara sahaja menanti. Aiseh sedihnya ayat.

‘Wow! Advertlets. Memang terbaiklah. Rugi tak join awal-awal. Advertlets tidak la sekejam yang di war-warkan. Jika tak bayar earning blogger pon bersebab. Bla…bla…blaa…’

Kamu suka di pengaruhi oleh orang lain tak?

Yahoo! Sekarang kan musim durian. Jom makan durian banyak-banyak nak? Kalau sesiapa termuntah dulu maka ‘tidaklah’ jawapannya. Kalau masih teguh berdiri maka itulah kamu yang sepatutnya. Be yourself. Ok cukup. Merepek memanjang.

Isu-isu mengenai blogger-blogger yang menukar syarikat pengiklanan itu atau ini, kepada syarikat yang lain bukanlah masalah utama. Tidak ada istilah berpaling tadah. Tidak ada istilah menjatuhkan reputasi syarikat tersebut atas dasar kekecewaan.

Sebenarnya mungkin atas sebab-sebab tertentu mereka berbuat demikian. Terjadinya perkara ini. Jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Tentulah kita perlu memilih yang terbaik untuk diri kita sendiri.

Setiap sesuatu pasti ada keburukan dan kebaikan. Adat kehidupan. Kamulah yang perlu mengubahnya. Jika suka. Katakan suka. Tetapi jika tidak sependapat jangan sesekali menjatuhkan sesuatu tanpa alasan yang kukuh. Terimalah dengan hati terbuka.

Itulah sebenarnya nadi entri kali ini. Bukan pasal siapa bersalah, siapa betul, siapa hebat, siapa kuat, siapa terbaik, siapa harus bertanggungjawab, siapa penipu, tetapi, siapakah kamu sebenarnya? 

Bersambung…


Wednesday, March 30

Tun Dr. Mahathir : Akan di Bunuh Jika...

Siapa tidak kenal dengan Tun Dr. Mahathir. Seorang yang lantang bersuara. Jika kamu bersetuju beliau juga seorang yang berfikiran jauh. Pemikiran yang rasanya jarang ada pada pemimpin lain. Banyak pembangunan di kecapi negara semenjak pemerintahannya.

Dr. Mahathir akan di bunuh? Oh! Tidak. Jawapannya jom layan video di bawah ini dulu.



Imran Hosein juga merupakan tokoh yang sangat terkenal dalam dunia politik dan ekonomi terutama berkaitan Islam.

Kenapa dinar emas telah di perkenalkan di Kelantan. Apakah yang kamu faham?

Tuesday, March 22

Part 2 : Tsunami Dalam Sains

Sebelum ini aku ada cerita pasal Tsunami Part 1. Aku ada juga berforum. Isu Tsunami memang banyak di bincangkan. Banyak ketidak puasan hati yang di luahkan. Banyak pendapat di utarakan. Akibat Tsunami, Nuklear turut terkena tempiasnya.

‘Sokong sangat! Malaysia tak perlukan tenaga nuklear’
‘Tenaga nuklear ni bagi banyak kemusnahan. Tengok Jepun sekarang!’

Persoalan-persoalan yang sering di keluarkan selepas Jepun di landa gempa bumi yang terburuk. Di tambah lagi dengan reaktor nuklear yang tidak berfungsi seterusnya mengeluarkan radiasi di salah sebuah syarikat power plant di sana.

Bagi aku

Tidak ramai yang ketahui bahawa tenaga nuklear merupakan tenaga yang bersih. Bersih dari proses penjanaannya. Ia juga menghasilkan jumlah tenaga yang cukup banyak. Cuma masalahnya di mana proses untuk melupuskan mengambil masa yang lama. Malaysia sangat rugi tidak menggunakan tenaga nuklear.

‘Gila ke apa bahaya kan radiasi nuklear tu?’

Jawapannya. 'Aku memang gila. Sebab itu aku boleh hidup’. Kenapa kita mesti takut sebelum mencuba? Aku ulangkan balik tenaga nuklear merupakan tenaga yang bersih! Tak percaya pergi tanya pakar-pakar nuklear. Buka balik Wikipedia. Belajar balik basic sains form 5.

Kalau tak, tak kan Jepun yang berada dalam lingkaran api pasifik pon masih boleh menjana berpuluh-puluh logi nuklear sedangkan Malaysia yang berada dalam keadaan stabil muka buminya tidak menggunakannya.

Tahukah kenapa radiasi boleh berlaku di Jepun? Secara umumnya reaktor nuklear tidak dapat berfungsi sepenuhnya untuk proses penyejukan. Tenaga elektrik tiada. Bukannya pasal masalah nuklear.

Dan aku tergelak bila dengar salah seorang menteri mengeluarkan statement, di mana Malaysia tidak akan sesekali menggunakan tenaga nuklear. Adakah menteri itu betul atau aku yang bodoh sebenarnya?

Ya. Memang betul radiasi itu bahaya. Di sebabkan apa yang berlaku di Jepun. Jadi kenapa kita di Malaysia pula menjadi takut. Ramai yang takut terkena radiasi. Padahal tidak tahu pun apa itu radiasi. Sejak Hiroshima dan Nagasaki kena bom tak pernah pula dengar rakyat Malaysia jadi mutan. Chill la sikit!

Sambung balik

Nak tanya soalan lagi. Kenapa kamu masih menggunakan elektrik? Time program earth hour pon buat dek saja. Apsal tak guna lilin?

Hidup kita selaras dengan kehidupan semasa, sumber elektrik merupakan suatu keperluan. Boleh juga di kategorikan sebagai wajib. Aktiviti seharian semuanya memerlukan elektrik. Kalau dekat hostel time study dulu, kalau tak ada elektrik je pasti ramai yang terlolong, melalak macam orang gila.

Tahukah kamu dari mana sumber power plant di jana di Malaysia? Kebanyakkan dari hidro tak pun konvensional power plant iaitu dari pembakaran gas. So, dari mana pula Malakoff takpun power plant di Glugor, Penang peroleh gas? Tentulah daripada proses pembakaran minyak. Dari mana minyak di ambil? Sila tanya Petronas atau Shell.

Apakah kesan bila mana minyak di sedut dan tempat ‘peninggalan’ itu pula. Adakah masih kukuh seperti tahun-tahun yang lalu? Kesan terhadap persekitaran pula, keadaan sekeliling bagaimana?

Tidak pula kita risau. Sebabnya kita memerlukan semua itu. Kita merupakan pengguna tegar. Walau minyak naik harga sekalipun kita tetap membelinya. Bekalan elektrik terputus sekejap, pasti suara mengeluh kedengaran. 

Berbalik kepada tenaga nuklear kenapa kita mesti takut untuk menjanakannya. Tambah pula takut akan radiasi yang bakal terhasil. Jika kena cara pengendaliannya tiada apa yang perlu di risaukan. Setiap sesuatu pasti ada kebaikan dan keburukannya. So…

P/s: I wonder! Orang kata bagus guna kereta bateri atau hybrid. Eco-friendly. Kurang tercemar. Tapi persoalannya, masa cas bateri itu tenaga datang dari mana ye? Owh! Baik pakai solar.

Part1 : Tsunami Dalam Kehidupan

Sejak gempa bumi di Jepun yang mengakibatkan Tsunami yang besar banyak spesifikulasi yang timbul.

‘Itulah tanda berlakunya Kiamat’
‘Whirpool (pusaran air) semasa Tsunami tanda Dajjal akan muncul’
‘Jepun kena Tsunami pon sebab Maria Ozawa aktif buat seks sangat’

Takziah di ucapkan kepada mangsa-mangsa akibat bencana Tsunami. Semoga rakyat Jepun dapat bangkit semula. Tahniah juga di ucapkan terhadap spesifikulasi yang di timbulkan.

Jika berlaku sesuatu bencana alam yang besar pasti ramai yang akan keluarkan hadis-hadis itu dan ini, teori-teori mathematical dan rumus-rumus yang entah apa-apa. Kenapa bila terjadinya sesuatu baru kita mengelabah, baru kita sedar, baru kita alert dan baru kita berfikir. Sifat manusia?

Kecilkan sedikit skop pandangan kita. Tidak pula kita kisah korupsi yang semakin menjadi-jadi sekarang ini, pergaduhan sesama agama sendiri dan pelbagai penyelewengan yang berlaku di sana sini.

Kecilkan sedikit lagi, aktiviti yang di lakukan. Berpegangan tangan lelaki dan perempuan (bukan mahram) tanda sesuka hati tanpa segan silu, bagi si ayu kelembutan alunan rambut yang terurai, lentikan punggung yang menggoda dan lurah payudara yang mengiyurkan. Sifat manusia?

Teropong sikit lagi. Oh! Rupanya, dia sebangsa dengan kita. Tidak pula kita risau, tidak pula rumus-rumus di keluarkan, tidak pula keinsafan berlaku. Apakah yang terjadi sebenarnya. Takkan hendak menunggu bila bencana menimpa baru kita beringat. Laut seberang nampak tetapi di depan mata endah tak endah.

Memang betul apa yang di katakan tanda-tanda kiamat, bila mana maksiat berleluasa, bencana alam menimpa dan manusia lebih menumpukan kepada aspek duniawi semata-mata. Tetapi takkan kita hanya berdiam kaku memandang sebelah mata saja. Sifat manusia lagi?


Friday, March 4

Siapa Fail : BlogSerius vs AminoWorld

Aku masih baru berjinak dalam dunia blogging. Sebelum ni selalu google je kalau nak sesuatu info. Baru sekarang aku terasa betapa seronok ada blog sendiri. Banyak ilmu dapat di kongsi dengan blogger lain. Sambil bertukar-tukar pendapat dan mencari kenalan baru.

Dalam sibuk kita blogging, seperti dunia nyata, dunia maya tak terkecuali menerima kutukan, pujian, usik-mengusik, bertekak, bergaduh sesama sendiri takpon mengumpat di sana-sini. Yang berbezanya dari segi penyampaian di mana dalam bentuk penulisan. 

Pernahkan dengar orang lebih takut dengan mata pena yang tumpul dari mata pedang yang berkilat? Aku memang bersetuju sekali. Jika di lihat dari sejarah dengan penulisanlah sesuatu bangsa dapat berdiri teguh atau jatuh tumbang. Dengan penalah manusia menjadi lemah, lalai, mundur ataupun maju ke depan. 

Penulisan dapat mempengaruhi cara orang untuk berfikir dan bertindak. Bersetujukah? Kenapa jika kita belajar memerlukan buku atau kertas untuk menulis. Padahal jika mengikut logiknya tak perlu buku pon boleh belajar. 

Sebabnya manusia di kurniakan akal. Oleh itu kita dapat berfikir dan mengingati dalam proses pembelajaran. Tetapi sejauh manakah kebersanannya? Tahap pemikiran manusia terbatas. Adakah kamu masih ingat lagi apa yang terjadi lima, sepuluh tahun yang lalu?

Jika di sebut ketika waktu subuh sekian-sekian tarikh, apakah yang kamu lakukan. Selepas itu apa yang kamu buat. Waktu bilakah kamu pergi berak, kamu pergi makan, kamu masuk tidur. Sudah tentulah tidak! So, cara menangani dengan penulisanlah. Sebab itu dari mata penalah ramai orang yang takut. Terutamanya ahli politik. 

Manusia di lahirkan untuk belajar. Sebab itulah kita memerlukan guru dan tidak selalu bergantung kepada sesuatu sumber saja dalam proses pembelajaran. Lebih banyak rujukan yang ada, semakin rasional cara kita berfikir dalam membuat keputusan. Tidakkah begitu? 

Kekadang aku hairan sebab ramai yang terpengaruh dan fanatiknya terhadap sesuatu sampai ketikanya otak di biarkan beku tanpa beroperasi. Dan salah satunya penangan melalui penulisan. Tidak kisahlah dari penulisan di atas paper ataupun media elektronik. Asalkan ada hitam putihnya pasti banyak mempengaruhi.

Aduh! Melalut jauh dah ni. Sebenarnya isu utama aku ialah mengenai blogger otai yang wujud sekarang. Dalam dunia maya ni tentu kamu fanatik terhadap seseorang blogger. Tipulah kalau kamu tak kenal walau seorang pon. Sekarang tengah top si Ben Ashari, RedMummy dan ramai lagi jika nak di sebutkan.

Sempena entri kali ini aku nak fokuskan kepada dua blog yang di kategorikan popular iaitu Obefiend dan Ameno World. Siapakah mereka ni? Jangan tanya bebanyak ok. Aku pon tak kenal sangat siapakah gerangannya. Tetapi aku kenal akan penulisan mereka. 

Untuk makluman Obefiend terjemahannya lebih bersifat ringkas dalam menghuraikan sesuatu manakala kalau Ameno ni lebih details. Kebanyakkan penulisannya lebih bersifat reverse-psyho. Kalau bagi newbie tentu akan pening-pening lalat dan biol sikit kalau baca entri dia. haha. Kesamaannya, dua-dua lebih menumpukan segala konflik, konfrontasi dan situasi semasa yang berlaku di Malaysia secara amnya dan khususnya masyarakat Melayu.

Apakah masalahnya? 

Tidak ada masalah pon. Cuma aku tertarik bilamana dua orang yang boleh di anggap berpengaruh troll sesama sendiri. Senang cerita sering salah menyalahi. Faham tak apa aku nak sampaikan? Penat ni menaip panjang-panjang. 

Selalu biasa kita tengok newbie-newbie macam aku ni bergaduh sesama sendiri dan saling kutuk-mengutuk. So, feeling dah kurang rasanya. Bila tengok otai, terkesima aku sebentar. 

Walaupun isu ni sudah agak lama tapi apa yang aku ingin fokuskan ialah kita di lahirkan sebagai manusia adakalanya kita di atas dan kadangkala kita kecundang. Tidak semua yang sempurna. Beringatlah akan tindakan yang kita lakukan dan bertanggungjawablah terhadap sesuatu perkara. 

Dalam proses pembelajaran kita janganlah hanya berkiblatkan sesuatu sumber saja. Ini kerana kekadang aku tengok pengkritik, pengikut atau pengomen tegar sesuatu blog sering mempertahankan benda atau topik yang boleh di anggap tidak betul. Secara ringkasnya tidak wajar di ikuti. Adakah ini bermakna apabila kita suka akan seseorang bermakna segala yang di perkatakan betul?

Dalam membuat keputusan berfikirlah dengan rasional. Jika yang salah katakan salah jangan ibarat mengeringkan baju di dalam hujan. haha. Dah macam Karam Singh Wallawey la pula. 

Aku tidak memihak kepada sesiapa. Yang betul kita ikuti. Yang salah jangan bawa ke mati. Di bawah ni merupakan isu yang aku maksudkan. Kamu boleh baca sendiri lebih details. Pandai-pandailah menilai ye. Postoranzaa...








  

Thursday, March 3

Diam : Baik atau Tidak?



Masa aku kecil dulu mak aku selalu marah sebab aku ni kurang bercakap. Selalu menangis dan menyendiri. Ayah aku memang seorang yang pendiam. Mungkin aku terikut caranya.

Semakin aku dewasa sering aku berfikir adakah baik untuk berdiam diri? Dari kecil aku selalu perhatikan sekeliling. Melihat pelbagai situasi yang berlaku. Bila tiba waktu malam, aku akan termenung sendirian sambil berbaring dekat katil. Dan rasanya memang perlu untuk berdiam diri.

Bersetujukah kamu kalau aku kata orang banyak bercakap merupakan seorang yang 'bodoh'? Maksud aku bodoh dari pengisiannya. Di mana kekadang apa yang di cakapkan berlainan dengan tindakannya.

Jika di lihat di mana saja kebanyakkan orang yang banyak bercakap atau lantang bersuara sering melakukan kesilapan dan akhirnya akan memakan diri sendiri. Ini mungkin di sebabkan mereka melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang.

Banyak contoh di sekeliling dan rasanya kamu boleh banding dan nilaikan sendiri. Berbeza bagi seorang yang pendiam selalunya tindakan yang di buat akan di fikir dan di telilti dahulu. Selalunya dia akan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan seperti pengasas Microsoft, Bill Gates dan Warren Buffet yang merupakan salah seorang bisnesmen terkaya dekat US. Kalau dekat Malaysia? Ermm...

Jadi apa masalahnya?

Kalau dari teorinya memang banyak masalah. Orang yang lantang bersuara selalunya akan lebih di sukai. Sebab setiap ungkapan yang di keluarkan dapat mempengaruhi orang lain. Masalahnya bila ungkapan di keluarkan hanya omongan kosong. Maksudnya kalau bercakap main lepas je.

Sebagai contoh mengumpat. Kamu mengeluarkan pendapat dan ketidakpuasan hati terhadap seseorang akhirnya orang yang mendengar terikut-ikut. Tidakkah itu akan menyebarkan perpecahan kepada masyarakat?

Sering kita hangat dengan isu MLM sejak dua tiga tahun ni. Kebanyakkan pengasasnya merupakan seorang yang petah berbicara dan lantang bersuara. Dari pengalaman aku seseorang yang cetek pemikirannya akan mudah terpengaruh. Ada yang sanggup berhenti kerja, ada yang sanggup bergolok gadai, ada yang bercerai, ada yang meninggalkan anak bini sebab terpikat dengan skim yang di jalankan.

Kesudahannya baru beberapa bulan hidup semuanya musnah. Tak ada kemajuan untuk diri tetapi terperangkap dengan tohmahan orang dan hidup berhutang piutang. Dari siapakah puncanya?

Dari praktikal ada kebaikannya bila kamu lantang bersuara dengan syarat mempunyai faktanya. Untuk perkembangan kerjaya ia amat baik sekali. Di mana kamu dapat mempertahankan hak kamu sebagai seorang pekerja dan jika berbisnes dapat menarik minat pelanggan. Jika di sekolah atau di mana saja pula, kamu tidak mudah di buli oleh orang lain.

Baikkah pula jika berdiam?

Jika kamu tidak arif akan sesuatu lebih baik kamu berdiam diri. Dan biarlah berdiam dengan produktif untuk mencari penyelesaiannya. Ibarat diam-diam ubi biarlah berisi jangan seperti besi yang akhirnya berkarat.

Janganlah pula diam sampai tidak bersuara dan tak ada sebarang tindakan. Sehingga nak tanya pendapat pon susah. Pernahkan bilamana kamu ajak sesorang pergi lepak ke akhirnya jawapan yang di beri amat menyakitkan hati. 'Jom pergi makan. Dekat mana yang best ye? Erm...Ikut kamulah!'. Jawapan yang tidak memberi sebarang keputusan. Akhirnya membuatkan orang lain kebingungan.

Bagi aku tidak rugi jika kamu berdiam diri jika kena pada masanya. Dari berkata-kata dan akhirnya menyakitkan hati orang lain. Lain orang lain caranya. Jika di beri pilihan, kamu pilih yang mana?

Thursday, February 24

Salam atau a’kum, solat atau sembahyang?

http://keretamayat.blogspot.com/2011/02/salam-atau-akum-solat-atau-sembahyang.html

(Tiada kata secantik bahasa untuk ku puji adinda , tiada gambar secantik lukisan untuk ku tunjuk perasaan, tapi ada jugak beberapa patah perkataan untuk ku luahkan perasaan kepada korang yang aku kesian-woha.)
Ketika Mesir di landa hura hara tempoh hari, aku sempat berbalas email dengan awek awek yang membaca blog keretamayat di sempadan Universiti Azhar, sajer nak tahu perkembangan semasa berdasarkan pengalaman secara live, dan Alhamdulillah, semua pelajar dan rakyat Malaysia, selamat pulang ke tanah air naik kapal terbang secara percuma, jika ada yang tak selamat, terpaksalah aku jemput mereka naik keretamayat…

Dalam sibuk berborak isu semasa yang berat serta serius dengan pelajar Mesir yang bakal menjadi ustazah, tiba tiba aku telah ditegur akan isu yang remeh temeh..

“Cik Hamka, jangan guna lafaz a’kum, perkataan 'akum' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi kepada orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG'. Dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Jangan terperangkap dalam konspirasi yahudi untuk hina ugama kita.

We, we, we.., wait a minute, kejap!, ni sape punya email forward bodoh mana yang korang dah percaya ni? Aku type guna salam, bukan akum. Hujah aku kebengangan..

“Salam pun tak boleh, salam bermaksud: selamat tinggal, kena type penuh, bla bla bla..”

Kejap dik, kejap.., ni yang aku hangin satu badan ni, sedang shok kita bincang isu jihad, kerajaan islam, cukai jizyah, harta ghanimah dan hamba tawanan perempuan, tiba tiba korang mencelah dengan topic bodoh sebegini?!

Apa niat korang bangkit isu remeh temeh sebegini? Nak tunjuk pandai?, rasa diri lebih afdal dari orang lain.., rasa orang lain hina sebab tak jadi macam korang?

Oi, bakal ustazah, dalam dunia penulisan, orang tulis short word bukan maksud nak hina ugama, mereka malas nak tulis panjang sebab nak cepat dan jimat ruang, atau memang pemalas, langsung tak salah, kalau salahpun, bab menyusahkan orang tua yang tak paham singkatan ayat, aku gelar orang yang tulis singkat sehingga menyusahkan orang nak membaca sebagai “perasan unik”.., tak de kena mengena dengan menghina ugama..

Bab AKUM yang sama makna 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT', aku peduli apa?

Aku ulangi, Aku peduli apa!, Bahasa Ibrani? Ada aku kesah? Habis tu kau tak tahu ke maksud “email forward” dalam bahasa Yunani hulu Kuala Berang, : maksudnya, orang yang percaya pada semua email forward adalah bodoh dan senang di perbodohkan!

“Ooo., jadi cik Hamka mengaku pemalas, ya, saya tengok cik Hamka selalu kutuk orang yang tulis short word, tapi cik Hamka sendiri tulis short word untuk selawat atas Nabi, S.A.W, puji sahabat, R.A, puji Allah, SWT, jangan jadi pemalas cik hamka, saya tengok ramai blogger lain bila selawat tulis penuh, Sallalallahualaiwasalam, bila tulis nama sahabat, Radiallahuanhu, tentu mereka lebih baik dari cik Hamka.”

Aku pemalas? , ya, aku mengaku, aku memang pemalas, sebab tu aku letak disclaimer kat tepi blog ni,baca:

Copy/paste

(((Short Word. -Blog ini seperti juga buku ugama yang lain, ada ringkasan tulisan seperti SAW untuk Selawat atas Nabi, RA, untuk RadhiAllahuanhu dan lain-lain.)))

Baik, untuk pengetahuan korang yang perasan pandai, dunia penulisan dengan dunia nyata adalah berbeza, nak komen tulisan orang kena faham adab menulis dulu, cuba korang baca berita, jika orang tu pangkat datuk, berapa kali wartawan akan ulang nama datok, setiap baris? Tak de maknanya, cukup barisan pertama, buat rugi ruang surat khabr jer jika nak tulis nama penuh dalam setiap ayat, cuba check nama Sultan yang panjang, berapa kali wartawan dalam dunia penulisan akan ulang nama panjang tu dalam karangan, sekali jer, iiatu pada ayat yang pertama, cuba check, wartawan tu pemalas atau korang yang tak paham adab menulis?

Dalam dunia nyata, aku jumpa orang aku cakap, Assalamulakum, aku tak cakap, akum, atau salam, tapi dalam tulisan aku memang tulis salam, 99 peratus pembaca faham, hanya 1% orang slow tapi berlagak alim macam kau jer yang memang tak paham, begitu jugak selawat atas Nabi, dalam dunia nyata, aku selawatlah penuh, bukan, ESS, AAA, DAWIYU (SAW).., alahai bodohnya layan kau aku rasa..

“Tapi ustaz saya cakap, bahasa tak boleh main-main, S.A.W boleh membawa maksud lain, A.S, juga ada maksud lain, sebagai contoh, sembahyang dan solat, kita selalu keliru, pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik." Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang." Jadi kita patut guna bahasa arab, iaitu solat, barulah akidah kita selamat, jadi, Saudara Hamka patut sebarkan perkara ini agar orang islam guna perkataan solat, selamatkan akidah mereka, jangan guna lagi perkataan sembah-yang.”

Apa kejadah pulak aku nak kena kaji asal usul semua bahasa, dan selamatkan akidah? Dulu masa aku kecik, bila dengar ustaz cerita kisah Nabi Nuh, A.S (nota untuk orang slow: baca: Alahisallam, bukan Amerika Syarikat) dan bila ustaz guna ayat BURITAN kapal, aku sebagai anak jati terengganung rasa terganggu, sebab dalam loghat terengganu, BURIT bermaksud pantat, atau KEMALUAN PEREMPUAN.., lepas tu ustaz tu cerita pulak kisah KOPEK buah, sudah.., KOPEK dalam bahasa terengganu bermaksud BUAH DADA, tapi aku hormat bahasa Malaysia, tak perlu aku suruh ustaz tu tukar ayat lain, sebab ustaz tu bermaksud KOPEK sebagai KUPAS.., aku paham, habis cerita

So, bila kau solat, kau sebut sembahyang, itu bahasa MELAYU, Allah MAHA Mengetahui apa yang ada dalam hati kau, bahawa kau nak sembah ALLAH, bukan sembah “yang”. Allah paham semua bahasa termasuk bahasa melayu, Allah Maha bijak, kau tu yang bodoh.., benda remeh macam ni pun nak highlight, nasib baik 99% tak percaya termasuk aku dan hanya 1% termakan dakyah email forward termasuk kau yang sanggup percaya benda hampeh sebegini, buang masa betul..

Lepas ni jika ada orang dalam IC nama MOHD, tak payah suruh mereka pergi tukar IC nama penuh MUHAMMAD kerana, mengikut email forward yang korang baca dan terus percaya, MOHD dalam bahasa asal Uganda bermaksud The Dog With Big Mouth. Apa kecadadah?! Mana ada orang baca MOHD, dengan sebuh “mmooohd”, semua akan baca Muhammad, tak payah pening pening...

Ada jugak yang cakap kat aku, tak boleh sebut hello, sebab hello bermaksud “hell low” iaitu neraka rendah.. kalau kita mengucapkan hello pada kawan kita, bererti kita mendoakannya supaya masuk neraka yang paling rendah.. ini adalah jarum sulit orang-orang kafir untuk menyesatkan umat islam.., (Aku gelak sambil menangis baca email ni)

Apa punya bodoh dan prajudis pemikiran korang akupun tak tahu, ni mesti banyak tengok video arrivals, siang malam sehingga habis 50 episod dan tengok lagi ulang-ulang sampai tak boleh nak bezakan mana satu dunia matrix dan mana satu dunia nyata..

Ada banyak lagilah benda merepek ni yang orang slow macam korang sanggup percaya seperti nama masjid tu asal dari nama jentik jentik, (“Mosque” berasal daripada “mosquito” ) ha ha ha!! Tak boleh guna agama, kena guna ugama.., kerana agama dalam bahasa ibunda Zimbbawe bermaksud.., dah dah dah..! Hampeh belaka!

Aku dah bosan, Sudahlah, nampaknya, keadaan di Mesir dah stabil, aku nak pergi layan peminat peminat perempuan yang baca blog keretamayat yang berada di Libya pulak, nak tahu apa cerita mereka, Harap mereka semua selamat, kalau tak, terpaksalah keretamayat tunggu jenazah mereka.. oh..

Sama sama kita doa keselamatan atas mereka

Sekian.

Ps: err, ada tak awek peminat blog keretamayat di Christchurch New Zealand yang di landa gempa bumi,? Harap korang pun selamat, amin...

Monday, February 14

Valentine Day : Utusan Samposmen


Sudah beberapa hari tidak berkesempatan hendak meng-update blog ini. Kerana kesibukan di tempat kerja. Tambah pula di hujung minggu dengan jadual kelas sampai ke malam serta minggu test yang berlangsung memang amat meletihkan. Heady!

Kepada followers dan pembaca setia aku (aiseh! ada ke?) kamu bagaimana? Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan persekitaran yang penuh tekanan, sihat? Harap-harap gembiralah setiap hari.

Tidak ada apa yang hendak di tuliskan cuma ingin bertanya khabar akan kamu semua. Oh, ya! Hari ini merupakan Hari Kekasih (Valentine Day). Dua tiga hari ini, bagi yang berbisnes sibuk dengan pelbagai promosi, diskaun dan pakej yang di sediakan  untuk merayakannya.

Pesanan aku, kepada orang yang mengaku mempunyai agama dan masih mempunyai akidah harap-harap janganlah di sambutnya. Biarlah orang yang bukan beragama Islam meraikan. Janganlah kamu terlalu mengagungkannya.

Kalau di abaikan, kamu pon tidak akan rugi apa-apa. Duit pon tidak banyak di habiskan untuk membeli bunga-bunga, menyewa hotel dan beromantika semasa candle light dinner. Tidakkah begitu?

Jika tidak tahan juga dengan dugaan sambutan ini, Valentine Day tidak salah kamu teruslah merendek dan berdatinglah dengan pasangan kamu. Tapi biarlah di kawasan umum dan terang. Di kawasan yang tidak boleh mendatangkan fitnah kepada kamu. Beringatlah jangan berlebih-lebih pula.

Rasanya cukuplah untuk setakat ini, jika berkesempatan lagi aku akan update entri aku seterusnya. Keep
support me. Enjoy your beautiful days!

Thursday, February 10

Oh! Tidak : Paris Hilton Masuk Islam

Sebelum ini aku ada ceritakan tentang khabar angin facebook akan di tutup. Aku juga ada menghuraikan mengenai komen-komen tentang teori konspirasi.

Masa aku terhad. Aku tidak suka menulis dan sebab itu aku lebih suka blogwalking. Membaca hasil karya bloggers dan memberi pendapat.

Semua orang kenal siapakah dia Paris Hilton. Terbaru banyak blog-blog yang menceritakan mengenainya. Tidak kurang gambarnya dengan bertudung sopan. Suci murni. Aww..!

Sungguh tidak di sangka betapa beruntung dan bertuah. Begitu cepatnya dia mendapat hidayah dan petunjuk Ilahi. Paris Hilton convert to Islam. Betulkah? Wadehel!

Mudahnya Islam di permainkan. Mudahnya orang Islam di perbodohkan. Mudahnya berita ini tersebar dan di terima masyarakat.

Kemanakah integriti kamu? (aiseh macam kastam la pula). Kemanakah pegangan agama kamu. Kemana dan dimanakah diri kamu sebenarnya?

'Apsal tiba-tiba serius ini. Chill la sikit, bro.'

Baiklah mari kita bermain-main pula. Bermain dan menatap gambar si manis ini.

Cari gambar Dubai Jumairah Abdullah. Hah, kenapa? Tak jumpa ke? Ok takpe. Cari gambar Paris Hilton bertudung sajalah yang berformat file.jpg.

Sebenarnya, jika Paris Hilton masuk Islam nama Dubai di pilih sebab Paris dan Dubai kan kota yang setaraf. Jumairah pula dari Palm Jumairah hotel di Dubai yang sama naik dengan Hotel Hilton.

Sudah jumpa gambar Paris Hilton? Copy dan paste dekat errorlevelanalysis dan tekan proses. Tadaa...Kamu mesti tak faham kan? Apalah yang aku merepek ini.



Nampak bulatan warna merah yang aku bulatkan? Cuba tengok di dalam bulatan itu, di perhati, di perhalusi dan di amati betul-betul. Apa yang kamu nampak? Tak nampak apa-apa. Kamu zoom-out siapa suruh cuba zoom-in bagi dekat dan dekat lagi.

Pixels (picture element) ialah blok-blok yang terbina dalam sesebuah gambar atau imej. Dalam erti kata yang mudah di fahami, seperti lego-lego yang di susun dan di jadikan sesuatu bentuk yang kamu kehendaki. Bezanya, pixels dalam saiz yang sangat halus.

Jika di perhatikan dalam gambar di sekeliling muka dan mata yang hitam belegam itu kamu akan nampak ada pixels yang berwarna pink. Yahoo! pinky.

Dari segi hukum fizik dan hipotesisnya, jika sesuatu gambar yang betul (real), warna pixelnya akan bersamaan dan berkadar terus dengan persekitaran semasa bila sesuatu gambar di capture. Dengan berasaskan warna premier merah, biru dan kuning ia akan mempengaruhi keadaan persekitaran. Contohnya jika kamu tangkap gambar dekat taman semasa merendek maka tentulah latarnya gambarnya berasaskan persekitaran taman.

Dari segi hukum photoshop, jika kamu mengubah, mengopy paste, menambah itu dan ini, memberi sesuatu impak ke atas gambar itu dan save, save seterusnya save, maka keputusannya pelbagailah sumber warna pixel yang kamu dapati. Ibarat membuat rojak buah di gaulnya sekali. Nyummy!

Dari segi gambar hitam di atas pula, jika di perhatikan keseluruhan gambar itu kebanyakkan berinspirasikan warna-warna asas, tetapi tertiba di sekeliling muka dan mata terdapat sumber warna yang baru iaitu pink. Tidakkah menghairankan? Adakah kebetulan warna kuning bergabung tenaga dengan warna merah, menghasilkan pink? Oh tidak!

Amacam sudah faham? Aku tidak kata aku betul atau sebaliknya. Kamu nilailah sendiri. Berbalik kepada tajuk, amat sedih betapa umat Islam mudahnya mempercayai apa saja yang di sajikan. Adakah semua maklumat yang bersumberkan internet itu betul? Mudahnya kita di pengaruhi tanpa mencari fakta sebenarnya dulu. Sadis!

Kini, Islam ibarat agama perdagangan. Islam hanya sebuah nama. Boleh di jual dan di beli. Boleh di mainkan sesuka hati. Islam bersifat syumul atau universal (menyeluruh). Contonya tidak perlulah di tambah istilah pelbagai. Tak perlulah berhadhari-hari.

Trend terkini, kalau dengar sesuatu berunsurkan Islam kita dengan bangga dan kagumnya memberi dorongan. Terasa indah sekali. Umumnya masyarakat Islam di Malaysia dan amnya di seluruh dunia. Tidakkah begitu?

Jika kamu tak percaya bacalah komen-komen di link dailysquib ini. Laman web si-alan.


P/s: samposmen tidak bertanggungjawab terhadap segala bahasa sastera yang di gunakan yang menyebabkan kamu tidak fahami. hehe. Posto-posto.

Wednesday, February 9

Theory Conspiracy : Freemason and Illuminity



Teori Konspirasi

Teori yang di ciptakan berdasarkan sebab berlakunya sesuatu kejadian. Bersumberkan daripada ramalan, andaian, pengalaman dan pemikiran logik manusia.

Contoh teori-teori konspirasi seperti pembunuhan John F.Kennedy, New World Order, Peristiwa 9/11 dan jika di Malaysia yang hangat di perkatakan seperti Anugerah Juara Lagu 24 (AJL) dan iklan untuk Hari Krismas di TV3.

Perkembangan teori-teori konspirasi amat meluas dan berkadaran linear dengan agenda Freemason dan Illuminity yang berkonsepkan di luar aspek pemikiran manusia normal.

Apakah Freemason dan Iluminiti?

Secara mudahnya pertubuhan bersaudara yang wujud berabad lamanya dan di anggotai berjuta-juta orang di seluruh dunia. Motifnya menyebarkan penolakan akan kewujudan dan keIlahian Tuhan.

'ORANG YANG CIPTA TEORI KONSPIRASI ADALAH PENIPU DAN 
ORANG YANG PERCAYA TEORI KONSPIRASI ADALAH BODOH'

Di petik dari wordpress SuhaimiRamly mengenai pendapatnya yang agak menarik. Apakah reaksi pertama kamu setelah baca petikan di atas? Bagi aku, aku tidak menerima ataupun menolak segala yang di tuliskan dan tidak pula memihak kepada mana-mana pihak.

Aku tertarik dengan caranya berfikir. Mungkin ramai yang menyangka dia seorang yang Freemason atau Illuminity kerana cara penerangannya lebih ke arah itu. Tetapi jika di kaji balik, pendapatnya ada yang berdasarkan fakta. Dan mungkin juga fakta-fakta yang sesetengah orang terlepas pandang.

Entri kali ini bukan untuk fokuskan kepada segala macam konspirasi itu, ini atau apakah, siapakah, dan kenapakah semua ini berlaku. Tetapi jika kamu baca blog tersebut dan perasan berapa banyaknya komen yang di hantar dan berapa ramainya komentar-komentar yang bertauliah.

Kenapa aku cakap begitu?

Orang lain boleh buat teori-teori aku pon nak mencelah juga. Dan konspirasinya aku lebih tertarik ke arah pengomen-pengomen yang memberi ulasan.

1. Lahirnya Mufti-mufti Express



Jika di perhatikan dalam mana-mana blog sekalipun pasti ada satu golongan di mana kononnya bercakap berdasarkan fakta. Hakikatnya, ulasan yang di beri tidak membina langsung. Memang bagus mengajak orang untuk beramal. Cuma caranya tidak betul dalam kontek dunia moden.

Perlukah untuk mengkaji Al-Quran? Ya. Memang perlu bagi seorang yang mampu dan berfikiran cerdas. Kita di ciptakan masing-masing tidak sempurna. Ada yang genius, ada yang cepat pikap, ada yang bebal, ada yang bengap, ada yang kurang upaya, etc.

So, kalau yang sejak azali berada dalam ketidaksempunaan adakah masih perlu mengkaji? Sebab itulah rukun iman percaya kepada kitab. Bukannya mengkaji kitab. Kita perlu percaya akan kewujudan serta baca dan fahaminya.

Dan dari situlah kita memerlukan akal yang logik dan waras. Kalau orang gila kita suruh kaji sesuatu tentulah resultnya semua orang ketahui.


Kajian-kajian sains itu bukan bersumberkan Al-Quran kah?

Alley berkata: 'Sam jangan berdiri semasa naik bus, bahaya!'. Kenapa?

Sebabnya apabila bas bergerak tarikan graviti akan berkurang, maka keseimbangan kita serta bas akan berkurang dan boleh menyebabkan kita terjatuh dan bas terbalik. Dalam kes ini perlukah kita mengeluarkan hadis-hadis dan dalil-dalil dalam berkomunikasi? Sesungguhnya apabila kamu berdiri...bla...bla..bla. Ini kan hukum fizik namanya. Subjek form 3 beb!

'Kaum yahudi dan nasrani xkan redho dengaan orang islam selagi tak ikot telunjuk dorang'. Kamu sendiri telah menjawabnya. Memang kamu sudah membuktikannya. Dengan kamu sendiri melakukannya melalui mempercayai apa itu teori kospirasi. Syabas!

2. Wujudnya Kesatria The Great




Apa ini main control-control. Tak aci la. Adeh! Siapakah Yahudi untuk mengontrol orang lain. Kenapa  mesti takut dengan dia? Dia pon orang. Makan, minum, tidur dan akan mati juga. Sebenarnya kamu yang takut bayang-bayang sendiri. Kamu yang buat diri kamu di control. Faham tak?

Ok. Secara mudah contoh tanpa prejudisnya. Rancangan hiburan Akademi Fantasi di tubuhkan. Tetapi cuba kamu lihat siapakah pula pengundi-pengundi, penyokong, memberi galakan dan dana untuk menjayakan program itu? Majoritinya orang seagama dengan aku.

Di mana pula istilah orang lain yang mencontrol kita? Bukankah itu kerelaan namanya. Dah kita bagi peluang tentulah ada orang yang memanipulasikannya. Jadi perlukah kita menyalahkan bangsa lain? Hakikat sebenar siapa yang salah?

3. Pengkritik Profesional



Sesuka hati mengata orang lain bodoh. Adakah kerana orang lain tidak sependapat dengan kamu, kamu terus melabelkannya sebagai bodoh? Kemana hilangnya kewarasan akal yang di anugerahkan.

Mungkin kamu ini seorang yang nartistik seperti apa yang aku katakan seperti entri sebelum ini. Mungkin kamu mempunyai IQ yang melebihi 140 tapi sayang kamu tidak menggunakan sebaiknya.

4. Guru Sandaran




Patutlah pendidikan di negara kita semakin pincang. Mungkinkah kerana di sebabkan banyaknya guru-guru sandaran seperti ini yang wujud? TART - memamah perempuan jalang bersalut jem. Sudah la bagi komen ayat tergantung. Meh sini nak perbetulkan.

Kalau ada TART mesti ada ROTI. Baru best! ROTI - Role of Technics Irregular. Tengok! kan senang. Makan TART dengan ROTI atau dengan kata lain 'mamah perempuan jalang pastu buat projek guna teknik yang luar biasa. Perghh...sempoi!

Banyak lagi komen-komen yang aku tergelak nak baca dan ulaskan. Kalau ada masa kamu troll sendiri dekat wordpress SuhaimiRamly. Seperti yang aku kata di awal entri tadi aku tidak memihak kepada sesiapa. Cuma yang di tekankan di sini bagaimana cara kamu memberi pendapat akan sesuatu.

Secara rasional, emosi atau hanya membuta tuli menulis. Sebab itulah ilmu itu perlu.

Pendapat aku pasal teori konspirasi, freemasoon dan illuminity ini, kepada yang fanatik melampau janganlah sampai menidakkan kebenaran. Yang betul kita perbetulkan. Yang salah tetap salah.

Kesimpulannya, bila ingin berkata sesuatu berfikirlah dahulu. No one is perfect! Postoranzaa...

Sunday, February 6

Preview : Chelsea vs Liverpool

Malam ini merupakan malam yang di tunggu-tunggukan oleh peminat setia penyokong Chelsea dan Liverpool. Di mana Liverpool akan bertandang ke Stamford Bridge bagi menentang Chelsea dalam perlawanan BPL

Tentu menarik sekali selepas ketibaan Fernando Torres meninggalkan Anfield dari Liverpool ke Chelsea selepas tutupnya tarikh perpindahan pemain pada 31 Januari 2011 yang lalu. Torres menyertai Chelsea dengan harga 50 juta euro (RM 246.5 juta) berkemungkinan akan di senaraikan untuk perlawanan menentang kelab lamanya malam ini. Tapi Carlo Ancelotti masih pening-pening lagi untuk membuat keputusan.  

Jika ini berlaku mungkin bagi penyokong Liverpool menimbulkan ketidakpuasaan hati. Di mana kebanyakkannya melabelkan Torres sebagai pembelot. Lain pula bagi Torres ini merupakan salah satu cara bagi dia untuk mengekalkan tahap konsisten mutu permainan dan perkembangan kerjayanya pada masa hadapan.

Kedatangan pemain baru Luiz Suarez dari Ajex ke Liverpool pasti dapat mengisi kekosongan yang di tinggalkan Torres. Ini menyuntik semangat baru kepada pemain Liverpool.

Malam ini pastinya perlawanan menarik yang di saksikan. Sama ada perlawanan di antara musuh tradisi antara Chelsea dan Liverpool atau perlawanan peribadi jika Torres di turunkan menentang kelab lamanya.

Ramalan aku perlawanan sengit dan kemungkinan berharap berkesudahan Chelsea dapat menang menewaskan Liverpool. 

Sam: Chelsea 1 - 0 Liverpool

IQ : Test Cara Kamu Berfikir

Tentu kamu selalu dengar dan biasa dengan perkataan IQ kan? IQ ialah tahap kecerdasan otak kamu. Pernah dengar istilah EQ atau SQ? Tentu jarang sebab kebiasaannya IQ yang sering di katakan.

IQ - Mengenai akal. Secara mudahnya sama ada kamu cerdik atau bodoh. 

EQ - Mengenai emosi. Kebijaksanaan kamu dalam mengawal dan mengenalpasti emosi kamu atau orang lain. Kalau kamu tengah bergaduh sakan, kamu pandai mengawalnya. Kalau kamu putus cinta, kamu tak terlalu frust menonggeng.

SQ - Mengenai spiritual. Kamu mesti pernah rasa bilamana ada kawan kamu kalau cakap atau debat semuanya dia yang betul. Kalau kita buat pula semuanya salah. Kalau nak tahu lebih lanjut aku pernah terangkan sebelum ini iaitu pasal nartistik.

Ketiga-tiga ini berkait rapat antara satu sama lain. Cuma tinggi rendah tahap pemikiran dan kawalan kamu terhadap sesuatu membezakan antara setiap orang. 

Kamu boleh lihat bagaimana pengasas Microsoft Bill Gates seorang yang nerd, tidak pandai bersosial dan tidak silap pernah terkandas di peringkat universiti tetapi sekarang seorang billionaire. Bagaimana dia boleh berjaya. Semuanya di sebabkan cara dia berfikir lain dari orang.

Aku merupakan pembaca setia blog Aidid Mu'addib. Kalau bagi yang belum mengenali dia merupakan seorang yang anti-MLM. Setiap kali aku baca dan jika kamu perasan dia sering menyebut pasal IQ terutamanya mengenai orang sebangsa sama dengan aku. 

Memang aku setuju dan tertarik apa yang di tuliskan kerana semuanya mengenai skim-skim MLM. Yang di terangkan juga kebanyakkannya ia melibatkan golongan yang cetek IQ nya. Sebagai contoh kerana bagi aku  majoriti ahlinya tidak reti bezakan yang mana baik dan buruk akan sesuatu. Kenapa?

Pertama sekali ini mungkin di sebabkan oleh faktor genetik iaitu keturunan. Orang Melayu sebelum merdeka lagi telah di hadkan tahap pemikirannya. Tidak mustahillah generasi sekarang tahap pemikirannya sering terbatas. 

Ia juga di sebabkan kurang belajar dan malasnya untuk mengambil tahu akan sesuatu. Kalau boleh semuanya hendah di beri dan di suapkan. Semuanya ingin semudah yang boleh.

Kembali kepada topik, sebenarnya aku menulis pasal ini, sebab tadi aku ada terbaca dekat DailyMail. Dan bagi aku tajuknya amat kelakar sekali. 'Man is banned from having sex by High Court judge because his IQ is too low.' What the hell.

Ianya di mana seorang lelaki, Alan berumur 48 tahun di perintah berhenti melakukan hubungan sex dengan pasagannya sebab tahap IQ yang rendah. Kesiankan. Dalam perkahwinan secara umumnya itulah satu-satunya nikmat yang di tunggu dan di nanti-nantikan oleh pasangan. 

Untuk kes ini mungkin tak terasa sangat sebab umur dia pon dan agak tua. Dan memang patut juga di kenakan tindakan begitu memandangkan tahap IQ nya cuma 48. Sadis!

Bagaimana pula tahap IQ kamu? Mungkin kamu boleh cuba ujian ini. Amat menarik untuk menguji bagaimana cara kamu berfikir. Aku cuba pun cuma dapat skor 6 saja. Memang mencabar. 

Nasihat aku juga kepada penggiat MLM yang sudah success sekali sekala cubalah buat ujian sampah ini. Kamu kan pandai memutar belitkan fakta dan gebang ke sana sini. Semoga berjaya.

Thursday, February 3

Kenapa Perempuan Merokok



Seperti biasa Restoran Canai (techno) Subang menjadi port lepak jika kerja. Mencuci mata sebab ramai awek dengan lurah dendam dan berlegging. Free show beb!

Keadaan sekeliling majoriti semuanya perokok tegar. Kalau lelaki merokok boleh terima, tapi kalau perempuan aku memang pantang sikit. Muka comel, cun dan badan mantap tapi perangai hampeh.

Sebelum ini aku ada gambarkan merokok cool dari perspektif kerajaan bukan untuk kesihatan. Tetapi bagi perempuan kenapa ini berlaku?

Gaya Hidup Kini

'Trend. So we must follow it! Do it! Feel it!' Jika trend mendatangkan kebaikan tidak salah untuk di ikuti. Tahukah kamu syarikat rokok kini mensasarkan dan mempromosi produk lebih kepada golongan wanita. 

Sebabnya wanita golongan yang mudah di perdaya. Kebanyakkan mereka merokok di sebabkan pengaruh rakan. Berbanding lelaki, kalau terpengaruh pun, sebab ada gadis litar tersesat mempromosi di kedai mamak.

Diet

'Merokok cara baru diet'. Kebanyakkan perempuan yang berdiet dan nak slim akan merokok. Mungkin makan asap lagi bagus sebab jumlah jisim yang masuk dalam badan lebih sikit berbanding makan nasi dengan karbohidrat yang tinggi. Kalau terlebih makan boleh gemuk. 

Tahukah pula, merokok merupakan faktor utama penyumbang kanser payudara, pankreas, paru-paru, mulut, diabetis dan kardiovaskular. Dan kalau mengandung kesian baby yang di kandungkan kemungkinan kelahiran pra-matang terjadi.
 
Stress 

Stress sebab tekanan hidup. Atau istilahnya anggota struktur apabila di kenakan suatu daya atau momen, ia menyebabkan perubahan strain (tegang). Di mana perubahan dimensi sesuatu terjadi. Faham tak? 

Perempaun yang stress sebab frust menonggeng dengan pakwe, di kecewakan, masalah peribadi, masalah keluarga, masalah pembelajaran dan sebahagiannya akan merokok.

Betul. Merokok boleh mengurangkan tekanan dan dapat rilex tetapi dalam tempoh masa singkat dan peratusannya agak kecil. Kamu dah la stress pastu tambah pula dengan penyakit. Memang pakej terbaik untuk passaway cepat agaknya.

Sosial dan Seronok

Perempuan merokok mungkin di sebabkan untuk bersosial dan berseronok. 'Weh tak best la termenung je, lepak-lepak hisap rokok baru best'. 'Togak-togak, merokok sepam dua baru layan. Takkan clubbing hisap lollipop dengan  minum air coke je.' Kolot beb!

Dan banyak lagi sebab-sebabnya. Bagi aku kalau perempuan merokok memang tak dapat di terima walau dengan apa masalah sekalipun. Kamu ada agama, kamu ada akal, kamu seorang yang bijak jadi sebijak-bijaklah membuat keputusan.

Wednesday, February 2

Krisis Di Mesir



Mesir kini bergolak di sebabkan rakyat berdemokrasi untuk menggesa pemimpin Hosni Mubarak yang di sifatkan pemerintah ‘berkuku besi’ untuk  meletak jawatan setelah 30 tahun berkuasa.


Sistem komunikasi akses internet dan telefon di sekat, bank tidak beroperasi, kedai-kedai di tutup, kekurangan bekalan makanan berlaku.


Keganasan meningkat, beratus-ratus orang mati dan beribu yang lain cedera di sebabkan rusuhan yang berlaku, sesetengah kaum wanita di rogol.


Semalam hampir 250,000 rakyat Mesir berdemokrasi secara aman di Cairo dari berjuta-juta yang lain. Guru sekolah, tukang kebun, pelajar universiti, golongan professional bersatu hati bersuara.


Di Malaysia, Air Asia dan MAS di terbangkan ke Jeddah di samping 2 pesawat Royal Air Force C-130 dalam misi membawa pulang rakyat di sana.


Bersyukur


Bersyukur kerana negara kita masih lagi aman. Tiada pergolakan atau protes besar-besaran yang boleh menggugat sistem ekonomi dan pentadbiran negara.


Pemimpin patut ambil iktibar. Walaupun pelbagai masalah, konfrontasi dan korupsi yang berlaku, rakyat masih lagi mengikut rentak dan kemahuan kerajaan Malaysia.


Harapan


Semoga rakyat Malaysia di Mesir dapat pulang dengan selamat dan sistem demokrasi di Mesir dapat di pulihkan seperti sebelumnya. Amin.

Sunday, January 30

Antara Acer atau Lenovo?

Sebelum ini aku ada cerita pasal dividen loan ASB yang aku dapat untuk tahun lepas kan? Tidak la banyak mana. Tapi setakat nak bershopping sikit memang lepas. Sekali sekala kenalah enjoy.

Dan sudah di ketahui kebiasaannya hari-hari aku memang bosan. Tidak ada yang menarik. Kamu mesti happy je kan? Ok. Dengan kebosanannya semalam aku telah pergi ke Plaza Lowyat keseorangan. Single is better. haha. Berjalan-jalan mencuci mata sorang-sorang baru best.

Sebelum ini aku ada survey untuk beli laptop. Di antara model terbaru Acer 4738G-372G50 dengan Lenovo IdeaPad Z460. Memang kedua-duanya menarik. Itu je yang termampu.

Dengan di pertimbangkan kedua-duanya mempunyai harga yang sama dan specs yang tidak banyak bezanya. Kalau kamu yang mana akan kamu pilih?

Jika nak di kira dari segi processor cuma perbezaan beberapa hertz saja. Tidak ada impak maksima sangat. Dan graphic card masing-masing ada keistimewaan.

Akhirnya, aku memilih Lenovo. Sebabnya, 2GB RAM ugrade free ke 4GB. Promosi. Processor up sikit dari Acer. Dan kalau nak main game dengan bergraphic card nVidia pun dah sempoi rasanya.

Walaupun design kurang menarik dari Acer, hardware Lenovo lebih tahan lama. Ini pun hasil dari cakapan orang ramai. Ya. Ia patut di pertimbangkan juga. Pengalaman meluaskan pengetahuan.

Aku pun tak berapa expert sangat pasal laptop ini. Malas nak bercerita lebih-lebih. Cuma, hari kebosanan aku telah bertukar menjadi ceria. Itu saja. Kamu pula bagaimana? Postoranzaa!

Thursday, January 20

Facebook Akan di Tutup - Versi 2.0

Sebenarnya semua orang sudah tahu berita ini kan? Tapi aku tetap nak bercerita juga. Aku dah tau lama tapi tak berkesempatan nak menulis. Anggaplah jelah ini versi 2.0 dari aku.

Mark Elliot Zuckerberg lahir pada 14 May 1984. Lulusan Universiti Harvard. Di besarkan sebagai Jews tetapi lebih cenderung sebagai Atheist. Pengasas facebook. Ok cukup!

“Facebook is completely excessive, I must end all this madness. All the pressure is now managing this company has ruined my life,” Zuckerberg berkata dalam kenyataan dekat weeklyworldnews.

Maka muncullah kegelisahan terhadap orang perseorangan. Ada yang sedih, ada yang kecewa, ada yang tension apsal lah facebook nak tutup. Dan lagi dahsyat ada yang frust menonggeng sebab tak dapat lagi nak mengayat awek lepas ini. Damn!

Sebenarnya bila aku dengar berita mengatakan facebook akan di tutup terguling-guling aku gelak. Kelakar rasanya. Megi yang aku telan pon habis di muntahnya. Senak perut di buatnya. Sebab itu tak sempat menulis.

Dah baca intro aku tadi, dah kenal siapa Zuckerberg, sudah baca petikan kenyataan yang di keluarkan? Ok mari teruskan.

Persoalannya kenapa semua ini berlaku?

Laman sosial yang bernilai hampir 7 billion USD, jaringan laman web yang menghubungkan semua bangsa di dunia, tidak kira agama, tidak kira keturunan dan pelbagai maklumat peribadi yang berguna boleh di dapati dengan mudah.

‘So, apa masalahnya? Lantaklah’

Kenapa orang Yahudi atau Jewish mengaku merekalah umat pilihan Tuhan. Umat yang di pilih dari dulu hingga sekarang? Dunia sekarang di pimpin oleh golongan ini, umat Nabi Allah Ibrahim di mana umat yang di benci oleh segala jenis agama lain. Ya memang aku agak bersetuju.

Dan aku juga respect bagaimana kuat dan teguhnya pendirian mereka tidak seperti segelintir umat nabi Muhammad S.A.W yang sedia ada sekarang.

Ekonomi dunia sekarang siapa yang pegang, pemimpin dunia sekarang siapa yang membonekakan, segala bentuk pengetahuan kamu siapa yang kawalnya, segala sumber rujukan siapa yang salurkannya, akidah kamu siapa yang guidekan. Berbalik kepada pangkal semuanya dari sebuah bangsa minoriti tersebut iaitu Yahudi.

Kenapa kita di salurkan dengan pelbagai hiburan sedangkan ‘dia’ sibuk mengkaji akan bangsa lain, kenapa kita sibuk berseronok sedangkan ‘dia’ lagi sibuk mengumpul maklumat dunia, kenapa pengetahuan kita kebanyakkan bersumberkan dan kiblatkannya ‘dia’.

Kenapa dulu Al-Azhar kalau nak grad mesti cukup terpelajar dan kuatkan dengan ilmu tauhid, rohani takpun fardu ain. Tapi sekarang tak payah belajar tauhid pon dah boleh jadi ustaz. Correct me if I wrong. Faham tak?

Adeh! Dan melalut jauh ini. Berbalik kepada tajuk adakah Mark Zuckerberg sebodoh itu? Statement yang berbunyi di sebabkan facebook hidupnya tidak menentu. Sebab itu dia nak terminate facebook. Logikkah? Seperti yang aku perkatakan di atas cuba pertimbangkan balik.

Ala macam teori konspirasi. Apa-apapun ini pendapat aku saja. Ini bukan soal agama atau mengenai sesiapa tapi cuba buka minda kamu and let's expand it with others scope!

Siapa mau bet cepat! facebook takkan sesekali di tutup. Postoranzaa…

Saturday, January 15

Belajar - Pentingkah? Antara Sepenuh Atau Separuh Masa

Yahoo! Awal tahun hari tu aku secara rasminya telah membawa beg kembali. Beg? Beg apa? Yup betul. Ok dengan jayanya aku telah mendaftar menjadi student. Hari-hari asyik hantar surat saja bosan la. Mana best. Tak adventure. Apa-apapun gembira sangat dapat jadi student semula, kerana itulah niat aku yang sebenarnya. Untuk terus belajar. Dan tiada paksaan daripada sesiapa. Penantian memang berbaloi.

Bukan apa tertiba rindu rasanya. Teringatkan kenangan, di mana tidak perlu memikirkan pasal kewangan ataupun urusan lain semasa di uni. Yang penting study. Enjoy je. Cukup bulan prepaid mesti ada untuk telefon. Bukan bergayut ok. Tapi ‘Abah, adik tak ada duit dah’. Lepas tu esok dengan senyum lebarnya pergi jumpa member yang teramat kamcing. Mesin ATM. Hujung minggu pula pergi melepak. Pergi berdating-dating. Eh! terlupa aku mana ada awek, ok. Tengok member-member dating je. Itu yang betulnya.

Untuk makluman aku sambung study secara partime saja. Secara hakikatnya study sebegini tidak semudah yang di sangkakan. Belum cuba belum tau. Dah cuba baru terkinja-kinja. Memang amat meletihkan di mana setiap hari sibuk bekerja dan bila hujung mingu orang berehat, tapi kita terpaksa pergi ke kelas. Cabarannya sangat tinggi.

Baru aku sedar betapa ruginya aku semasa belajar sebelum ini. Banyak main-main. Patutlah selalu tengok mak asyik membebel-bebel je. Dan susah benar nak di dengarnya. Ala, macam tak biasa pula, masa dekat sekolah selalu kan dengar kalau buat karangan je, mesti nak pakai peribahasa seperti ‘masa itu emas kan’? Memang betul. Tetapi dah besar kelain jadinya. Betul tak?

Dan sekarang baru aku tersedar akan kepentingan masa. Kepada kamu yang masih study gunalah masa sebaik-baiknya.



Kenapa? Dari pengalaman yang tidak seberapa

Bila kamu study secara fulltime kamu dapat membahagi masa untuk beriadah, enjoy, merendek hari-hari dan menumpukan pada pelajaran. Tapi bila partime study, masa kamu terhad. Bila agaknya kamu akan study? Setiap hari kerja dan hujung minggu ke kelas. Pandai-pandailah bahagikan masa. Maksud aku bukan tidak baik buat partime. Cuma fokus kamu akan sesuatu akan berkurang sebab masa sudah terhad.

Bilamana bagi yang berkeluarga, sudah penat study dan bila balik rumah terpaksa pula untuk melayan kerenah anak dan membatinkan si isteri.Tapi aku terkecuali kalau bab ini ye. Memang perlu banyak bersabar. Tidak seperti pelajar sepenuh masa yang majoritinya masih bujang.



‘Kau ini semuanya salah. Buat itu ini semuanya tidak kena’. Orite. Sebenarnya tidak juga. Ada kebaikannya.

Dan seperti aku yang merupakan orang kebiasaan, bila bekerja kita dapat luaskan pengalaman dan boleh membiayai sendiri yuran pengajian secara tidak langsung dan keperluan untung berhutang tak timbul sangat.

Dan apabila study partime kita dapat terus mempraktikkan apa yang di ajar lecturer terus ke keadaan semasa. Secara mudahnya kaitan antara teori dan praktikal saling berlaku dan di praktikkan di tempat kerja.

Dan bila kamu sudah bersedia ke dunia pekerjaan, apabila apply sesuatu jawatan, peluang kamu untuk mendapatkan kerja itu semakin mudah. Kerana kamu mempunyai sijil dan pengalaman. Kamu ada kelebihan. Kalau tidak percaya cuba pergi kemana-mana company atau cuba main-main apply dekat jobstreet. At least, 1 year requirement experience. Betul tak? Sebab itulah ramai fresh graduate mengganggur.

Setiap orang ada caranya tersendiri. Bagaimana kamu menguruskannya yang utama. Baik secara fulltime atau partime study ada kelebihan masing masing. Yang penting jika kamu pikirkan masa depan kamu, ayuh studylah! Takkan hendak jadi macam aku ini hari-hari menghantar surat je. Dengan ilmu baru hidup kamu bahagia. Ada percaya? hehe






Tuesday, January 11

Masa

Tadi petang aku pergi basuh kereta dekat port biasa. Carwash berdekatan rumah aku. Sambil menunggu mamat bangla membasuh dengan tekunnya, aku ambil kerusi yang di sediakan. Aku terus duduk di suatu sudut di bawah bangsal, di mana keadaan yang hanya menunggu masa untuk roboh saja.




Memang fevret basuh kereta dekat situ, di sebabkan servis yang tip top walaupun hanya merupakan sebuah carwash yang buruk dan usang. Tambah pula, kalau pergi mesti dapat diskaun. Pelanggan tetap katakan. Bagi aku keadaan sesuatu itu tidak mencerminkan hakikat sebenarnya. Kamu mesti hayati dulu barulah membuat penilaian. Betul tak?


Termenung jauh. Tertiba seorang aunty Chinese datang dekat duduk di sebelah aku. Wow! So nice. You kerja apa? Muda-muda so cool. Stay mana? Aku pon dengan macho menjawab segala jenis soalan yang di ajukan.

Sambil bertukar-tukar pendapat aku tersentak dengan satu soalan yang di ajukan. ‘Kenapa pemuda melayu sekarang suka ramp itu moto, rempit, lumba-lumba sana-sini. Hari itu saya nyaris mau accident owh…Kalau kamu jadi aku apakah jawapan kamu? Bangsa sendiri di kritik oleh orang lain. Mesti kamu terasa kan. Walaupun tiada effect apa-apa pun kalau di abaikan saja. Baik minum kopi dekat kedai mamak lagi best. Melainlah kamu ini jenis yang tidak kesah. Jenis yang tidak alert dan peduli apa yang berlaku di sekeliling. Kamu mesti hanya menanggap perkara remeh saja. Sorry!




Aku terkesima sebentar. Okey aunty. Saya pon tiada jawapan dan tidak tahu sebab apa diorang jadi macam tu. Tapi mungkin simple saja. Masa! Budak-budak ini walaupun sama mempunyai masa 24/7 seperti orang lain, tetapi mereka dapat ‘bonus’ sehingga melimpah ruah masa itu dan tidak terguna. Hah? Okey kalau aunty yakin dengan feng shui, budak-budak ini pon percaya akan diri mereka. Sebab itu merempit. Kalau accident, cepat boleh go to hell. Baru tidak menghabiskan masa terluang orang kata. Aku berseloroh. Aunty tu tertawa…!                                                 




‘Jangan lewat datang malam ini tahu’, ‘Siapa sampai dulu kesana dialah pemenang’, ‘Kamu perlu siapkan assignment ini sebelum esok pagi ok’. Pernah dengar ayat seperti ini?

Adakah anda cukup masa?

Siapa yang tidak suka melepak kan. Kalau ya begitu, memang sah terbukti kamu seorang penipu besar. Bersenang-lenang tanpa perlu melakukan apa-apa. Bergelak ketawa tanpa ada tekanan yang datang. Hidup bahagia. Tidak payah pening-pening macam mana hendak terus survive. Tidak perlu bekerja smart. Happy! Tapi jika aku, memang tidak cukup. Siapa ada lebih, bak sikit. Aku perlu bahagikan masa untuk kerja, untuk belajar dan selebihnya di gunakan untuk berhibernisasi dan perkara lain-lain. Ehem ehem. Sehari 24jam memang tidak cukup.

Kenapa masa itu penting?


Dengan masa kita boleh melakukan banyak perkara. Tapi masa kecik-kecik dulu asyik main kan. Okey saja. Pernah kamu fikirkan kenapa. Sebabnya kamu masih muda. Belum baligh lagi dan tahap pemikiran kamu masih cetek. Kerana itulah terdapat tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, university dan meneruskan kehidupan seterusnya. Masa, mengembangkan tahap pemikiran kamu dan menjadikan kamu lebih matang. Tetapi ada orang tua yang tidak matang kan? Mudah saja. Itu spesel kes ala cerita ‘The Curious Case of Benjamin Button’. Jika kamu seperti itu baik pergi berjumpa doktor. Kemungkinan kamu seorang abnormal.

Kenapa kamu tidak menghargainya?

Berbalik kepada intro seperti aku ceritakan, ia bukan tidak menghargai tetapi di sebabkan kamu mungkin mempunyai masa yang over limit. Kamu tidak tahu menggunakan sebaiknya. ‘Dan demi masa sesungguhnya kamu dalam kerugian’, jika begitu.

Bagaimana pula masa kamu?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...