Showing posts with label kebebasan. Show all posts
Showing posts with label kebebasan. Show all posts

Wednesday, April 6

Konspirasi : Part 1 : Nuffnang Dan Advertlets

Masih ingat lagi sebelum ini konspirasi versi ABPBH? Ok. Kalau tak pernah baca silalah melawat dulu sebelum kita meneruskan ke bab yang seterusnya.

Iklan oh iklan. Kebanyakkan blogger pasti tahu apakah yang di maksudkan iklan di blog. Di mana banner iklan yang di letak di laman blog yang mana sedikit sebanyak untuk menjana pendapatan.

Pelbagai syarikat iklan yang ada dalam dunia maya ini. Sering di kenali Nuffnang, Advertlets, Innity, MangaAds dan etc. Cuma pilihan terletak pada empunya diri yang mana menjadi minat di hati. Selalunya boleh di lihat menjadi trend untuk mengiklankan dari syarikat pengiklanan tertentu saja.


Nuffnang bullshit, Advertlets butthurt. Celaka oh celaka!

Pasti kebanyakkan yang marah dengan kenyataan tu.  Ada yang bersetuju? Sudah pasti tidak. Apakah yang ingin di sampaikan? Sebenarnya, kedua-dua itu merupakan suatu medium syarikat pengiklanan yang popular. Kebanyakkan blogger newbie akan menggunakan perkhidmatan syarikat ini.

Apa yang bullshit, apa yang butthurt?

Aku mengambil contoh kedua-dua syarikat ini kerana sering menjadi pilihan blogger. Tip-tip, tutorial, asas-asas pengiklanan, bagaimana menjana pendapatan lebih, cara-cara buat widget itu dan ini sering di bincangkan. Tetapi kebanyakkannya hanya satu syarikat yang lebih menjadi perhatian, iaitu Nuffnang.

Awek cun sedang melintas di hadapan

Wow! Sungguh menarik. Cantik berseri-seri mukanya. Bestnya kalau dapat bercouple dengannya. Slrpp. Putih gebu, chubby, mantap dengan muka suci bersih. Owh ayunya. Indah betul anugerah ciptaan Tuhan. Menciptakan seorang yang sebegitu rupa. Mesti bahagia bila bersamanya. Mungkin.

Secara fizikalnya jika kamu minat akan sesuatu tentulah sukar untuk menerima sesuatu yang lain. Jika minat awek itu, takkan nak berdating dengan awek lain pula kan? Maka ketika saat itu semuanya indah belaka. Siapa bantah atau bangkang pasti akan menerima nasib dan akibatnya.

Dekat mana tadi? Dah lupa pula

Aiseh! Okey. Bosan la baca panjang-panjang. Mari kita main google-google pula, nak? Jom cari mangsanya. Siapa yang kena. Click! ‘Penipu, syarikat bohong, duit earning tak pernah bayar, dah tak boleh percaya. Oh butthurt! Damn it!’.  

Apakah ini? Musibah apa yang melanda. Semuanya hanya kata-kata cacian. Maki-memaki tidak menentu. Ya sudah jumpa. Rupa-rupanya itulah ‘mangsa’ yang di cari. Owh! Pesaing kepada Nuffnang, Adverlets. Menyesal main google-google.

Sambung balik

Seperti yang di katakan di awal tadi, kalau suka akan sesuatu pasti sukar untuk menerima yang lain. Selalunya semua pujian di lontar kepada sebelah pihak saja. Menjuri orang lain atau sesuatu secara membuta tuli. Tanpa usul periksa. Tanpa bukti yang kukuh.

Adakah terpengaruh dengan pujian orang ramai menyatakan syarikat itu terbaik, banyaknya pujian di terima, banyak entri-entri pasal syarikat itu di tulis?

Apa yang pergi, akan kembali semula

Baru-baru ini, kedengaran di kalangan beberapa blogger yang ‘top’ berpaling tadah terhadap Nuffnang. Apa yang di puji dulu hanya tinggal kata manis. Cuma tinggal kenangan. Semuanya tidak seindah dulu. Yang mana selalunya musim bunga setiap hari. Kini gurun sahara sahaja menanti. Aiseh sedihnya ayat.

‘Wow! Advertlets. Memang terbaiklah. Rugi tak join awal-awal. Advertlets tidak la sekejam yang di war-warkan. Jika tak bayar earning blogger pon bersebab. Bla…bla…blaa…’

Kamu suka di pengaruhi oleh orang lain tak?

Yahoo! Sekarang kan musim durian. Jom makan durian banyak-banyak nak? Kalau sesiapa termuntah dulu maka ‘tidaklah’ jawapannya. Kalau masih teguh berdiri maka itulah kamu yang sepatutnya. Be yourself. Ok cukup. Merepek memanjang.

Isu-isu mengenai blogger-blogger yang menukar syarikat pengiklanan itu atau ini, kepada syarikat yang lain bukanlah masalah utama. Tidak ada istilah berpaling tadah. Tidak ada istilah menjatuhkan reputasi syarikat tersebut atas dasar kekecewaan.

Sebenarnya mungkin atas sebab-sebab tertentu mereka berbuat demikian. Terjadinya perkara ini. Jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Tentulah kita perlu memilih yang terbaik untuk diri kita sendiri.

Setiap sesuatu pasti ada keburukan dan kebaikan. Adat kehidupan. Kamulah yang perlu mengubahnya. Jika suka. Katakan suka. Tetapi jika tidak sependapat jangan sesekali menjatuhkan sesuatu tanpa alasan yang kukuh. Terimalah dengan hati terbuka.

Itulah sebenarnya nadi entri kali ini. Bukan pasal siapa bersalah, siapa betul, siapa hebat, siapa kuat, siapa terbaik, siapa harus bertanggungjawab, siapa penipu, tetapi, siapakah kamu sebenarnya? 

Bersambung…


Friday, March 4

Siapa Fail : BlogSerius vs AminoWorld

Aku masih baru berjinak dalam dunia blogging. Sebelum ni selalu google je kalau nak sesuatu info. Baru sekarang aku terasa betapa seronok ada blog sendiri. Banyak ilmu dapat di kongsi dengan blogger lain. Sambil bertukar-tukar pendapat dan mencari kenalan baru.

Dalam sibuk kita blogging, seperti dunia nyata, dunia maya tak terkecuali menerima kutukan, pujian, usik-mengusik, bertekak, bergaduh sesama sendiri takpon mengumpat di sana-sini. Yang berbezanya dari segi penyampaian di mana dalam bentuk penulisan. 

Pernahkan dengar orang lebih takut dengan mata pena yang tumpul dari mata pedang yang berkilat? Aku memang bersetuju sekali. Jika di lihat dari sejarah dengan penulisanlah sesuatu bangsa dapat berdiri teguh atau jatuh tumbang. Dengan penalah manusia menjadi lemah, lalai, mundur ataupun maju ke depan. 

Penulisan dapat mempengaruhi cara orang untuk berfikir dan bertindak. Bersetujukah? Kenapa jika kita belajar memerlukan buku atau kertas untuk menulis. Padahal jika mengikut logiknya tak perlu buku pon boleh belajar. 

Sebabnya manusia di kurniakan akal. Oleh itu kita dapat berfikir dan mengingati dalam proses pembelajaran. Tetapi sejauh manakah kebersanannya? Tahap pemikiran manusia terbatas. Adakah kamu masih ingat lagi apa yang terjadi lima, sepuluh tahun yang lalu?

Jika di sebut ketika waktu subuh sekian-sekian tarikh, apakah yang kamu lakukan. Selepas itu apa yang kamu buat. Waktu bilakah kamu pergi berak, kamu pergi makan, kamu masuk tidur. Sudah tentulah tidak! So, cara menangani dengan penulisanlah. Sebab itu dari mata penalah ramai orang yang takut. Terutamanya ahli politik. 

Manusia di lahirkan untuk belajar. Sebab itulah kita memerlukan guru dan tidak selalu bergantung kepada sesuatu sumber saja dalam proses pembelajaran. Lebih banyak rujukan yang ada, semakin rasional cara kita berfikir dalam membuat keputusan. Tidakkah begitu? 

Kekadang aku hairan sebab ramai yang terpengaruh dan fanatiknya terhadap sesuatu sampai ketikanya otak di biarkan beku tanpa beroperasi. Dan salah satunya penangan melalui penulisan. Tidak kisahlah dari penulisan di atas paper ataupun media elektronik. Asalkan ada hitam putihnya pasti banyak mempengaruhi.

Aduh! Melalut jauh dah ni. Sebenarnya isu utama aku ialah mengenai blogger otai yang wujud sekarang. Dalam dunia maya ni tentu kamu fanatik terhadap seseorang blogger. Tipulah kalau kamu tak kenal walau seorang pon. Sekarang tengah top si Ben Ashari, RedMummy dan ramai lagi jika nak di sebutkan.

Sempena entri kali ini aku nak fokuskan kepada dua blog yang di kategorikan popular iaitu Obefiend dan Ameno World. Siapakah mereka ni? Jangan tanya bebanyak ok. Aku pon tak kenal sangat siapakah gerangannya. Tetapi aku kenal akan penulisan mereka. 

Untuk makluman Obefiend terjemahannya lebih bersifat ringkas dalam menghuraikan sesuatu manakala kalau Ameno ni lebih details. Kebanyakkan penulisannya lebih bersifat reverse-psyho. Kalau bagi newbie tentu akan pening-pening lalat dan biol sikit kalau baca entri dia. haha. Kesamaannya, dua-dua lebih menumpukan segala konflik, konfrontasi dan situasi semasa yang berlaku di Malaysia secara amnya dan khususnya masyarakat Melayu.

Apakah masalahnya? 

Tidak ada masalah pon. Cuma aku tertarik bilamana dua orang yang boleh di anggap berpengaruh troll sesama sendiri. Senang cerita sering salah menyalahi. Faham tak apa aku nak sampaikan? Penat ni menaip panjang-panjang. 

Selalu biasa kita tengok newbie-newbie macam aku ni bergaduh sesama sendiri dan saling kutuk-mengutuk. So, feeling dah kurang rasanya. Bila tengok otai, terkesima aku sebentar. 

Walaupun isu ni sudah agak lama tapi apa yang aku ingin fokuskan ialah kita di lahirkan sebagai manusia adakalanya kita di atas dan kadangkala kita kecundang. Tidak semua yang sempurna. Beringatlah akan tindakan yang kita lakukan dan bertanggungjawablah terhadap sesuatu perkara. 

Dalam proses pembelajaran kita janganlah hanya berkiblatkan sesuatu sumber saja. Ini kerana kekadang aku tengok pengkritik, pengikut atau pengomen tegar sesuatu blog sering mempertahankan benda atau topik yang boleh di anggap tidak betul. Secara ringkasnya tidak wajar di ikuti. Adakah ini bermakna apabila kita suka akan seseorang bermakna segala yang di perkatakan betul?

Dalam membuat keputusan berfikirlah dengan rasional. Jika yang salah katakan salah jangan ibarat mengeringkan baju di dalam hujan. haha. Dah macam Karam Singh Wallawey la pula. 

Aku tidak memihak kepada sesiapa. Yang betul kita ikuti. Yang salah jangan bawa ke mati. Di bawah ni merupakan isu yang aku maksudkan. Kamu boleh baca sendiri lebih details. Pandai-pandailah menilai ye. Postoranzaa...








  

Tuesday, February 22

Gaduh : Jenis-jenis Yang Popular


Pergaduhan sekarang ini sudah jadi seperti suatu kelaziman dan permainan. Kalau pergi dekat mana-mana mesti ada kita lihat orang tengah bergaduh. Baik secara manja-manja, usik-mengusik, kasar, serius dan kadang kala boleh membawa kematian. 

Contohnya jika terbaca dekat wall facebook mesti ada yang melepaskan ketidakpuasan hati dengan status yang di postkan. Tak suka dengan orang itulah, orang inilah, benci sana, benci sini, menyampah nak kawan dengan seseorang. Ada yang kadangkala tidak dapat kawal perasaan, sehingga timbulnya ugutan. Di mana membahayakan diri sendiri dan orang lain. 

Jika bercakap pasal gaduh mesti ramai yang fikir negatif dan semuanya berkaitan yang jahat saja kan. Pernah tak kamu fikir kenapa kita selalunya terus-menerus bergaduh? Salah satu sebabnya tentulah ada konflik atau masalah yang tidak mencapai kata sepakat.

Dari pengalaman aku terdapat pelbagai jenis pergaduhan. Tidak di nafikan walaupun aku seorang yang pendiam, tetapi kalau bab ini memang hot-temper sikit. Di bawah ini ada di senaraikan beberapa jenis pergaduhan.

Gaduh bergurau
Masa kamu budak-budak selalu main dekat taman permainan. Berseronok, bergurau-gurau, mengusik kawan, pastu jika barang kesayangan kamu rosak atau di ambil oleh orang lain tentu terasa marah. Kesudahannya berlakunya pergaduhan, menangis dan balik mengadu dekat mak. 

Walaupun sering berlaku dan kena buli esoknya tetap akan pergi main juga kan. Kenangkan balik best je rasanya jadi budak-budak. Hari ini bergaduh esok sudah lupa segalanya.

Gaduh bersahaja
Selalu jika lepak-lepak dekat kedai mamak, jalan-jalan pergi shopping complex ke mesti ada gurau-gurauan kan. Masalahnya yang selalu di hadapi kebanyakkan orang kalau bergurau tak pernah nak ingat dunia. Maksudnya kalau bergurau tak ada had dan batasan. So, mula-mula kutuk-mengutuk, maki-memaki akhirnya touching dan moody satu hari.

Gaduh bermanja
Selalunya terjadi terhadap pasangan kekasih tak pon suami-isteri. Secara mudahnya kepada golongan yang sedang di lamun cinta. Memang sweet bila tengok cubit mencubit, ketawa dan bergurau-senda. 

Selepas bergaduh bermulanya pujukan dan rayuan supaya memaafkan. Menghantar sms, calling-caling tak pon bagi hadiah sebagai tanda meminta maaf. Memang menarik. Tapi kalau bagi kes seperti piring terbang dalam rumah, itu di kecualikan ye. hehe 

Gaduh profesional
Sebulan lepas aku ada perselisihan pendapat antara aku dan colleague yang lebih berumur di tempat kerja. Hendak di jadikan cerita hari itu aku memang agak moody dan mungkin colleague aku pon ada masalah lain. Di sebabkan hal kecil saja kami hampir bertumbuk. Hendak aku pelempang masa itu muka dia. Akhirnya di suraikan dengan aman. 

Sejak hari itu aku jadi semakin rapat dan kamcing sangat. Semalam pun pergi lepak dekat Gulam Mee Kota Damansara berdua. Tak pernah dalam sejarah mengeteh berdua-duaan.

Gaduh hardcore-metal
Kalau kes ini selalu terjadi terhadap ahli kongsi gelap, ah long ataupun orang yang menaruh perasan dendam teramat sangat terhadap kita. Di mana akibat pergaduhan itu terjadi masalah lebih serius. Pembunuhan, kerosakan harta benda dan ketakutan untuk hidup yang menjadi fobia. 

Setakat ini aku belum pernah menghadapi lagi. Alhamdulillah. Hasil dari pengalaman kawan-kawan dan filem-filem, inilah yang dapat aku rumuskan.

Gaduh love-candy
Gaduh cara ini merupakan favorite sangat. Dan berharap akan terjadi suatu hari nanti. Selalu berlaku apabila seseorang saling bergaduh manja, saling benci membenci, saling tidak menaruh perasaan atau dalam cara mudahnya kalau berjumpa mesti tak mahu terus-menerus tengok dan memandang muka dia. Kalau boleh tak ingin muncul dalam setiap apa yang kita lakukan. Mesti akan saja helah untuk mengelaknya. 

Kenapa aku suka bergaduh cara ini ye? Orang kata selalunya kalau bergaduh cara ini akan melahirkan suatu perhubungan yang istimewa. 

Ops! Jangan fikir bukan-bukan ok. Istimewa di sini bermaksud kalau bagi yang bujang selalunya akan berakhir dengan sebuah perkahwinan dan keluarga yang bahagia. Kalau berkawan akan menjadi lebih rapat dan akrab dan bila kita dalam kesusahan orang yang bergaduh dengan kita inilah yang akan pertama dulu memberi bantuan.

Sweet kan? Harap-harap satu hari nanti dapat alami juga. Tapi tak nak la gaduh teruk-teruk sangat.

Rasanya cukup beberapa jenis pergaduhan yang sering berlaku di sekeliling kita yang di huraikan. Banyak lagi cara bergaduh yang kekadang tidak masuk akal. 

Bagi yang suka bergaduh atau marah-marah lebih baik kita kurangkan. Bahaya untuk kesihatan nanti kena migrain dan darah tinggi pula, kalau berkawan nanti takut kita tidak di senangi oleh orang lain.

Semua yang di ciptakan di dunia ini indah belaka. Walaupun bergaduh di anggap sesuatu benda negatif tapi kalau kita yang guidekan ke arah posotif mesti berguna terhadap diri kita pada masa akan datang. Postoranzaa...

Thursday, February 10

Oh! Tidak : Paris Hilton Masuk Islam

Sebelum ini aku ada ceritakan tentang khabar angin facebook akan di tutup. Aku juga ada menghuraikan mengenai komen-komen tentang teori konspirasi.

Masa aku terhad. Aku tidak suka menulis dan sebab itu aku lebih suka blogwalking. Membaca hasil karya bloggers dan memberi pendapat.

Semua orang kenal siapakah dia Paris Hilton. Terbaru banyak blog-blog yang menceritakan mengenainya. Tidak kurang gambarnya dengan bertudung sopan. Suci murni. Aww..!

Sungguh tidak di sangka betapa beruntung dan bertuah. Begitu cepatnya dia mendapat hidayah dan petunjuk Ilahi. Paris Hilton convert to Islam. Betulkah? Wadehel!

Mudahnya Islam di permainkan. Mudahnya orang Islam di perbodohkan. Mudahnya berita ini tersebar dan di terima masyarakat.

Kemanakah integriti kamu? (aiseh macam kastam la pula). Kemanakah pegangan agama kamu. Kemana dan dimanakah diri kamu sebenarnya?

'Apsal tiba-tiba serius ini. Chill la sikit, bro.'

Baiklah mari kita bermain-main pula. Bermain dan menatap gambar si manis ini.

Cari gambar Dubai Jumairah Abdullah. Hah, kenapa? Tak jumpa ke? Ok takpe. Cari gambar Paris Hilton bertudung sajalah yang berformat file.jpg.

Sebenarnya, jika Paris Hilton masuk Islam nama Dubai di pilih sebab Paris dan Dubai kan kota yang setaraf. Jumairah pula dari Palm Jumairah hotel di Dubai yang sama naik dengan Hotel Hilton.

Sudah jumpa gambar Paris Hilton? Copy dan paste dekat errorlevelanalysis dan tekan proses. Tadaa...Kamu mesti tak faham kan? Apalah yang aku merepek ini.



Nampak bulatan warna merah yang aku bulatkan? Cuba tengok di dalam bulatan itu, di perhati, di perhalusi dan di amati betul-betul. Apa yang kamu nampak? Tak nampak apa-apa. Kamu zoom-out siapa suruh cuba zoom-in bagi dekat dan dekat lagi.

Pixels (picture element) ialah blok-blok yang terbina dalam sesebuah gambar atau imej. Dalam erti kata yang mudah di fahami, seperti lego-lego yang di susun dan di jadikan sesuatu bentuk yang kamu kehendaki. Bezanya, pixels dalam saiz yang sangat halus.

Jika di perhatikan dalam gambar di sekeliling muka dan mata yang hitam belegam itu kamu akan nampak ada pixels yang berwarna pink. Yahoo! pinky.

Dari segi hukum fizik dan hipotesisnya, jika sesuatu gambar yang betul (real), warna pixelnya akan bersamaan dan berkadar terus dengan persekitaran semasa bila sesuatu gambar di capture. Dengan berasaskan warna premier merah, biru dan kuning ia akan mempengaruhi keadaan persekitaran. Contohnya jika kamu tangkap gambar dekat taman semasa merendek maka tentulah latarnya gambarnya berasaskan persekitaran taman.

Dari segi hukum photoshop, jika kamu mengubah, mengopy paste, menambah itu dan ini, memberi sesuatu impak ke atas gambar itu dan save, save seterusnya save, maka keputusannya pelbagailah sumber warna pixel yang kamu dapati. Ibarat membuat rojak buah di gaulnya sekali. Nyummy!

Dari segi gambar hitam di atas pula, jika di perhatikan keseluruhan gambar itu kebanyakkan berinspirasikan warna-warna asas, tetapi tertiba di sekeliling muka dan mata terdapat sumber warna yang baru iaitu pink. Tidakkah menghairankan? Adakah kebetulan warna kuning bergabung tenaga dengan warna merah, menghasilkan pink? Oh tidak!

Amacam sudah faham? Aku tidak kata aku betul atau sebaliknya. Kamu nilailah sendiri. Berbalik kepada tajuk, amat sedih betapa umat Islam mudahnya mempercayai apa saja yang di sajikan. Adakah semua maklumat yang bersumberkan internet itu betul? Mudahnya kita di pengaruhi tanpa mencari fakta sebenarnya dulu. Sadis!

Kini, Islam ibarat agama perdagangan. Islam hanya sebuah nama. Boleh di jual dan di beli. Boleh di mainkan sesuka hati. Islam bersifat syumul atau universal (menyeluruh). Contonya tidak perlulah di tambah istilah pelbagai. Tak perlulah berhadhari-hari.

Trend terkini, kalau dengar sesuatu berunsurkan Islam kita dengan bangga dan kagumnya memberi dorongan. Terasa indah sekali. Umumnya masyarakat Islam di Malaysia dan amnya di seluruh dunia. Tidakkah begitu?

Jika kamu tak percaya bacalah komen-komen di link dailysquib ini. Laman web si-alan.


P/s: samposmen tidak bertanggungjawab terhadap segala bahasa sastera yang di gunakan yang menyebabkan kamu tidak fahami. hehe. Posto-posto.

Thursday, February 3

Kenapa Perempuan Merokok



Seperti biasa Restoran Canai (techno) Subang menjadi port lepak jika kerja. Mencuci mata sebab ramai awek dengan lurah dendam dan berlegging. Free show beb!

Keadaan sekeliling majoriti semuanya perokok tegar. Kalau lelaki merokok boleh terima, tapi kalau perempuan aku memang pantang sikit. Muka comel, cun dan badan mantap tapi perangai hampeh.

Sebelum ini aku ada gambarkan merokok cool dari perspektif kerajaan bukan untuk kesihatan. Tetapi bagi perempuan kenapa ini berlaku?

Gaya Hidup Kini

'Trend. So we must follow it! Do it! Feel it!' Jika trend mendatangkan kebaikan tidak salah untuk di ikuti. Tahukah kamu syarikat rokok kini mensasarkan dan mempromosi produk lebih kepada golongan wanita. 

Sebabnya wanita golongan yang mudah di perdaya. Kebanyakkan mereka merokok di sebabkan pengaruh rakan. Berbanding lelaki, kalau terpengaruh pun, sebab ada gadis litar tersesat mempromosi di kedai mamak.

Diet

'Merokok cara baru diet'. Kebanyakkan perempuan yang berdiet dan nak slim akan merokok. Mungkin makan asap lagi bagus sebab jumlah jisim yang masuk dalam badan lebih sikit berbanding makan nasi dengan karbohidrat yang tinggi. Kalau terlebih makan boleh gemuk. 

Tahukah pula, merokok merupakan faktor utama penyumbang kanser payudara, pankreas, paru-paru, mulut, diabetis dan kardiovaskular. Dan kalau mengandung kesian baby yang di kandungkan kemungkinan kelahiran pra-matang terjadi.
 
Stress 

Stress sebab tekanan hidup. Atau istilahnya anggota struktur apabila di kenakan suatu daya atau momen, ia menyebabkan perubahan strain (tegang). Di mana perubahan dimensi sesuatu terjadi. Faham tak? 

Perempaun yang stress sebab frust menonggeng dengan pakwe, di kecewakan, masalah peribadi, masalah keluarga, masalah pembelajaran dan sebahagiannya akan merokok.

Betul. Merokok boleh mengurangkan tekanan dan dapat rilex tetapi dalam tempoh masa singkat dan peratusannya agak kecil. Kamu dah la stress pastu tambah pula dengan penyakit. Memang pakej terbaik untuk passaway cepat agaknya.

Sosial dan Seronok

Perempuan merokok mungkin di sebabkan untuk bersosial dan berseronok. 'Weh tak best la termenung je, lepak-lepak hisap rokok baru best'. 'Togak-togak, merokok sepam dua baru layan. Takkan clubbing hisap lollipop dengan  minum air coke je.' Kolot beb!

Dan banyak lagi sebab-sebabnya. Bagi aku kalau perempuan merokok memang tak dapat di terima walau dengan apa masalah sekalipun. Kamu ada agama, kamu ada akal, kamu seorang yang bijak jadi sebijak-bijaklah membuat keputusan.

Wednesday, February 2

Krisis Di Mesir



Mesir kini bergolak di sebabkan rakyat berdemokrasi untuk menggesa pemimpin Hosni Mubarak yang di sifatkan pemerintah ‘berkuku besi’ untuk  meletak jawatan setelah 30 tahun berkuasa.


Sistem komunikasi akses internet dan telefon di sekat, bank tidak beroperasi, kedai-kedai di tutup, kekurangan bekalan makanan berlaku.


Keganasan meningkat, beratus-ratus orang mati dan beribu yang lain cedera di sebabkan rusuhan yang berlaku, sesetengah kaum wanita di rogol.


Semalam hampir 250,000 rakyat Mesir berdemokrasi secara aman di Cairo dari berjuta-juta yang lain. Guru sekolah, tukang kebun, pelajar universiti, golongan professional bersatu hati bersuara.


Di Malaysia, Air Asia dan MAS di terbangkan ke Jeddah di samping 2 pesawat Royal Air Force C-130 dalam misi membawa pulang rakyat di sana.


Bersyukur


Bersyukur kerana negara kita masih lagi aman. Tiada pergolakan atau protes besar-besaran yang boleh menggugat sistem ekonomi dan pentadbiran negara.


Pemimpin patut ambil iktibar. Walaupun pelbagai masalah, konfrontasi dan korupsi yang berlaku, rakyat masih lagi mengikut rentak dan kemahuan kerajaan Malaysia.


Harapan


Semoga rakyat Malaysia di Mesir dapat pulang dengan selamat dan sistem demokrasi di Mesir dapat di pulihkan seperti sebelumnya. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...