Thursday, May 24

P.O.S - Cerita : Antara Dua Darjat Yang Hampeh

Dua Darjat Di Dunia

Kalau sebut Antara Dua Darjat mesti teringat filem arahan Allahyarham P.Ramlee. Filem yang mana Ghazali (P.Ramlee) seorang pemuzik kebanyakkan telah tangkap cintan dengan Tengku Zaleha (Saadiah) anak kepada Tengku Karim (Ahmad Nisfu) yang berdarah keturunan raja. Cinta mereka terhalang bersempadan taraf hidup. 

Di pendek cerita, Ghazali frust bila dapat berita Tengku Zaleha meninggal dunia. Pada hakikat semuanya auta semata-mata. Semua Tengku Karim punya plan untuk merenggangkan sekaligus 'mematikan' watak Tengku Zaleha yang sebenarnya masih hidup. 

Akhirnya, nak tak nak sungguhpun Ghazali dapat jumpa Tengku Zaleha beberapa tahun kemudian semua sudah terlambat. Itulah Antara Dua Darjat. Sorang kaya dan sorang lagi orang kebanyakkan. 

Sebelum tu layan lagu Getaran Jiwa dulu



Sebenarnya istilah antara dua darjat ini evergreen. Dari dulu sampai sekarang kat mana-mana kita boleh tengok perbezaan yang berlaku. So, aku nak kongsi sikit pengalaman aku sendiri. Mungkin kamu pernah alami benda yang sama.



Beli Kereta 

1. Beberapa tahun lepas aku plan nak beli kereta. Habis buat survey serba sikit, aku terus ke showroom dekat Petaling Jaya. Kalau kamu perasan ada banyak showroom dekat tepi federal highway, jika lalu-alik pergi Shah Alam ke KL. 

Ini merupakan kereta pertama, so pengalaman beli kereta apatah lagi masuk showroom memang tak pernah. Aku dengan selamba dengan pakai selipar, t-shirt roundneck plus lagi dengan seluar jeans rabak yang menampakkan kepala lutut yang seksi (koyak sikit je kot). 

Dengan konfidennya aku melangkah masuk ke Showroom Bermaz ushar-ushar, pastu masuk dan duduk atas seat, adjust periksa apa yang patut. Gaya dah macam sebelum nak memandu. Kereta yang nak beli tu, Mazda 5 (bukan kereta sebenar). 

Selepas rasa puashati, pergi ke salesman Melayu untuk berbincang pasal loan dan prosedur semua. Tapi, tertiba salesman tu pandang aku dengan muka tak puashati. Tengok atas bawah kiri kanan tepi belakang macam aku ada buat salah. Tanpa kata-kata dia tinggalkan aku sesorang dan terus ke salah seorang lagi customer. Berkot, berkemeja dan bertali leher. 

Ok. Tak teragak lagi aku pun blah dari situ. Terus ke cawangan lain dekat Glenmarie. Aku terharu. Dengan berpakaian serupa aku di layan seperti raja. Sesampai je terus di jemput duduk oleh seorang perempuan Chinese. Hati yang 'panas' tadi menjadi sejuk sungguhpun di hidang dengan air kosong je. Akhirnya segala urusan setel. Aku puas!

Kenapa orang seagama aku sungguh 'racist'. Sedangkan perempuan Chinese yang baru je aku kenal boleh layan dengan begitu baik? Huh!



Makan

2. Beberapa hari lepas aku ke maple (mamak) beli makan tengahari. Aku park kereta mewah (eceh!) betul-betul depan pintu masuk kedai tersebut. Baru je nak langkah masuk datang seorang pekerja kat situ menjemput. 

'Boss! Nak makan apa? Ada beriyani ayam. Kari kambing panas lagi. Ini sayur tak mau ka. Kasi letak sikit. Mau minum apa?' Tak sampai beberapa minit semua siap terhidang. Pantas. Hari tu perut kenyang, hati  pun senang.

Esoknya, aku pergi kedai yang sama. Kali ini aku naik motosikal Modenas Kriss tahun 1998. Moto ayah aku bagi pinjam sejak study dulu. Tapi sampai sekarang tak pulang-pulang. Buat harta. hehe. Berbalik ke cerita, aku pun terus park dekat tempat aku parking kereta semalam. 

Lepas tu aku cari tempat duduk. Betul-betul kat tepi tiang. Punyala lama aku tunggu, akhirnya baru order sampai. Lepas makan, aku pun berjalan ke kaunter untuk bayar. Dalam hati mengeluh. Dia tak ingat muka aku ke? 

Semalam layan sikit punya baik hari ni macam hampeh. Aku pun start moto balik rumah dengan cuaca panas terik. Hati pun panas semacam. Geram!



Kemalangan

3. Aku ke tempat kerja macam biasa setiap hari. Sebagai operator banyak panggilan yang aku kena tolong setelkan. Satu hari aku dapat panggilan seorang pemandu teksi sakit jantung. Dia sempat berhenti di Stesyen Minyak dan meminta aku panggilkan ambulan. 

Aku terus call 999 suruh hantar bantuan. Cakap punya cakap, macam-macam soalan di tanya seperti seorang pegawai polis menahan reman seorang pesalah. Akhirnya setelah 10-15 minit barulah aku berjaya menghantar ambulan. 

Kalau kamu nak tahu betapa susahnya minta bantuan, call sendiri talian kecemasan 999. Kalau nak di andaikan, samalah seperti kata-kata Harith Iskandar dalam  plot Lawak Ke Der. 

Sejam berlalu, aku follow-up case. Dapat berita pemandu teksi tersebut telah meninggal. Hanya beberapa minit saja sebelum ambulan tiba. Aku sedih!

Di lain hari, aku dapat satu kes kemalangan. Yang terlibat merupakan seorang pegawai Polis dari Cawangan Bukit Aman. Seperti biasa aku buat panggilan mengikut prosedur yang di tetapkan. Kurang 30 minit kemudian semua pegawai-pegawai berkaitan, ambulan, bomba dan turut serta wartawan tiba ke lokasi. Sungguh pantas! 

Balik rumah aku termenung. Berbezakah nyawa seorang pemandu teksi dengan seorang pegawai polis.?Kedua-duanya berkhidmat untuk masyarakat jugak. Aku konfius!





Jamuan


4. Hari itu ada seminar di pejabat. Selepas berbincang segala masalah, ada jamuan makan-makan di dewan. Pekerja biasa makan di luar dewan dengan hidangan bufet open sistem. Kalau panas kipas sendiri takpun tunggulah angin semulajadi datang.

Manakala bagi bos-bos, makan dalam ruangan bilik khas berhawa dingin. Semuanya telah siap di hidang atas meja. Cuma tunggu untuk menjamah saja. Jamah pun mesti tak habis. Mesti ada makanan lebih di tinggalkan. Jaga standard! 

Sebelum tu aku teringat semasa di asrama dulu, waktu sekolah, cikgu-cikgu, ustaz-ustaz dan pelajar boleh je makan semeja. Berbezakah seorang bos dengan ustaz? Aiseh!


Banyak lagi pengalaman yang aku alami. Tapi cukup sampai sini. Kamu pun pasti pernah rasanya kan. Apa kata kongsi bersama.



P/s : Dua darjat yang sebenar hanya sebagai hamba Allah. Pada masa yang sama sebagai khalifah di bumi. Itu je!

Thursday, May 17

P.O.S - Perspektif : Bagus Sangatkah Mereka?

Perspektif

"Ada dua orang sahabat karib. Mereka masih belajar. Tapi dalam kos berlainan. Sorang ambil akaun dan sorang lagi engineering. Pada cuti semester, mereka pergi berkhemah di hutan. 

Tiba je di hutan yang tak jauh dari perkampungan orang asli, segala persediaan di siapkan. Sorang dirikan khemah, sorang lagi buat unggun api. Sorang siapkan makanan, sorang lagi tolong-tolong apa yang patut. Begitulah seterusnya.

Malam menjelma. Dua sahabat kepenatan. Mereka pun masuk tidur di temani bunyian unggas dan cengkerik. Sedang nyenyak tidur tiba-tiba..."

Budak Eng. : Bangun! bangun! Tengok. Apa yang kamu nampak?
Budak Akaun : Hah! Aku nampak bintang.
Budak Eng. : Bintang?
Budak Akaun : Ha'a. Banyak bintang malam ni. Tak terkira. Patut cerah semacam je.
Budak Eng. : Oh!
Budak Akaun : Apsal? Kamu nampak apa?
Budak Eng. : Beb, khemah kita dah hilang.


Apa yang kamu dapat dari cerita di atas? Siapa yang bodoh dan siapakah yang pandai? Siapakah yang mungkin betul? 

Sebenarnya kedua-dua mereka adalah betul. Cuma cara jawapan dan pemikiran mereka saja berbeza. Perspektif pasal sesuatu perkara tak sama.

Bagi si budak akaun, jawapan berdasarkan apa yang dia faham dan lihat. Mungkin pengaruh dari apa yang dia belajar di tempat pengajian menjadi faktor. Di mana lebih ke arah mengira nombor. 

Sama juga seperti  si budak engineering. Untuk selesai sesuatu masalah kena ada perincian dan imaginasi. Tak boleh straight to the point terus dapat jawapan. So, jawapan mereka tentulah berbeza kerana pemahaman mereka juga lain. 

Dalam bab politik pun sama. Si Parti A akan memenangkan apa yang di kata, manakala si Parti B akan mempertahankan pendapat mereka. Itu tak termasuk lagi si Parti B, Parti C dan semacam lagi. 

Padahal kesemuanya mungkin betul. Tapi bergantung kepada sesuatu keadaan. Kerana pemahaman setiap orang lain-lain. Cuma apa yang di perlukan ialah mencari pendapat dan cara paling relevan untuk masalah tersebut. 

Sebagai contoh, apakah pendapat kamu. Adakah perlu perhimpunan Bersih? Adakah wajar 'tarian punggung' askar pencen sebagai protes? Adakah boleh mempergunakan student IPTA untuk agenda parti tertentu? 

Dalam dunia hiburan, sebagai contoh isu artis Fasha Sandha yang hangat sekarang. Di beritakan sedang hamil. Baru beberapa minggu sudah lekat kandungan. Akhirnya peminat, haters dan orang ramai memberi pendapat. Ada yang suka, ada yang mencemuh, ada yang keluarkan fitnah dan segala macam lagi. 

Kalau ikut logik siapakah yang salah? Jawapannya takde siapa yang salah. Fasha Sandha betul bagi pihak dia dan orang lain pun ada benar dari pendapatnya. 

Sepatutnya kenyataan Fasha Sandha di terima pakai. Kerana dia empunya badan. Dia yang tahu hal sebenar. Tapi mungkin tidak. Kerana dia telah mencetuskan persoalan dan tanda tanya kepada orang ramai. Bukankah lebih baik diam saja. Kemudian cari tarikh yang sesuai untuk umumkan. Betulkah?

Dalam bab agama pun begitu. Sekarang ramai sangat yang guna hadis dalam berhujah. Terbaru seperti kes Edwards Martin Jesus yang meroyan nak bunuh diri. Bagi yang tak tau mungkin boleh cuba google cerita ini. Sebenarnya sebelum ni pun banyak berlaku kes seperti ini. 

Cuma kekadang kita terlalu mengelabah. Benda yang tak tau dari mana asal usul, adakah benar, adakah sahih berita tersebut, pastu senang-senang jatuh hukum. Apakah betul pendapat mereka iaitu orang yang mencemuh dan mengguna segala hadis, yang menyatakan itu ini betul dan tak betullah kepada si Edwards Martin Jesus? 

Mungkin bagus jika untuk menegur. Tapi bagaimana perspektif orang agama lain kepada agama Islam umumya cara peneguran tersebut? Fikirkan balik.

Semuanya berkaitan pendapat. Setiap orang ada cara pemikiran dan pengaruh tersendiri. Sama ada melalui pembacaaan, pemahaman, penglihatan takpun pengalamannya. Semuanya betul. Tak salah. Tapi mungkin kurang sesuai di gunakan untuk sesuatu keadaan. 

Dari situ pendapat dan pemikiran orang lain perlu di guna pakai. Kamu perlu untuk beralah. Dan ianya bukan bermakna kamu yang salah.

Misalannya, bagi kes dua sahabat berkhemah di atas, jawapan si budak engineering perlu di gunapakai. Kerana waktu itu mereka sedang berkhemah. Dah nama pun berkhemah, khemah perlu untuk berteduh. Sama ada dari hujan atau kesejukan malam. Manakala bintang tak ada kena mengena pun. Bukankah soal khemah perlu di persoalkan bukannya bintang?



P/s : Konflik perbezaan perspektif adalah lumrah. Tanpanya tak best rasanya dunia ini. Peace yawww!



Wednesday, May 16

P.O.S - Berkenalan : Samposmen Back To Origin

Sam Kembali Post

Yeehoo! Agak lama sejak bulan Mac, sekarang dah bulan May. Hampir dua bulan kot takde post sebarang entri. Tetiba terasa nak update blog ini.

Bukan apa, sungguhpun lama di biar menyepi, di satu sudut ruangan, followers semakin bertambah. Itu yang membuat aku tertanya-tanya. Terasa terharu pun juga. Tak pasti apakah yang di cari di blog ni. 

Mungkin ada yang betul-betul menjadi followers dan ada yang sekadar mempromosi blog mereka saja. Biarlah. Siapa aku untuk mempertikaikan. At least, aku tau masih ada yang membaca setiap apa yang di postkan. Walaupun kebanyakkan hanya sekadar P.O.S (Piece Of Shit).

Sebelum ini, banyak perkara yang nak di post. Tapi akibat kekangan masa aku lupakan. Kasi can setelkan perkara yang lebih penting. Bagi yang follow blog Samposmen pasti tau macam manakah aku ini. Seorang yang agak sibuk. Kekadang mengalahkan menteri dan ahli politikus yang sememangnya sibuk dengan urusan dunia.

Memandangkan idea dan isu-isu menarik dah berlalu, hari ini, aku nak bercerita pasal personal je. Ramai yang kenal Samposmen dari penulisan dan bukannya siapa penulisnya. Betul tak? Tak hairan semenjak aku berblog banyak ketakpuasan hati dari pelbagai pihak. Sama ada dengan cara atau pendapat yang aku ketengahkan.

Untuk makluman semuanya aku tak ambil hati pun. Sebab, aku percaya orang yang faham apakah sebuah pendapat dan cara menilai pasti tak akan mengelabah. Kerana sesuatu pendapat tak semesti betul. Sebaliknya hanya sebuah idea yang kemungkinan ada relevannya.

Back to origin. Tak banyak aku bercerita pasal personal sebelum ni. Masa mula-mula berblog, aku lebih suka bercerita pasal isu semasa dari personal. Di sebabkan itu, siapakah boleh meneka bagaimanakah rupa sebenar aku ye. Adakah kacak seperti Aaron Aziz yang di gilai wanita kebanyakkan? Takpun gagah perkasa seperti blogger Ben Ashaari pun jadilah. Amin.

Ok. Tak serius. Kalau tanggapan kamu macam tu memang salah. Aku tak kacak mana. Hanya biasa-biasa aje. Bak kata orang tua-tua sejuk bila mata memandang. hehe (perasan).

Bagi yang betul-betul nak tengok betapa sejuknya muka aku ini boleh rujuk entri Tour 2011 Chelsea. heh! Itu rasanya satu-satu entri yang ada gambar aku sepanjang berblogging. Gambar tu pun sebab nak show off bahawa aku pergi stadium support Chelsea punya pasal. Kalau tak, takdelah. Aku tak suka bergambar. Lagipun bukan seorang fotogenik apatah lagi fotogedik.

Kalau salah kata salah. Kalau tersalah mengaku jelah. Itulah prinsip aku. Dalam penulisan pun sama. Kekadang berasa bersalah sebab tersinggung perasaan orang lain. Yela ada satu masa sesuatu benda tu tak perlu terlalu jujur. Perlu di sembunyikan kebenarannya. Tak hairan bagi yang perasan, ada entri-entri kontroversi aku dah deletekan. Bukan beerti salah tapi tak nak terus berbalah je. 

Bab pelajaran, aku lulusan Diploma Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan) di UTM. Tahun grad tak perlu tau kot. Cuma bagi yang sedang belajar dekat UTM, untuk makluman aku ialah senior kamu. hehe. 

Lepas grad aku bertekad cari kerja. Akhirnya, mungkin rezeki, menganggur pun tak lama aku di tawar program 'Train and Place'. Bagi yang tak tau, program ini di anjur oleh Kementerian Sumber Manusia (MOHR) sebagai alternatif mengurangkan pengangguran di Malaysia. Terutama fresh graduate.

Caranya kamu di bagi training 2 bulan dan elaun. Pastu lepas je habis akan di interview seperti biasa. Kelebihannya mereka akan carikan company bersesuaian dan pastikan kamu akan dapat kerja. Dalam kata lain company tu sendiri pergi dan menemuduga ke tempat kamu. Like a boss! Best kan? Tapi sekarang tak pasti masih ada ke tak program ini. 

Selepas tamat 2 bulan training. Aku dapat kerja seperti di janjikan. Sekarang, hampir 3 tahun aku masih bertahan dengan kerja tersebut. Walaupun hakikat lari dari bidang pengajian. Tapi takpe. Bersabar sekejap. Ada rezeki mungkin aku akan  move ke company lain. 

Kata orang cari pengalaman dulu. Kenal suasana bekerja. Sebenarnya cabaran sebenar bermula bila kamu dah bekerjaya. Belajar sebagai asas je. Di mana bila bekerja di situlah cabaran realiti kehidupan kamu. 

Semua orang sibuk. Sama ada buat-buat sibuk atau memang betul-betul sibuk. Bagi aku, sibuk sangat general. Sukar nak di gambar. Kekadang tengok seseorang tu macam sibuk gila. Tapi padahal cuma berlakon je lebih. Mungkin untuk tarik perhatian orang lain atau ada kepentingan kepada dirinya sendiri. Entahlah.

Alkisah. Kesibukan aku bermula pada 2 tahun lepas. Memandang aku waktu tu masih boleh di gelar fresh graduate, pada masa yang sama tengok member-member pula berjaya sambung belajar. Sangat jeles di situ. Waktu itulah aku bertekad untuk sambung belajar juga. Tapi secara partime. Bekerja dan belajar.

Akhirnya, aku berjaya berdaftar jadi student kembali. Partime study dekat UTM Space. Sampailah sekarang. Dalam kos yang sama juga, iaitu Kejuruteraan Elektrik. Mula-mula, ingatkan study partime sama je macam study fulltime. Rupanya cabarannya lagi lebih.

Weekdays pergi kerja, weekend pergi kelas. Dari pagi ke petang. Dari petang ke malam. Memandangkan aku bekerja shif. Ada masanya sampai satu tahap hanya sempat berehat lebih kurang 4 jam untuk tempoh 2 hari. Belajar pula macam ribut. 2 hari dah boleh habis 2-3 chapter. Minggu ini daftar masuk sem baru, minggu depan dah mula ada test. 




























Teori Medan Elektromagnet - Untuk tambah rencah pening, study subjek ni selepas penat bekerja

Kalau dulu ada PTPTN-MARA support. Tak cukup duit, rojer mak ayah, mereka tolong bank-in kan. Sekarang yuran bayar sendiri. Tak bayar yuran sem ni, bulan depan tak boleh continue sem baru. Yes. Pressure! Itu yang boleh di katakan. Tapi kerna ini pilihan aku sendiri, perlu untuk di teruskan. 

Di sebabkan ini jugalah, kebanyakkan masa aku penuh terisi. Bapak bosan. Tak boleh nak enjoy macam dulu-dulu dah. Pergi wayang pun dah kurang. Main snooker pun tak sempat. Nak merendek lagi. Ah! Aku pun seorang pencuri sekarang. Ya. Pencuri masa. Apatah lagi nak berblog. Wargghhhh.

***************

Cukup kot sampai sini. Kenal sikit-sikit sudah la. Kalau nak kenal lebih, jumpa berdepan. Amacam. Jom pergi dating. Siapa nak? 

At least kamu dapat imagin sedikit gambaran serba sikit pasal aku sudah cukup. Dalam masa sama kenal siapakah Samposmen dalam dunia blogging ni. Cukup membuatkan aku terharu sekali lagi! Tankiyueee.



P/s : Masa oh masa! 

Thursday, March 22

P.O.S - Tudung : Keselamatan Terbaik, Kareer Di Malaysia

Antara Tudung Dan Helmet

Jika di beri pilihan sama ada helmet atau tudung yang mana satukah agaknya yang kamu akan pilih sebagai barang keselamatan? Mesti ramai yang pilih helmet kan? Ya. Safety helmet. 

Kalau ikut standard pekerjaan luar yang melibatkan risiko sekalipun, pasti helmet merupakan keutamaan. Tak percaya sila tanya sesiapa yang belajar pasal OSHA. Itu kalau OSHA, tapi kalau ikut logik realitinya? Ok beginilah alkisahnya.

***************

Di kedai kopi Starbak berdekatan sebuah pub sekumpulan sahabat karib Eric (Jurutera), Mat Don (Pelumba Motosikal) dan Azura (Model/Pengacara/Artis/Penyanyi) sedang sibuk berbincang pasal kerjaya dan kareer masing-masing. Macam-macam keluhan boleh di dengari. 

Si Eric pening dengan projek yang tak siap-siap. Dua tiga hari ini kecoh lagi dengan telatah pekerjanya yang bermasalah. Beberapa orang tercedera semasa bekerja. Si Mat Don pula risau keselamatan dirinya bila berlumba. Tambah kusut memikirkan famili dekat rumah. Bagaimanakah nasib mereka jika sesuatu terjadi kepadanya. Ahhhh!!!

Tapi, dalam sibuk dua orang sahabat saling mengeluh dengan kerjaya mereka, kelihatan Azura tetap kool. Tak ada riak kerisauan, tak ada sebarang masalah kelihatan dari perwatakannya. Tetiba.

Mat Don : Azura, aku tengok kau ni kool memanjang. Macam tak ada masalah je?

Eric : Yela. Kami duk sibuk cerita pasal masalah memasing, kau boleh plak senyum sampai ke telinga ek.

Mat Don : Ha'a. Tau tak pe. Siot Betul.

Azura : Hahaha. Abis tu kamu berdua nak aku menangis ke? Bersedih memanjang pikir pasal kerja? Macam tu? Baru puas ek. Hidup kat dunia ni kena la enjoy beb. Rilex suda. Yang penting kamu perlu ada back-up plan.

Mat Don : Back-up plan? Apa tu?

Azura : Apsal la bengap sangap kamu ni. Tu la pasal, dulu orang suruh study kamu sibuk merempit. Pastu sekarang ada hati nak jadi pelumba motosikal profesional konon.

Eric : Hahahahaa...

Azura : Eric, kamu tu gelakkan orang je. Kamu pun sama. Jurutera apa kalau setakat isu Mat Indon, Bangla, Nepal dan entah berapa mat lagi tu pun tak boleh nak handle. Sebagai seorang jurutera sepatutnya benda tu minor kes. Tak payah la nak pening-pening sangat.

Mat Don : Yela yela. Azura, kau sorang jela yang pandai. Kami bodoh! (kecewa)

Azura : Ofcosla pandai beb. Macam aku kata tadi, hidup kenalah enjoy. Mesti ada back-up plan. Kalau kamu ada safety helmet semasa pergi site dan berlumba, aku pun ada juga. Tapi tak sekeras helmet kamu. Aku ada tudung. hehe.

Apa ada hal. Dalam dunia hiburan ni, kontoversi tu celah gigi je. Agak kecoh sangat nanti aku pakai la tudung. Lepastu kasi tau reporter cakap aku sudah insaf. Mau berubah jadi baik. Post gambar pakai ayu-ayu sikit. So, dalam seminggu dua setellah masalah. Kalau nak lagi cepat kasi tau blogger-blogger. Cepat je jadi sensasi. Kan senang? Sebab tu lah sekarang aku boleh tersenyum.

Eric : Cinabeng betul. Pandai la sangat. Hehe. Azura! Azura! Ingatkan dah berubah. Rupa-rupanya masih sama seperti Azura yang aku kenal dulu yah. Masih 'bergetah' dan semakin seksi. *Wink.

Mat Don : Hah! Macam ni pun boleh ek? Terbaiklah Azura. Hahaha. Weh apa ni. Takkan nak sembang pasal kerja je. Kita datang ni nak enjoy kan? Jemput minum! Jemput minum! Cheer!

Eric : Mat Don mana gelas aku? Tadi ada sini. (Mengeluh)

Aiseh! Bab minum laju je kau kan Azura. Tak sempat berjemput. Gelas aku pun kau sebat sekali. Aih tak takut kontobersi ke?

Azura : Tudung kan ada :)
(Eric, Mat Don, Azura : *Ketawa besar)


































P/s : Dunia semakin banyak kepura-puraan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...