Showing posts with label kepuasan. Show all posts
Showing posts with label kepuasan. Show all posts

Wednesday, April 6

Konspirasi : Part 1 : Nuffnang Dan Advertlets

Masih ingat lagi sebelum ini konspirasi versi ABPBH? Ok. Kalau tak pernah baca silalah melawat dulu sebelum kita meneruskan ke bab yang seterusnya.

Iklan oh iklan. Kebanyakkan blogger pasti tahu apakah yang di maksudkan iklan di blog. Di mana banner iklan yang di letak di laman blog yang mana sedikit sebanyak untuk menjana pendapatan.

Pelbagai syarikat iklan yang ada dalam dunia maya ini. Sering di kenali Nuffnang, Advertlets, Innity, MangaAds dan etc. Cuma pilihan terletak pada empunya diri yang mana menjadi minat di hati. Selalunya boleh di lihat menjadi trend untuk mengiklankan dari syarikat pengiklanan tertentu saja.


Nuffnang bullshit, Advertlets butthurt. Celaka oh celaka!

Pasti kebanyakkan yang marah dengan kenyataan tu.  Ada yang bersetuju? Sudah pasti tidak. Apakah yang ingin di sampaikan? Sebenarnya, kedua-dua itu merupakan suatu medium syarikat pengiklanan yang popular. Kebanyakkan blogger newbie akan menggunakan perkhidmatan syarikat ini.

Apa yang bullshit, apa yang butthurt?

Aku mengambil contoh kedua-dua syarikat ini kerana sering menjadi pilihan blogger. Tip-tip, tutorial, asas-asas pengiklanan, bagaimana menjana pendapatan lebih, cara-cara buat widget itu dan ini sering di bincangkan. Tetapi kebanyakkannya hanya satu syarikat yang lebih menjadi perhatian, iaitu Nuffnang.

Awek cun sedang melintas di hadapan

Wow! Sungguh menarik. Cantik berseri-seri mukanya. Bestnya kalau dapat bercouple dengannya. Slrpp. Putih gebu, chubby, mantap dengan muka suci bersih. Owh ayunya. Indah betul anugerah ciptaan Tuhan. Menciptakan seorang yang sebegitu rupa. Mesti bahagia bila bersamanya. Mungkin.

Secara fizikalnya jika kamu minat akan sesuatu tentulah sukar untuk menerima sesuatu yang lain. Jika minat awek itu, takkan nak berdating dengan awek lain pula kan? Maka ketika saat itu semuanya indah belaka. Siapa bantah atau bangkang pasti akan menerima nasib dan akibatnya.

Dekat mana tadi? Dah lupa pula

Aiseh! Okey. Bosan la baca panjang-panjang. Mari kita main google-google pula, nak? Jom cari mangsanya. Siapa yang kena. Click! ‘Penipu, syarikat bohong, duit earning tak pernah bayar, dah tak boleh percaya. Oh butthurt! Damn it!’.  

Apakah ini? Musibah apa yang melanda. Semuanya hanya kata-kata cacian. Maki-memaki tidak menentu. Ya sudah jumpa. Rupa-rupanya itulah ‘mangsa’ yang di cari. Owh! Pesaing kepada Nuffnang, Adverlets. Menyesal main google-google.

Sambung balik

Seperti yang di katakan di awal tadi, kalau suka akan sesuatu pasti sukar untuk menerima yang lain. Selalunya semua pujian di lontar kepada sebelah pihak saja. Menjuri orang lain atau sesuatu secara membuta tuli. Tanpa usul periksa. Tanpa bukti yang kukuh.

Adakah terpengaruh dengan pujian orang ramai menyatakan syarikat itu terbaik, banyaknya pujian di terima, banyak entri-entri pasal syarikat itu di tulis?

Apa yang pergi, akan kembali semula

Baru-baru ini, kedengaran di kalangan beberapa blogger yang ‘top’ berpaling tadah terhadap Nuffnang. Apa yang di puji dulu hanya tinggal kata manis. Cuma tinggal kenangan. Semuanya tidak seindah dulu. Yang mana selalunya musim bunga setiap hari. Kini gurun sahara sahaja menanti. Aiseh sedihnya ayat.

‘Wow! Advertlets. Memang terbaiklah. Rugi tak join awal-awal. Advertlets tidak la sekejam yang di war-warkan. Jika tak bayar earning blogger pon bersebab. Bla…bla…blaa…’

Kamu suka di pengaruhi oleh orang lain tak?

Yahoo! Sekarang kan musim durian. Jom makan durian banyak-banyak nak? Kalau sesiapa termuntah dulu maka ‘tidaklah’ jawapannya. Kalau masih teguh berdiri maka itulah kamu yang sepatutnya. Be yourself. Ok cukup. Merepek memanjang.

Isu-isu mengenai blogger-blogger yang menukar syarikat pengiklanan itu atau ini, kepada syarikat yang lain bukanlah masalah utama. Tidak ada istilah berpaling tadah. Tidak ada istilah menjatuhkan reputasi syarikat tersebut atas dasar kekecewaan.

Sebenarnya mungkin atas sebab-sebab tertentu mereka berbuat demikian. Terjadinya perkara ini. Jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Tentulah kita perlu memilih yang terbaik untuk diri kita sendiri.

Setiap sesuatu pasti ada keburukan dan kebaikan. Adat kehidupan. Kamulah yang perlu mengubahnya. Jika suka. Katakan suka. Tetapi jika tidak sependapat jangan sesekali menjatuhkan sesuatu tanpa alasan yang kukuh. Terimalah dengan hati terbuka.

Itulah sebenarnya nadi entri kali ini. Bukan pasal siapa bersalah, siapa betul, siapa hebat, siapa kuat, siapa terbaik, siapa harus bertanggungjawab, siapa penipu, tetapi, siapakah kamu sebenarnya? 

Bersambung…


Friday, March 4

Siapa Fail : BlogSerius vs AminoWorld

Aku masih baru berjinak dalam dunia blogging. Sebelum ni selalu google je kalau nak sesuatu info. Baru sekarang aku terasa betapa seronok ada blog sendiri. Banyak ilmu dapat di kongsi dengan blogger lain. Sambil bertukar-tukar pendapat dan mencari kenalan baru.

Dalam sibuk kita blogging, seperti dunia nyata, dunia maya tak terkecuali menerima kutukan, pujian, usik-mengusik, bertekak, bergaduh sesama sendiri takpon mengumpat di sana-sini. Yang berbezanya dari segi penyampaian di mana dalam bentuk penulisan. 

Pernahkan dengar orang lebih takut dengan mata pena yang tumpul dari mata pedang yang berkilat? Aku memang bersetuju sekali. Jika di lihat dari sejarah dengan penulisanlah sesuatu bangsa dapat berdiri teguh atau jatuh tumbang. Dengan penalah manusia menjadi lemah, lalai, mundur ataupun maju ke depan. 

Penulisan dapat mempengaruhi cara orang untuk berfikir dan bertindak. Bersetujukah? Kenapa jika kita belajar memerlukan buku atau kertas untuk menulis. Padahal jika mengikut logiknya tak perlu buku pon boleh belajar. 

Sebabnya manusia di kurniakan akal. Oleh itu kita dapat berfikir dan mengingati dalam proses pembelajaran. Tetapi sejauh manakah kebersanannya? Tahap pemikiran manusia terbatas. Adakah kamu masih ingat lagi apa yang terjadi lima, sepuluh tahun yang lalu?

Jika di sebut ketika waktu subuh sekian-sekian tarikh, apakah yang kamu lakukan. Selepas itu apa yang kamu buat. Waktu bilakah kamu pergi berak, kamu pergi makan, kamu masuk tidur. Sudah tentulah tidak! So, cara menangani dengan penulisanlah. Sebab itu dari mata penalah ramai orang yang takut. Terutamanya ahli politik. 

Manusia di lahirkan untuk belajar. Sebab itulah kita memerlukan guru dan tidak selalu bergantung kepada sesuatu sumber saja dalam proses pembelajaran. Lebih banyak rujukan yang ada, semakin rasional cara kita berfikir dalam membuat keputusan. Tidakkah begitu? 

Kekadang aku hairan sebab ramai yang terpengaruh dan fanatiknya terhadap sesuatu sampai ketikanya otak di biarkan beku tanpa beroperasi. Dan salah satunya penangan melalui penulisan. Tidak kisahlah dari penulisan di atas paper ataupun media elektronik. Asalkan ada hitam putihnya pasti banyak mempengaruhi.

Aduh! Melalut jauh dah ni. Sebenarnya isu utama aku ialah mengenai blogger otai yang wujud sekarang. Dalam dunia maya ni tentu kamu fanatik terhadap seseorang blogger. Tipulah kalau kamu tak kenal walau seorang pon. Sekarang tengah top si Ben Ashari, RedMummy dan ramai lagi jika nak di sebutkan.

Sempena entri kali ini aku nak fokuskan kepada dua blog yang di kategorikan popular iaitu Obefiend dan Ameno World. Siapakah mereka ni? Jangan tanya bebanyak ok. Aku pon tak kenal sangat siapakah gerangannya. Tetapi aku kenal akan penulisan mereka. 

Untuk makluman Obefiend terjemahannya lebih bersifat ringkas dalam menghuraikan sesuatu manakala kalau Ameno ni lebih details. Kebanyakkan penulisannya lebih bersifat reverse-psyho. Kalau bagi newbie tentu akan pening-pening lalat dan biol sikit kalau baca entri dia. haha. Kesamaannya, dua-dua lebih menumpukan segala konflik, konfrontasi dan situasi semasa yang berlaku di Malaysia secara amnya dan khususnya masyarakat Melayu.

Apakah masalahnya? 

Tidak ada masalah pon. Cuma aku tertarik bilamana dua orang yang boleh di anggap berpengaruh troll sesama sendiri. Senang cerita sering salah menyalahi. Faham tak apa aku nak sampaikan? Penat ni menaip panjang-panjang. 

Selalu biasa kita tengok newbie-newbie macam aku ni bergaduh sesama sendiri dan saling kutuk-mengutuk. So, feeling dah kurang rasanya. Bila tengok otai, terkesima aku sebentar. 

Walaupun isu ni sudah agak lama tapi apa yang aku ingin fokuskan ialah kita di lahirkan sebagai manusia adakalanya kita di atas dan kadangkala kita kecundang. Tidak semua yang sempurna. Beringatlah akan tindakan yang kita lakukan dan bertanggungjawablah terhadap sesuatu perkara. 

Dalam proses pembelajaran kita janganlah hanya berkiblatkan sesuatu sumber saja. Ini kerana kekadang aku tengok pengkritik, pengikut atau pengomen tegar sesuatu blog sering mempertahankan benda atau topik yang boleh di anggap tidak betul. Secara ringkasnya tidak wajar di ikuti. Adakah ini bermakna apabila kita suka akan seseorang bermakna segala yang di perkatakan betul?

Dalam membuat keputusan berfikirlah dengan rasional. Jika yang salah katakan salah jangan ibarat mengeringkan baju di dalam hujan. haha. Dah macam Karam Singh Wallawey la pula. 

Aku tidak memihak kepada sesiapa. Yang betul kita ikuti. Yang salah jangan bawa ke mati. Di bawah ni merupakan isu yang aku maksudkan. Kamu boleh baca sendiri lebih details. Pandai-pandailah menilai ye. Postoranzaa...








  

Tuesday, February 22

Gaduh : Jenis-jenis Yang Popular


Pergaduhan sekarang ini sudah jadi seperti suatu kelaziman dan permainan. Kalau pergi dekat mana-mana mesti ada kita lihat orang tengah bergaduh. Baik secara manja-manja, usik-mengusik, kasar, serius dan kadang kala boleh membawa kematian. 

Contohnya jika terbaca dekat wall facebook mesti ada yang melepaskan ketidakpuasan hati dengan status yang di postkan. Tak suka dengan orang itulah, orang inilah, benci sana, benci sini, menyampah nak kawan dengan seseorang. Ada yang kadangkala tidak dapat kawal perasaan, sehingga timbulnya ugutan. Di mana membahayakan diri sendiri dan orang lain. 

Jika bercakap pasal gaduh mesti ramai yang fikir negatif dan semuanya berkaitan yang jahat saja kan. Pernah tak kamu fikir kenapa kita selalunya terus-menerus bergaduh? Salah satu sebabnya tentulah ada konflik atau masalah yang tidak mencapai kata sepakat.

Dari pengalaman aku terdapat pelbagai jenis pergaduhan. Tidak di nafikan walaupun aku seorang yang pendiam, tetapi kalau bab ini memang hot-temper sikit. Di bawah ini ada di senaraikan beberapa jenis pergaduhan.

Gaduh bergurau
Masa kamu budak-budak selalu main dekat taman permainan. Berseronok, bergurau-gurau, mengusik kawan, pastu jika barang kesayangan kamu rosak atau di ambil oleh orang lain tentu terasa marah. Kesudahannya berlakunya pergaduhan, menangis dan balik mengadu dekat mak. 

Walaupun sering berlaku dan kena buli esoknya tetap akan pergi main juga kan. Kenangkan balik best je rasanya jadi budak-budak. Hari ini bergaduh esok sudah lupa segalanya.

Gaduh bersahaja
Selalu jika lepak-lepak dekat kedai mamak, jalan-jalan pergi shopping complex ke mesti ada gurau-gurauan kan. Masalahnya yang selalu di hadapi kebanyakkan orang kalau bergurau tak pernah nak ingat dunia. Maksudnya kalau bergurau tak ada had dan batasan. So, mula-mula kutuk-mengutuk, maki-memaki akhirnya touching dan moody satu hari.

Gaduh bermanja
Selalunya terjadi terhadap pasangan kekasih tak pon suami-isteri. Secara mudahnya kepada golongan yang sedang di lamun cinta. Memang sweet bila tengok cubit mencubit, ketawa dan bergurau-senda. 

Selepas bergaduh bermulanya pujukan dan rayuan supaya memaafkan. Menghantar sms, calling-caling tak pon bagi hadiah sebagai tanda meminta maaf. Memang menarik. Tapi kalau bagi kes seperti piring terbang dalam rumah, itu di kecualikan ye. hehe 

Gaduh profesional
Sebulan lepas aku ada perselisihan pendapat antara aku dan colleague yang lebih berumur di tempat kerja. Hendak di jadikan cerita hari itu aku memang agak moody dan mungkin colleague aku pon ada masalah lain. Di sebabkan hal kecil saja kami hampir bertumbuk. Hendak aku pelempang masa itu muka dia. Akhirnya di suraikan dengan aman. 

Sejak hari itu aku jadi semakin rapat dan kamcing sangat. Semalam pun pergi lepak dekat Gulam Mee Kota Damansara berdua. Tak pernah dalam sejarah mengeteh berdua-duaan.

Gaduh hardcore-metal
Kalau kes ini selalu terjadi terhadap ahli kongsi gelap, ah long ataupun orang yang menaruh perasan dendam teramat sangat terhadap kita. Di mana akibat pergaduhan itu terjadi masalah lebih serius. Pembunuhan, kerosakan harta benda dan ketakutan untuk hidup yang menjadi fobia. 

Setakat ini aku belum pernah menghadapi lagi. Alhamdulillah. Hasil dari pengalaman kawan-kawan dan filem-filem, inilah yang dapat aku rumuskan.

Gaduh love-candy
Gaduh cara ini merupakan favorite sangat. Dan berharap akan terjadi suatu hari nanti. Selalu berlaku apabila seseorang saling bergaduh manja, saling benci membenci, saling tidak menaruh perasaan atau dalam cara mudahnya kalau berjumpa mesti tak mahu terus-menerus tengok dan memandang muka dia. Kalau boleh tak ingin muncul dalam setiap apa yang kita lakukan. Mesti akan saja helah untuk mengelaknya. 

Kenapa aku suka bergaduh cara ini ye? Orang kata selalunya kalau bergaduh cara ini akan melahirkan suatu perhubungan yang istimewa. 

Ops! Jangan fikir bukan-bukan ok. Istimewa di sini bermaksud kalau bagi yang bujang selalunya akan berakhir dengan sebuah perkahwinan dan keluarga yang bahagia. Kalau berkawan akan menjadi lebih rapat dan akrab dan bila kita dalam kesusahan orang yang bergaduh dengan kita inilah yang akan pertama dulu memberi bantuan.

Sweet kan? Harap-harap satu hari nanti dapat alami juga. Tapi tak nak la gaduh teruk-teruk sangat.

Rasanya cukup beberapa jenis pergaduhan yang sering berlaku di sekeliling kita yang di huraikan. Banyak lagi cara bergaduh yang kekadang tidak masuk akal. 

Bagi yang suka bergaduh atau marah-marah lebih baik kita kurangkan. Bahaya untuk kesihatan nanti kena migrain dan darah tinggi pula, kalau berkawan nanti takut kita tidak di senangi oleh orang lain.

Semua yang di ciptakan di dunia ini indah belaka. Walaupun bergaduh di anggap sesuatu benda negatif tapi kalau kita yang guidekan ke arah posotif mesti berguna terhadap diri kita pada masa akan datang. Postoranzaa...

Friday, February 18

Stress : Bagaimana Kamu Hadapi?

Hari ini merupakan hari kedua aku tidak pergi kerja atas sebab masalah kesihatan. Memang seronok dan happy dapat berehat seketika di rumah.

Petang tadi aku pergi ke klinik berjumpa dengan doktor untuk ambil ubat dan mc letter.Teruk aku di ceramah oleh doktor India itu. Sampai terdiam tak terkata. 'Kamu ini muda-muda lagi dah stress nanti dah tua lagi teruk. Nanti pergi beli buku motivasi, lepas itu baca!'. Aiseh! Aku pon buat tak tau je dan hanya mengangguk tanda bersetuju. 

Hasil pemeriksaan memang darah aku agak tinggi. Tidak di nafikan tekanan di tempat kerja dan rutin mingguan aku ke kelas banyak menyumbang kepada stress ini. Patutlah dua tiga hari ini kepala aku sangat pening dan sakit.

Stress

Selalu kan kamu dengar. Banyak cara untuk menghilangkan stress. Seperti bernafas dalam-dalam, menghirup udara segar, banyak minum air, banyak beribadat, tenangkan perasaan, cuba mencari kawan untuk melepaskan dan berkongsi masalah, banyak motivasikan diri dan sebagainya. 

Bagi aku kalau nak tanganinya aku lebih suka makan. Makan banyak-banyak lepas itu tidur. Lepas bangun mesti rasa tenang. Kamu pon pernah hadapinya kan? Tipulah kalau cakap tak pernah rasa stress. Kamu suka buat apa kalau stress ye?

Wednesday, February 16

Customer : Is NOT Always Right

Pernahkan kamu dengar istilah ini. 'Customer is Always Right' atau mudahnya semua yang di lakukan oleh customer semuanya betul. Ini selalu terjadi terhadap syarikat-syarikat yang mementingkan kepuasan dan kepentingan terhadap kliennya.

Jika kamu seorang customer tentulah ini memberi banyak faedah dan kelebihan kepada kamu. Kamu dapat menggunakan sepenuhnya kelebihan itu jika ada ketidakpuasan yang berlaku nanti.

Kesannya

Di sebabkan mentaliti ini jugalah semakin ramai yang berani dan lantang bersuara. Tidak salah jika apa yang kamu pertikaikan itu merupakan sesuatu yang betul. Itu memang merupakan hak kamu.

Menjadi seorang customer, ini juga tidak bermakna kamu boleh melakukan apa saja sesuka hati. Mengikut segala kemahuan yang kamu ingini. Di sebabkan trademark inilah lahirnya sekelompok golongan yang menyalahgunakan keistimewaan ini.

Moraliti

Pernahkah kamu deal sesuatu dengan customer service centre? Berjumpa face to face atau menelefon helpline sesuatu produk itu? Mesti ada yang suka sebab masalahnya dapat di selesaikan, ada yang gembira dapat marah dan memuaskan perasaan masing-masing dan tidak di nafikan segelintir kecewa dengan mutu perkhidmatan yang di sediakan.

Melalui pengalaman dari perspektif customer service pula, semuanya merupakan asam garam pekerjaan ini. Memang tidak di nafikan ia mempunyai cabarannya tersendiri. Kita tidak dapat memuaskan kehendak setiap orang perseorangan.

Pernah kamu lihat bagaimana sesuatu service centre itu beroperasi? Kamu pon tentu tidak ingin ketahui kan. Untuk makluman, semua menggunakan tenaga manusia untuk beroperasi. Bukannya robot atau computer membuat pemantauan segalanya.

Dan jika sebut pasal manusia yang mengawal segalanya tentulah ia juga mempunyai hati dan perasaan. Pernahkah kamu fikir selalunya golongan inilah yang menjadi mangsa keadaan.

Kenapa? Sebabnya mereka sering di salahkan, sering di maki, sering di kritik dan keputusannya mereka tidak dapat mempertahankan diri sendiri. Ya. Trademark yang menyebut semua yang pengguna lakukan adalah betul. Kamu di perbodohkan. Ya betul. Kamu di caci. Ya betul. Kamu di permainkan. Ya betul. Wadehel!

Kita hidup semakin maju, teknologi semakin canggih, kehidupan semakin teratur cuma budi bahasa yang semakin berkurangan. Nilai insan semakin terpinggir dan hampir semua orang membuat akan hal masing-masing.

Relevankah jika pengguna selalunya betul? Oh! Tidak sama sekali. Sebabnya jika inilah sikap kamu sebagai pengguna.

Pengguna yang kasar, suka marah-marah dan tidak mempunyai perasaan.
Pengguna yang kurang ajar, terburu-buru dan tidak sabar.
Pengguna yang jelas tujuan utamanya hanya untuk berkelahi, memberi masalah dan bukannya berbincang untuk selesaikan sesuatu produk.
Pengguna yang tidak masuk akal, iaitu tidak dapat menerima penyelesaian atau jawapan yang di beri.
Pengguna yang sudah azali terang-terang merupakan kesalahan ke atas dirinya sendiri.

Di manakah kamu sebagai seorang pengguna? Di dalam sesuatu perkara hendaklah kita bertolak ansur. Jangan hanya menyebelahi sebelah pihak saja. Aiseh! Macam pejuang kebebasan kan aku ini. Apa-apapun customer is NOT always right! hehe

Friday, February 11

Siapa Mahu RM 50? Ini Bukan Contest!

Hari ini aku bangun pagi agak lewat. Dan sepatutnya aku kena masuk ofis pukul 7 jika syif pagi. Akibatnya hari ini aku begitu moody dan terpaksa take emergency leave.

Seperti biasa di pagi hari aku akan baca paper secara online. Cari apa yang pelik  yang berlaku dan informasi terkini.

Google search pasal topik yang aku cari. Tertiba aku tertarik dengan web ini. Yang kebanyakkannya semua orang kenali. Yang terhangat dalam top site Alexa iaitu Beautifulnara

Sambil aku troll semuanya berkaitan gosip artis di Malaysia. Tidak ada yang membuat aku tertarik dengan topik yang di bincangkan. Rakyat Malaysia memang suka pasal hiburan.

Aku pon malas nak buang masa lama-lama. Tapi masa aku nak meninggalkan page tu, aku tersenyum keseorangan. Pagi aku yang moody bertukar ceria. Aku terus refresh dan refresh. Adakah betul atau screen laptop aku yang kotor. Ternyata aku tidak silap. Memang betul.

Oleh kerana itu, aku ingin bagi RM 50 kepada sesiapa yang dapat cari apakah yang aku lihat. Ini bukan contest ok! Ini sumbangan ikhlas dari aku sebab membuatkan mood aku kembali ceria. hehe

Kalau sesiapa jumpa. Silalah email aku. Tak ada tarikh tutup pon. Carilah sampai jumpa! Share la dekat sesiapa pon pasal ini. Good luck! postoranzaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...