Saturday, December 31

Selamat Tahun Baru : 2011 Sudah, Azam 2012?

Azam Kamu Tahun Baru 2012?
Azam menjadi liar. Azam berubah setelah kematian ibubapa. Azam juga menjadi jahat. Azam jahat sejahatnya. Selagi boleh. Azam suka kacau aweks. Dapat yang berkenan boleh kawin terus tahun 2012. Sebelum tu Azam perlu jadi seorang engineer atau saintis ke. Sebab untuk bela anak orang bukan senang.
Itulah Azam. Kehidupan seorang budak mentah yang baru nak injak jadi kanak-kanak. Penuh dengan angan-angan. Sekian.

Selamat Tahun Baru 2012. Lupakan Tahun 2011. Lagipun Manchester United sudah kalah kan dengan Blackburn je pon? hehe



P/s : Setiap tahun berazam, bermisi, bervisi, berisi dan segala macam objektif untuk tahun baru. Perlukah tunggu tahun baru? Pastikan hari esok lebih baik itu sudah cukup.

Saturday, December 24

Maaf : Perlukah Sibuk?

Entri Luahan Perasaan

Lama rasanya aku tak bercerita pasal peribadi. Kerana hipotesis aku, hal diri kamu hanya untuk kamu sahaja. Tak perlu untuk bercerita kepada dunia, apa yang kamu buat seharian.

Tapi, perspeksi aku semakin hari semakin pudar. Tanggapan aku ada kalanya menjadi salah. Ada masanya kamu perlu untuk berkongsi dengan orang lain. Dari situ maknanya sebuah kehidupan. Berkongsi rasa gembira, sedih dan meluahkan pendapat masing-masing. 

Dalam usia untuk menjadi dewasa, sejak akhir-akhir ini aku memang agak sibuk. Rasanya sehari 24 jam yang sedia ada  terasa terhad. Semua aktiviti terbatas. Baru aku sedar loser jugak aku rupanya. Masa untuk diri sendiri pon tak menentu. Kekadang terfikir bagaimanalah kalau aku ada isteri, ada anak. Tak menang tangan di buatnya. heh!

Pada masa entri ini di tulis, aku sedang termenung. Berbaring atas tilam. Kaki di silangkan. Bantal di sandar ke dinding sambil meriba sebuah laptop. Tekan butang satu persatu. Tap! tap! tap! Berhenti sekejap. Termenung balik. Aku capai butang delete. Teruskan semula. Semua jadi tak kena.

Aku terfikir. Apa yang aku nak cari sebenarnya? Kenapa aku mesti kerja? Kenapa mesti belajar? Kenapa masa untuk bersama family pon susah. Masa untuk berjimba-jimba dengan member pon dah kurang (ayat apakah ini?haha). Lagilah kalau nak melancong, beriadah ke. Itu tak termasuk aktiviti sukan yang semakin lama di pinggirkan. 

Aku jadi konfius balik. Lagi fikir lagi konfius. Konfius seperti mana AC Mizal dapat Datuk. Semua persoalan berpinar depan mata.

Jawapannya, aku sendiri pon tak tahu. Adakah kerana aku yang menyibukkan diri sendiri atau adakah ini permulaan untuk kesenangan pada masa depan? Mungkin juga inilah yang telah di takdirkan untuk aku. Aku cuba tahan diri untuk tidak mengeluh. Mengeluh merencatkan minda. Betulkah? Ok apa apa aje. Sila Abaikan.

Baru aku sedar rupanya dah lama aku tak bersama family. Kekangan masa agak terhad. Tak apalah. Aku sedar. Hujung bulan ini adik balik ye mak. heh! Ayat nak sedapkan hati. Jumpa kat Aloq Staq yah, mak!

Untuk menggembirakan hati yang forever alone ini seketika, jom layan video ni dulu




# Entri ini di tulis selepas kakak aku hantar SMS. "Tak wish kat Asma ke?". Aku blur-blur sotong dengan seribu tanda tanya. Dalam hati berbisik, apa maksudnya. Nak wish apa kebenda. Mesej pepagi. Kacau pulak mood aku untuk tidur. Dah la letih baru balik kerja lagi. huh! Aku pon balas balik dengan ringkas "Wish apa?"

Hanset berdering. SMS kedua sampai. Ringkas. "Asma dapat 9A". 

Hah!!! Ya Allah! Terlupa aku. Dalam orang ramai dok sibuk umum pasal result PMR yang dah keluar. Update dekat blog pasal benda alah ni. Sehari-hari jugaklah aku dok baca paper pasal news ni, rupa-rupanya aku terlupa bahawa adik aku, Nurul Asma sendiri ada ambik PMR. Keputusan, dapat 9A. Mengeluh panjang aku. Speechless! Tapi, dalam masa yang sama perasaan bangga timbul dengan adik aku.




P/s : Betullah orang kata. Benda yang paling jauh dengan kita ialah masa.  

AC Mizal Dapat Gelaran Datuk : Datuk Drogba Pon Boleh

Aku akan jadi datuk setelah mendapat cucu 40 tahun akan datang. Pray for me! Yahoo!

Kekadang aku konfius. Adakah gelaran Datuk sama seperti Lord atau Duke untuk orang British? Itu tak termasuk lagi scammers MLM yang 'berjaya' menjadi Markis Kido, Highway Duke dan seperti Lord Zara.

Setelah semuanya telah berjaya kelentong mat-mat gian dan minah-minah keparat yang benak. Yang semua tak sedar diri bahawa mereka di tipu hidup-hidup. Kena 'kencing' lagi betul-betul di depan muka. Atau juga, gelaran Datuk sama je seperti 'Sir' untuk mereka yang mengajar subjek English? Samakah semuanya!

So, hari ini murid-murid sekalian kita akan berbicara mengenai Datuk. Ya. Ini di sebabkan kejayaan AC Mizal mendapat gelaran Datuk, bersama Eizlan Yusof dan Fazley Yaakob. Ops! Sory. Tersilap cakap. Datuk AC Mizal, Datuk Eizlan dan Datuk Fazley. Untuk makluman, mereka di anugerahkan gelaran Datuk oleh Sultan Pahang. Erm. Sultan Pahang dengan Sultan Bola samakah kedua-duanya? Aiseh! Konfius lagi.

"Lantaklah sultan nak kurniakan depa Datuk pon. Apa kena mengenanya dengan hang? Jeles ke?" Standard tipikal komen. 

Sebenarnya, memang tak kacau aku pon. Tak ada effect dekat hidup aku. Tambahlah lagi untuk guna duit aku ke. Cuma secara jujurnya aku sangat jeles. Jeles bukan tak berada kat tempat mereka tapi jeles sebab sepatutnya lebih ramai yang lebih layak untuk dapat gelaran tersebut.

Aku cuba untuk berfikiran positif bahawa itu hak sultan untuk bagi kepada sesiapa pon. Dan mungkin ada sebab kenapa ianya di beri. Tapi perspektif aku masih manyatakan tidak. Menolak setolaknya. Ramai lagi yang sepatutnya lebih berhak.

Ambil contoh mudah. Datuk Shahrukh Khan. Adakah sebab batang hidungnya besar sikit, badan ketak, ada lesung pepet bila senyum, bibik bak rembulan bagi segelintir perempuan, nipple kelabu keungu-unguan dan pernah menjadi simbol sex di bollywood, boleh di gelar Datuk?

Setahu aku gelaran Datuk hanya untuk mereka yang banyak berjasa kepada negara. Aku tak nampak pula adakah kerana berlakon filem dekat Melaka sekaligus mengangkat nama Malaysia gah serata dunia boleh di ambil kira.

Kalau macam tu tak mustahillah 'Datuk' Drogba, 'Datuk' Rooney, 'Datuk' John Cena pon bakal kita lihat. Yang mana tak ada apa pon simboliknya untuk mereka. Melainkan hanya, kalau di google translate Datuk membawa maksud, bapa kepada anak dan kepada anaknya saja. Yes! Maksud tepatnya Grandfather. Itu tak termasuk lagi, populariti yang sedang meningkat naik sekarang, 'Datuk' Pahlawan Ludah yang mana turut berada dalam reserve list. heh!





















Berbalik kepada Datuk AC Mizal, Datuk Fazley dan Datuk Iezlan semuanya bertapak dari industri hiburan. Soalan pertama, apakah jasa mereka? Kedua, kenapa artis dan politikal senang dapat Datuk? Ketiga, di manakah nilai imunitinya gelaran Datuk sekarang berbanding generasi terdahulu? Keempat, adakah kerana 'ang pau'? Untuk mendapat gelaran Datuk seseoarang perlu membayarnya.

Kamu cubalah gunakan logik akal kamu. Malas sebenarnya aku nak huraikan panjang-panjang. Kamu boleh lihat sekeliling apakah keadaan sebenar yang berlaku. 

***************

Suka aku nak ceritakan sesi dialog aku dengan lecturer Math semasa study, Prof. Dr. Ong. Chinese, sporting dan sangat fasih berbahasa. Lebih kurang tokok tambah berbunyi macam ini,

"Saya sanggup travel dari Skudai datang ke KL every week. Kalau nak ikutkan, gaji lecturer saya dah cukup. Tambah projek luar lagi. Nak hidup senang tak ada hal lah".

"Projek luar? heh! tak baik oh". Aku bertanya.

"Ini projek luar halal punya. Kamu ni. Kamu ingat itu engineer semua pandai-pandai sangat ke? Contoh mudah. Engineer mau buat itu bateri tahan lama, cepat charging, ringan dan sekecik mungkin. Mereka datang jumpa saya lah. Suruh ajar itu laplace dan fouriers transform balik. Sebab masa study dulu semua fail fungsi terbitan! Dah jadi engineer baru tau apa pentingnya subjek ini (bergurau sambil ketawa jahat).

Memang sekarang system dan software ada. Tapi buat macam ni. Buat secara manual lagi bagus. Itu software banyak tipu ma. Kalau tak caya tengok itu terbaru Blackberry Curve 9360, pakai sehari sudah kong itu bateri".

"Ala Dr, bateri 1000 mAh je kot!" member aku menyampuk di susuli satu kelas ketawa besar.

Dr. Ong sambung lagi "Saya sanggup travel untuk ajar kamu semua. Kalau tak, penat-penat je saya travel jauh-jauh. Kenapa? Sebabnya, saya ikhlas nak tengok ramai jadi engineer. Sampai bila nak jadi technician je?"

"Sunyi seketika". Semua orang berpaling tengok sesama sendiri.


Ada kena-mengena ke Prof. Dr. Ong dengan Datuk? Aiseh. Aku konfius sekali lagi.



P/s : Seperti leader aku cakap "Harta dunia ini, apalah sangat kan!". Wondering maybe one day I will be Datuk Samposmen. heh! But I rather prefer to be Ir. Samposmen.


Thursday, December 15

Peraduan Gambar : Kempen Tak Nak Merokok

Pernah merokok? Best tak rasa?

Sejak umur 12 tahun aku dah mula merokok. Injak sekolah menengah tabiat merokok menjadi-jadi. Tambah teruk stay dekat hostel. Pengaruh cukup tinggi. Sampailah masuk universiti sehingga sekarang bekerja, masih juga merokok.

Setiap hari aku berusaha untuk kurangkan. Dari 2 kotak ke 1 kotak sehari. Kemudian bertahan sekotak untuk 3 hari. Sampailah sekotak untuk seminggu. Ya! Dari dulu aku memang sedaya upaya nak berhenti. Tapi tak semudah di sangka. Sama seperti si perempuan yang gila shopping dan si nerd yang obses dengan computer game. Hanya perokok yang tau rasanya.

Cakap pasal rokok, memang aku akan berhenti satu hari nanti. Sebabnya, umum semua dah tau keburukan dari kebaikannya. Semesti juga aku tak nak orang lain turut sama merokok. 

Bagaimana cara kamu nak menggalakkan orang lain supaya tidak merokok? Dan  kamu pada masa yang sama turut menyokong kempen anti-merokok yang di jalankan serta dapat tunjuk lagi kreativiti kamu? 


Katakan Tak Nak! 

Ya. Peraduan Katakan Tak Nak untuk rokok dari Kementerian Kesihatan merupakan peluang terbaik kamu tunjukkan bakat. Pada masa sama menyampaikan mesej kesedaran kepada masyarakat. Kempen yang turut dapat sokongan daripada komuniti iklan, Nuffnang ini amat menarik. Dan untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan sudah tentulah ada ganjarannya. 


Berminat nak join? Apa yang kamu perlu lakukan ialah

1. Ambil gambar tentang Kempen Tak Nak! tanpa tunjukkan sebarang unsur rokok atau kotak rokok
2. Post dekat blog kamu
4. Submit dekat form ini
5. Profit


Jika penyertaan kamu terpilih, kebarangkalian untuk dapat 'duit free' terhidang menanti. Berapa banyak yang akan kamu dapat?

Hadiah utama tunai RM 1,000
Kedua tunai RM 700
Ketiga tunai RM 500
Keempat tunai RM 300
Kelima tunai RM 150
Vaucer saguhati bernilai RM 50


Untuk linkkan penyertaan, kamu boleh submit dekat facebook page Tak Nak! Merokok. Klik 'like' dan ikut arahan seterusnya.

Di bawah ialah gambar penyertaan aku. 'Stop Smoking: Save Your Life'. Art yang aku bentuk sendiri dari paper clip dan kertas berbentuk gambar hati yang sebahagiannya mulai rosak. Mesejnya jika kamu berhenti merokok sekarang, masih ada peluang dan harapan untuk gaya hidup sihat di masa depan.


Ini gambar original. Pakai kamera handphone je. Kena tunggu bajet 2012 baru boleh angkat DSLR
Selepas simple editing. Macam inilah hasilnya


 
Jika kamu suka gambar ini dan ingin terus menyokong, bolehlah like di facebook page tak nak merokok. Always keep support!



P/s: Tak Nak! Smoking

Tuesday, December 13

Rantai Burung Hantu Haram : Join Freemason Dapat Free

Freemasonkah kamu?

Sam berjalan-jalan dekat taman rekreasi. Dekat dengan rumahnya. Beberapa ketika dia terlihat pergaduhan yang sedang berlaku di padang bola sepak. Tumbuk terajang, sumpah seranah semua kedengaran. Dengan perasaan ingin tahu dia terus ke sana.

"Apa yang sedang berlaku?" tanya Sam kepada salah seorang penyokong di tepi padang.
Seorang penyokong menjawab "Biasalah perlawanan antara Masons dengan The Knights of Columbus. Jaringan kontroversi masa tambahan"
"Berapa jaringan sudah?" tanya Sam lagi.
Seorang lelaki dari pihak Masons pula terus mencelah "Erm...entahlah. Tak tahu. Ini rahsia".


Sam kecewa dengan jawapan yang di beri. Dia termenung di tepi taman. Memerhati pemandangan petang. Selang beberapa jam, dia berlalu pergi. Berjalan pulang ke rumah.

Cuaca mulai gelap. Sampai di suatu persimpangan ternampak beberapa orang sedang sibuk dekat kedai. Muka semuanya agak rungsing. Mungkin ada masalah yang tak dapat di selesaikan. Sangka Sam. 

"Berapa ramai kita perlu untuk tukar mentol lampu terbakar ini?" sayu-sayu kedengaran suara mereka berbincang dari jauh. Sam terus mendekati mereka. Oh! Rupa-rupanya mereka inilah penyokong yang di padang tadi. Benak Sam. Suasana ketika itu agak riuh. Semua tak dapat bagi kata putus.

Beberapa minit kemudian Sam bersuara. Tapi dengan nada memerli. "Setelah dengar masalah kamu semua, apa yang dapat di simpulkan, kamu memerlukan 20 orang sebenarnya untuk membaiki lampu ini".

3 orang untuk buat aduan bahawa lampu ini sememangnya bermasalah
2 orang untuk sebarkan berita ini kepada komuniti lain, Temple Board dan juga pihak Master of The Lodge
3 orang untuk belajar dan buat kajian pasal lampu di Lodge
2 orang untuk periksa jenis lampu yang di gunakan oleh The Knight of Columbus
3 orang untuk terus mendesak menyelesaikan perkara ini
5 orang untuk plan cari dana untuk tukar lampu baru
2 orang untuk memberi pandapat bahawa ini bukan cara kamu baikinya sebelum ini 

Dengar saja jawapan dari Sam, semua Masons tercengang seketika. Sam dengan riak terus meninggalkan mereka terpinga-pinga.


Kamu pernah dengar cerita seperti di atas? Mestilah tak kan! Sebabnya, cerita itu hak cipta terpelihara samposmen. Baru sekarang dapat kelulusan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk di sebarkan. Haish. Cerita macam ini pon susah nak di publish. Ada kontroversi sebelum ini. Agenda freemason katanya. Setelah di tapis baru sesuai sikit versinya. Ok. Serius tak kelakar!

Cakap pasal freemason ramai rasanya yang dah tau apa sebenarnya benda alah ni. Sebelum ini pon aku ada cerita serba sikit. Apa itu teori konspirasi freemason dan iluminiti dan entri copy paste pasal isu pemberian salam. Semakin hari semakin galak pula aku tengok. Macam tak kena di buat. Semua masalah mesti di kaitkan dengan freemason, iluminiti dan segala macam sebanistas. Itu tak termasuk lagi rumour pelik seperti nak jimat minyak punya pasai dan bilamana Islamnya si Paris Hilton. Kelakar je bila fikir balik.

Sebelum kita teruskan, nak tanya satu soalan lagi. Pernah kamu khatam tengok video The Arrivals? Alah video pasal segala macam konspirasi dan kemunculan dajjal al-masih. Tak cukup, mengenai pendedahan segala gerakan iluminitas yang terselindung di sebabkan puak freemason dan yahudi laknatullah.

Eh ada lagi, tak lupa segala macam simbol seharian yang semestinya bukan kebetulan ianya berlaku. Agenda sebenar tersembunyi di sebaliknya. Kalau belum nontonnya ada baik search internet atau youtube je. Pastikan khatam 51 episod kesemuanya. Versi english ada dan sekarang yang dah di translate ke bahasa malaysia pon available.

Kenapa aku suruh tengok dulu video The Arrivals? Jawapan mudah, kalau cerita pasal gerakan freemason pasti video The Arrivals jadi rujukan dan modal nasihat segala macam. "Bai kamu tak tengok the arrival ke?. Sekarang ini nak tau orang Islam di kawal oleh Yahudi. Kamu murtad sebab guna simbol tu". Lebih kurang yang selalu kita dengar.

Sebenarnya aku taklah menidak dan percaya apa yang di videokan. Sebab itu hanya pendapat mereka. Dah nama pon teori tak semesti benda tu betul ke tak. Tapi yang memelikkan ramai pula yang beriya-iya suruh percaya. Kalau tak, kita di salahkan sebab tak sependapat.

Berbalik kepada isu freemason, pendapat aku mudah. Sila rujuk balik cerita Sam seperti di awal entri. Benda mudah jangan peningkan kepala kamu yah. Kalau lampu rosak beli je mentol baru tukarkan. Bukan apa, takut uban cepat tumbuh kat rambut tu. Nanti tak kacak nak guna produk Yahudi jugak. Produk Islam kat Malaysia ni pon dah banyak yang kena scam. 

Kalau nak pening-peningkan jugak otak tu, baik belajar pasal Math ke. Kalkulus, trigonometri, fungsi terbitan, eng. math. Banyak lagi tak khatam. Tak pon belajar pasal design. Paling tidak boleh create something yang Islamic sikit nanti.    

Oh! Rupa-rupanya ramai lagi yang masih blur-blur sotong. Takpe, mari kita ambik contoh mudah sikit. Ini isu goreng pisang panas punya. Laris di pasaran facebook, twitter tak pon di blog-blog. Semudah ABC just klik share berita pasalnya tersebar meluas. 

Isu apakah? Ia mengenai rantai burung hantu yang haram di pakai. Tak cukup dengan itu freemason kena tempelak sekali. Sadis! Orang Masons merupakan makhluk paling jahat di muka bumi ini. Orang Masons jugaklah yang banyak menyesatkan umat Islam. Kesian kan mereka. Umat Islam jugak semuanya baik-baik belaka. Tapi baik sangatkah?



Apa semua ni ?? pernah dengar nama ini? FREEMASON ? pernah ? kalau nak tahu , mereka inilah kaki kaki DAJAL , mereka join angkatan DAJAL AL-MASSIH ni sebab nak HARTA , KAYA , NAMA , dan jangan terkejut kebanyakannya semua orang2 ternama negara kita , nama nama mereka cukup besar serta yang amat sedih sekali mereka ini antara nya orang Islam - SUMBER


Di Malaysia saja majoriti pengamal tegar MLM kaum apakah. Yang melahirkah anak haram siapakah. Yang berpecah sebab politik? Yang rogol anak sendiri? Yang suka tahyul? Yang banyak habis masa dekat kedai kopi? Yang itu...yang ini...

Berbalik pasal rantai burung hantu haram di pakai, isunya cukup mudah. Agama haramkan pakai atau pamerkan sesuatu menyerupai binatang. Setel! Apa kena mengenanya dengan freemason ke tidak? Pasti imaginasi dan buruk sangka kamu kuat sangat. Tak baik oh!




P/s : Jom join freemason, boleh dapat free kot. Kalau nak beli rantai burung hantu ni, kat pasaran lebih kurang 20 ringgit jugak.

Friday, December 9

Miguel Endara : Seni 3.2 Juta Titik Dari Dakwat Pen

Memang terbaik. Miguel Endara melukis gambar ayahnya hasil 3.2 juta titik dengan hanya menggunakan dakwat pen. 




P/s : Seni memang indah

Kena Tipu : Belajar Cara Elak Kena Sembelih Dekat Lebuhraya

Pernah kena tipu? 

Kalau yang bermotosikal, kereta, van tak pun lori sekalipun mesti kamu pernah di tipu. Sekali pon cukup. Kalau tak pernah kamu memang pakar habis. Contact aku kasi tips sikit boleh?

Tipu! Tipu bagaimana? Maksud aku bila beli barang kena tipu. Semasa servis kereta, tukar sparepart dan beli barang-barang keperluan untuk kereta. Kalau nak ikutkan kena tipu ini dah boleh di kira sebagai kes basi. Semua orang dah tau. Dan kebanyakkan ramai jugaklah yang ambil mudah. Sampailah satu tahap bila kena batang hidung sendiri baru gelabah nak tuding jari sana sini. Salah orang itu, salah orang ini. Semua tak kena.

Mungkin kalau kamu berada di bandar, di jalan biasa dan kawasan yang familiar, kamu mungkin tahu nak rujuk ke mana bila katakan kereta kamu rosak. Tapi bagaimana kalau berada di lebuhraya?

Sekarang lebuhraya banyak di gunakan. Sebab mudah memendekkan jarak perjalanan, jimat masa, dan senang untuk berurusan. Perjalanan semakin selesa. Sama ada dari segi keadaan jalanraya atau kemudahan untuk beristirehat.


Berbalik kepada kes kena tipu. Katakan kamu berada di lebuhraya tiba-tiba kenderaan kamu rosak. So, apa respon kamu? Dari pengalaman, situasi yang selalu berlaku ramai akan

1. Panik (di sebabkan oksigen tak sampai ke otak dalam kadar yang secukupnya. Mungkin di sebabkan tekanan bergegas nak masuk ke tempat kerja, tak dapat menyambut pengantin atau dating yang kemungkinan terpaksa di batalkan)

2. Blur-blur sotong (bila dah panik maka otak tak dapat berfikir dengan rasional. Mulalah berjalan kehulu-kehilir, pegang itu tak kena, pegang ini tak kena. Tambah pula bagi yang berkahwin, anak asyik merengek dan menangis dalam kereta. Itu tak termasuk si isteri yang dok membebel. Rasa nak lempang je sorang-sorang)

3. Termenung (nak repair tak tau, nak check tak tau juga apa masalahnya, call member tak berangkat, nak mintak bantuan dari servis lebuhraya tak ada nombor, akhir sekali termenung pikirkan nasib. Kalau ada hamba Allah yang lalu lalang berhenti bersyukur sangat)



Jadi, apa sebenarnya yang perlu di lakukan?

1. Tahukah kamu, setiap lebuhraya mempunyai nombor kecemasannya tersendiri. Sama ada yang bebas tol (toll free) atau berbayar mengikut standard kadar biasa syarikat telekomunikasi.

2. Tahukah kamu, kalau bagi makcik pakcik, nenek kebayan, tok wan, tok yang, tok mudim atau tok apa sekalipun yang mana study tak pernah lulus dan fail dalam bab membaca, kemudahan untuk meminta bantuan tetap masih mudah. Setiap 2km lebuhraya ada di sediakan Telefon Kecemasan (Emergency Telephone). 

ET yang berwarna oren ini dapat di lihat di tepi pembahagi jalan. Kamu hanya perlu pergi ke sana dan menarik tuil yang di sediakan. Tak perlu mendail atau menghafal. Tunggu beberapa saat operator lebuhraya akan menjawab. 

3. Tahukah kamu, untuk meminta bantuan amat mudah tapi untuk memberi lokasi di manakah kamu selalunya proses tersebut menjadi susah. Ini kerana sama ada kamu memang seorang yang bodoh sombong bila meminta bantuan atau kamu sendiri bersikap seperti raja. Tak suka memberi kerjasama.

4. Tahukah kamu, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) merupakan lebuhraya terpanjang di Malaysia iaitu hampir 1000 km dan kebanyakkan lebuhraya yang ada di Malaysia paling cikai pon panjangnya 10 km. 

5. Tahukah kamu, setiap 100 meter lebuhraya ada di sediakan penanda kilometer (kilometres marker) di tengah jalan atau di tepi. Bagi lebuhraya, warna nombornya hijau atau kuning dan papan kilometer segi empat tersebut berwarna putih atau hijau. Jika lain dari warna tersebut kamu mungkin berada di federal road atau jalan biasa yang mana bantuan untuk tiba sememangnya mustahil.

6. Tahukah kamu, bila meminta bantuan lebuhraya, soalan pertama yang selalu di tanya oleh operator ialah "Di manakah encik/cik/tuan/puan/datuk/datin berada?" Soalannya mudah. Jadi sila jawab dengan mudah. Jangan menyusahkan diri kamu. 

7. Tahukah kamu, untuk menjawab dengan mudah soalan yang operator tanya, pertama kamu mesti buka hati kamu, kedua keluar dari kenderaan dan berdiri di luar pembahagi jalan. Ketiga jangan duduk melayan jiwang di dalam kereta. Kerana, kebiasaannya ia akan mengundang kecelekaan. Banyak kes berlaku kenderaan lain melanggar kenderaan yang berhenti di bahu jalan sama ada bersebab atau tidak.

8. Tahukah kamu, untuk menjawab secara mudah dan untuk bantuan cepat sampai, kamu perlu memberi kerjasama. Kamu hanya perlu memberi nombor kilometer di tepi jalan kepada operator bertugas. Seterusnya memberi butir ringkas diri kamu sahaja. 

Bila di tanya, kamu tak perlu bersusah-susah memberi landmark atau sebagainya yang kamu lihat di sekeliling. Sebagai contoh di tepi kamu ada kura-kura, pokok ceri sebatang, ada bangunan pink, berdepan kompleks itu atau ini dan sebagainya. Mungkin itu dapat memudahkan penghantaran bantuan tetapi kalau tiada nombor kilometer yang di beri, proses tersebut tetap menjadi sukar. 

Operator bertugas kebanyakkan blur-blur sotong juga seperti manusia lain. Yang mereka tahu hanya kilometer. Sila rujuk no.4 balik.

9. Tahukah kamu, setiap lebuhraya perkhidmatan servisnya ialah percuma. Perkhidmatan tersebut juga terbatas untuk kes minor. Tak perlu bayaran sesen pon. Bila kamu kehabisan minyak, bantuan pembelian minyak akan di lakukan oleh Peronda Lebuhraya yang bertugas. Mengikut keadaan. Seharusnya jugalah kemudian perlu bayar balik untuk harga petrol. Takkan dah tolong belikan, minyak nak free sekali kot. Teruklah macam ini. Kalau bateri lemah pula mereka akan 'jumper'kan dan jika tayar pancit mereka akan tolong tukarkan dengan tayar gantian. 

Tapi jka gearbox pecah, alternator rosak dan  enjin yang sudah barai, itu bukan di kira servis lagi untuk baikpulih. Kalau kamu nak servis jugak, sila suruh bengkel-bengkel lain di luar tutup kesemuanya. Sebab kereta yang dah layak masuk lombong, masuk je lebuhraya boleh setel masalah.

10. Tahukah kamu, bagi kereta kerosakan major kamu boleh minta untuk di tundakan secara percuma. Tapi hanya ke kawasan selamat sahaja. Sama ada kawasan rehat atau toll plaza yang terdekat. Selebihnya kamu perlu berurusan dengan agen insurans kamu atau menggunakan mekanik sendiri. 

11. Tahukah kamu, Peronda Lebuhraya semuanya beruniform dan akan menggunakan kenderaan syarikat masing-masing. Jika kamu sangsi kamu boleh telefon pusat khidmat pelanggan untuk pengesahan balik. Selainnya yang datang, itu bukanlah bantuan yang di maksudkan dan kamu mempunyai hak untuk menolak atau mengambil perkhidmatan yang di tawarkan. Semestinya risiko yang datang adalah tanggungjawab kamu sendiri.

12. Tahukah kamu, bantuan yang di minta akan tetap sampai dalam respon masa yang di tetapkan atau tidak. Cuma lambat atau cepat sahaja. Selalunya kelewatan mungkin di sebabkan banyak kereta lain rosak atau di sebabkan kemalangan yang terpaksa di utamakan untuk di setel.

13. Tahukah kamu, pampasan boleh di minta jika kereta kamu rosak di sebabkan kecuaian di sebabkan keadaan jalan, objek yang kamu langgar di dalam lebuhraya dan segala aspek yang di kira kecuaian oleh pengendali lebuhraya.

14. Tahukah kamu, banyak lagi sebenarnya yang kamu tak tahu. hehe. Ok cukup sampai sini dulu.


Jadi, kenapa aku bagitau segala macam info di atas? Apa kena mengenanya dengan kes kena tipu dan sebagainya?

Untuk makluman, jika di luar kamu mempunyai banyak pilihan jika kereta kamu rosak. Kalau bengkel ini mahal kamu boleh demand untuk cari bengkel lain. Tapi keadaan berubah bila kamu berada di lebuhraya. Kamu akan berhadapan dengan sindrom yang awal-awal aku cakap tadi. Panik, blur seterusnya termenung. Ini kerana kamu tak tau nak rujuk kepada sesiapa. Tambah pula jika memandu secara berseorangan. 

Oleh sebab itulah, kamu kena tahu sikit sebanyak fakta-fakta sebegini bila menggunakan lebuhraya. Semua untuk mengurangkan risiko kamu di tipu. Tipu tetap kena tipu tapi at least untuk mengurangkan. 

Ramai yang bila kena tipu akan menyalahkan pengurusan lebuhraya atau mekanik dari luar yang datang. Hakikat sebenar diri sendiri yang bermasalah. Pilihan kepada kamu. Sebagai contoh mekanik luar 'menyembelih' kamu dengan mengenakan caj bayaran yang terlalu tinggi untuk baiki kerosakan. Nak tak nak itu yang terpaksa kamu bayar. Mungkin kalau kamu bersabar sedikit dengan menunggu bantuan dari pengurusan lebuhraya perkara ini tak berlaku.






So, bagaimana nak mengelakkan kamu dari menjadi mangsa penipuan? Dari pengalaman, ini yang aku mampu nasihatkan.

1. Bila ingin mulakan perjalanan pastikan periksa keadaan kereta kamu. Kalau sebelum nak naik lebuhraya minyak kereta kasi penuh. Kalau tak nak, baik naik bas saja. Tayar spare periksa anginnya. Statistik kebanyakkan kereta bermasalah di lebuhraya di sebabkan hanya dua perkara ini. Minyak habis dan tayar pecah. 

2. Bila kereta rosak bukan di sebabkan perkara di atas apa yang penting bertenang. Kereta dah rosak tetap rosak. So, kamu yang masih sihat cari tempat selamat untuk berteduh. Jangan sesekali berada dalam kereta. Kalau boleh elakkan. Jika terpaksa nak buat macam mana. Berada dalam keadaan gelap di dalam kereta risikonya sangatlah tinggi. Keadaan lebuhraya tak sama dengan jalan luar. Kereta kebanyakkan macam pelesit dan pemandu-pemandu lain kebanyakkan seorang yang letih akibat tak cukup rehat atau jarak perjalanan yang jauh. 

3. Bila diri kamu dah selamat, dari situ mula mencari bantuan. Telefon sedara mara atau bantuan dari lebuhraya. Tunggu sehingga bantuan tiba dan berbincang dengan pegawai yang datang dan cerita masalah sebenar.  Kalau boleh biarlah berbudi bahasa. Tahulah kamu sedang berada dalam sindrom panik, blur-blur sotong dan termenung, tapi bila minta bantuan biarlah berbahasa sikit. 

Kalau kamu tak berbahasa risiko kamu untuk di tipu dengan mekanik luar sangat besar. Peronda lebuhraya juga manusia yang berperasaan, so tak mustahil mereka akan tinggalkan kamu tercengang tanpa bantuan sampai entahlah mekanik dari mana yang sampai kepada kamu. Dari situ kamu akan kena 'sembelih'.

4.  Bila nak gunakan khidmat mekanik luar juga, sekarang semua ada telefon canggih-canggih. Kalau boleh tangkaplah gambar keadaan kereta kamu yang bermasalah sebelum ke bengkel sebanyak mungkin. Bukan apa, untuk menggurangkan penukaran komponen atau part yang tak sepatutnya berlaku. 

5. Bila kereta siap di baiki dan di kenakan caj yang mahal, gunalah kuasa kamu sebagai pengguna. Buat laporan kepada pihak sepatutnya. Salurkan maklumat kepada saluran yang betul bukannya memaki hamun sana-sini. Ada rezeki mungkin boleh dapat balik lebihan caj yang di kenakan. Kalau cerita buruk-buruk pasal pengurusan lebuhraya atau mekanik terbabit. Apa guna. Dapat penat dan puas sekejap je. Lastly, habok pon tarak. 

6. Bila rasa tak percaya kepada pengurusan lebuhraya atau mekanik yang datang, sebaiknya panggillah insurans kereta kamu. Kerana kamu yang bayar setiap tahun dan kamu sendiri yang memilih menggunakan insurans terbabit. Maka sudah tentu kepercayaan kamu terhadap insurans tebabit tinggi. Kalau tak, takkan kamu pakai insurans itu kan? Buatlah pilihan terbaik. Guna insurans atau kena sembelih dengan mekanik luar.





P/s : Penipuan ada kat mana-mana. Tapi bagaimana kamu mengelak untuk terus di tipu adalah lebih baik. 


Wednesday, November 30

Peraduan SuAnnaJoe : Lima.Lima Puluh: Mahu Menang RM50?

Budu dan belacan. Nyummy! Busuk tapi sedap.

Last peraduan aku join ialah pasal hias blog. Kalau yang serius sikit stop motion video untuk Perodua Lagi Best. Sebelum tu suka-suka cipta ayat siapa lagi stylo. Ada jugak yang aku buat sendiri pasal blog beautifulnara. Itupun masa mula-mula berjinak dalam blog. Lepas itu dah malas. Sebab syarat-syarat kebanyakkan peraduan yang di kenakan tak terpikul dek bahu aku. heh! 

Aku seorang yang simple. So, kalau buat apa-apa kalau boleh se'simple' mungkin. Kalau bab kerja lagi indah dapat mengular lama-lama. Di bahagi pula untuk kerja dan mengular. Dapat capai target nisbah 50:50 dah kira berbaloi. Fair! Kalau kerja rajin-rajin sama je, akhir tahun KPI tak ke mana jugak. Terasa gila bila mana pekerja dedikasi macam aku seperti tak di hargai. 

Adakah kerana itu, kalau dapat duit gaji cepat je habis? Sebab tak berkat gamaknya? Oh! tidak. Berfikir positif itu perlu. Dah kerana bayar kereta, sewa rumah, makan minum, bil itu ini dan untuk hiburan sudah pasti haji bakhil pon boleh sengkek. 

Oleh kerana itu, untuk cover balik beberapa kos sampingan, aku join peraduan dari blogger SueAnnaJoe. Kalau menang dapat RM50. Lepaslah untuk bayar PTPTN loan. Dan sekaligus untuk beberapa ketika, surat mahkamah berjaya di kurangkan di peti surat.

Berbalik kepada topik, kalau kamu pon nak join peraduan ni boleh je. Ia terbuka kepada semua orang. Syaratnya mudah. Siapa terpantas makan Budu dan Belacan dengan sekali nafas saja dialah pemenang. One shoot! Amacam ada berani? Ok. Serius tak lawak!


Peraduan blog Budu dan Belacan


Bagaimana nak join sebenarnya?

1. Pergi ke page blog SueAnnaJoe iaitu Budu dan Belacan
2. Buat ayat dengan 5 perkataan yang di beri sebelum 13 Disember 2011.
3. Dah siap, submit dekat ruangan komen page tersebut.
4. Pemenang di kira berdasarkan 'like' paling top. 
5. Profit!


Di bawah pula ayat aku untuk peraduan Lima.Lima Puluh: Mahu Menang RM50?

Ah San: hey macha! lain kali la GUNTING itu bil. ini PINGGAN kasi clear dulu ma.
Maple: manyak sory bos! amma appa you punya KAKI berdarah apa pasai?
Ah San: ini macam. wa tali MENUNGGANG itu moto. cilak*k. shakali itu POKOK tiba-tiba goyang.
Maple: ayoyo sebab goyang pon boleh darah ini macam kah?
Ah San: wa tatau. you pigi tanya itu lagu ma. itu halama. tanya sama pokok...apa sebab goyang...bla...bla... blaaa...
Maple: ?!@$%



P/s : Ok tak ayat aku?

Thursday, November 24

Saman Trafik : Kadar Terbaru Yang Cool?

Saman! Saman! Salman?

Apa benda terbaik pernah kamu buat semasa memandu? Bagi laluan kat pejalan kaki? Bagi signal tepat pada masanya? Atau ikut jarak selamat kenderaan? Jika ya peratusan kamu tak sampai 1 peratus pon. Kamu memang pemandu yang agak budiman. Tapi belum boleh di kategori sebagai pemandu berhemah lagi ok. Itu hakikat sebenar.

Siapa berani mengaku dialah paling berhemah dan mengikut undang-undang jalanraya? Pasti? Seumur hidup mesti kamu pernah tak pakai tali pinggang keledar kan, langgar trafik light, takpon double parking kat tempat tak sepatutnya? 

Itu tak termasuk lagi korek hidung semasa jalan sesak. Ya! korek hidung boleh membuatkan kamu leka seketika. Dan kemungkinan untuk berlakunya kemalangan adalah pasti dengan jarak kenderaan yang rapat antara satu sama lain. heh! 

Mudahnya kalau memandu kat Malaysia, hampir kebanyakkan akan bersikap pelesit. Baik tok imam pon kadang-kadang tergugat jugak imannya. Tak ada maknanya nak berhemah. Tak berbaloi. Kalau kamu tak pelesit, orang lain yang akan pelesitkan kamu. Tak hairan accident bumper ke bumper dah jadi biasa. 

Faktanya polis sendiri sekalipun yang menguatkuasa undang-undang tetap melakukan kesalahan. So, tak ada yang perfect. Itulah namanya manusia. Undang-undang manusia yang buat dan bila-bila saja boleh di langgar balik. 

Masa study dulu aku hanya ada sebuah Motosikal jenis Modenas Kriss. Motosikal tu pon hasil pinjaman dari ayah aku untuk memudahkan ke kelas. Dan sampai sekarang aku masih tak pulangkan balik walaupun dan bekerjaya. 

Setiap tahun bila roadtax mati aku akan rojer ayah aku suruh renew semula. Sebab daftar atas nama dia. Sampailah ayah aku mungkin fed-up agaknya, beli motosikal baru untuk ke masjid. Secara tak langsung motosikal tu dah jadi milik aku. Yhoo!

Dari saat itu jugaklah aku jadi 'Mat Rempit' yang tak berapa rempit sangat. Kalau bab nak setting kasi laju memang aku tak pandai. Selagi isi minyak boleh jalan, buat ulang alik pergi kelas dah kira ok. Tak kisah sangat. Hujung minggu pulak, pergi lepak dekat Dataran Merdeka. Cukup pikap untuk pecut dari kena cekup dengan polis dah kira bersyukur sangat. 

Kalau dulu dalam awal tahun 2000, nama je naik motosikal, kebanyakkan orang akan label sebagai Mat Rempit. Nak tak nak aku terpaksa terima apa yang masyarakat labelkan. Walaupun hakikat, aku hanya naik motosikal buruk untuk ke kelas saja. Sekarang aku rasa dah kurang perspeksi macam tu. Tapi yang penting aku tau itulah kemampuan aku semasa waktu itu. 

Kenapa aku cerita pasal motosikal buruk? Motosikal awal 1998 yang masih 'bernyawa'. Walaupun jika di ikut market sekarang, mungkin dah layak masuk timbunan besi buruk. Mungkin jugak ada baik di campak ke lombong je senang cerita. 

Secara ringkas, semua kerana semasa aku berjiwa rempit dulu. Walau pelesit dan celakanya bila bawak motosikal, tak pernah sekalipun di saman abang polis. Hebat kan? Rekod bersih yang di pegang sampai sekarang. heh! Itulah keistimewaan bila naik motosikal buruk.

Tapi, sekarang bila dah berkereta ada je yang tak kena. Cukup bulan mak aku call bagitau ada surat baru sampai. Dah setel yang itu, datang pula yang baru. Sampai satu tahap aku terfikir kenapa aku berkereta. Banyak benar kerenahnya. 

Pernah kamu kena saman dengan polis? Paling cikai pon mungkin dari majlis bandaraya. Pernah? Hampir majoriti akan berkata ya. Betul tak! Sebab sekarang agensi-agensi penguatkuasaan memang 'cekap' melakukan tugas. Pantang salah sikit, saman di keluarkan. Cool!


Tadi, bila bosan aku check akaun MYEG. Seperti biasa check saman terbaru yang datang. Seperti di jangkakan boleh tahan jumlahnya. Cuma agak terkejut bila jumlah untuk saman tersebut tidak seperti selalunya. Aiseh saman untuk beberapa bulan lepas. Yang mana aku pon dah lupa dekat mana kena.


Ini antara saman tertunggak untuk halangan trafik. Sebelum ini saman halaju semua dah setel.




Aku tak kisah pon dengan berapa jumlah saman. heh! Riak bangga macam orang kaya sekejap. Tapi yang kisahnya bila nilai saman tu tak seperti kebiasaan. Selalunya kalau setakat halangan trafik dalam lingkungan RM 30 ke RM 100 je. Tapi RM 250 memang agak membengangkan!!

Aku call MYEG untuk dapat maklumat lanjut. Jawapan hampa di terima. MYEG pon tak tau rate semasa dan suruh aku rujuk ke PDRM. Tapi bila call PDRM dari pagi sampai ke petang telefon asyik engaged memanjang. heh! Tak kan nak ke balai polis trafik? Apa barang. Check web MOT (Kementerian Pengangkutan) pon tak jumpa. 


Setahu aku, selepas bulan Mac hari tu kalau sesiapa yang tak jelaskan saman, rekod akan di blacklist. Maknanya kalau nak renew roadtax pon tak boleh. Hah! Aku buat boleh je. Adakah kompaun maksimum terbaru RM 250 untuk kesalahan seperti ini? Sesiapa yang tahu?














So, ini salah diri aku sendiri. Dan keberatan jugaklah kalau nak bayar sekaligus. Maknanya kalau macam ni terpaksalah tunggu diskaun untuk tahun depan jelah. heh!

Apa-apapun, yang penting bila kamu memandu, kalau boleh cubalah untuk berhemah. Jangan menyusahkan diri sendiri dan orang lain yah. Kalau kamu rasa nak check saman, ada ke tak boleh pergi ke web MYEG ini.




P/s : Pengajarannya lebih baik merempit dari memandu. Minyak jimat tak perlu bersesak-sesak. Cuma risiko tu tinggi sikit. Tapi awek sekarang mau ke boboy-boboy yang naik motosikal? huh!


Tuesday, November 22

Najib Umum Cuti : Malaysia Menang Vs Indonesia Final Sukan SEA

Haha. Tahniah Malaysia. Maling Indonesia supporters!

Kaunter tiket dah kena bakar, pegawai ada yang dah kena flying kick, atlet Indonesia tak kurang banyak yang telur tak ada, itu tak termasuk lagi mutu pengadilan yang berat sebelah dan layanan kelas kedua kepada media bertugas. Semua hanya terdapat di Indonesia. Sukan Sea di Palembang ini juga yang paling teruk pernah di anjurkan setakat ini rasanya.

Tapi yang best, Stadium Gelora Bung Karno kosong dan tersenyap jugak bilamana lagu Negaraku berkumandang di sana. Situasi berbeza tak seperti perlawanan pada peringkat kumpulan. Semua gara-gara Malaysia menang lawan Indonesia dengan jaringan 5-4. Perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2011. Game yang mana berkesudahan dengan sepakan penalti.

Apa yang menarik lagi? Kerana kemenangan skuad Malaysia jugaklah Yahoo! News terpaksa akur akhirnya. Tajuk berita telah di ubah maa... 

Ini tajuk berita sebelum game final bola sepak Sukan SEA antara Malaysia dan Indonesia

Banyak sangat yang menarik dan lucu kalau nak di cerita. Di pendekkan penceritaan, so, kepada penyokong dan media Indonesia, dalam sukan sedia dan belajarlah menerima kekalahan. Dalam setiap perkara cuba bersikap profesional. Sukan untuk bergembira bukannya butthurt sepanjang masa. 

Kepada skuad Ong Kim Swee pulak tahniah sekali lagi. Walaupun game tak berapa best, tapi kerana semangat tinggi pasukan yang di tunjukkan, kamu semua memang layak bergelar juara. Menariknya lagi, lepas ini berita pasal kamu akan di siar 24 jam seminggu di paper.

Oh! Terlupa. Semua tak kan ke mana tanpa sokongan peminat. Kepada penyokong dan seluruh rakyat Malaysia amnya yang menyokong atau tak bola sepak Malaysia, ini ada berita menarik, PM Najib yang di sayangi semalam mengumumkan cuti umum kepada seluruh rakyat Malaysia. heh! So enjoy your day yah!







P/s : Bagaimana nasib Harimau Muda. Dah menang tak kan nak naik bas lagi kot? Kereta kebal onnee...

Friday, November 11

Kahwin Nombor : Cool Tak?

Orang bernafsu kalau cakap pasal kahwin pasti rasa seronok. Senyum mesti sampai ke telinga. Kalau tak seronok maknanya kamu memang dalam keadaan kritikal. Forever alone! heh! Same like me :)

Kamu sayang pasangan kamu sebab tu kamu kahwin. Tak kisah sebab harta yang di miliki takpun peribadi yang di tunjuk. Sejak berkurun, it's reasonable. Alasan standard. 


Nombor

Semua tak boleh lari dari nombor. Hidup dalam nombor. Kalau kewangan, kamu akan berhadapan dengan akaun. Kalau teknologi, nombor binary is the important parts. Kalau sosio-ekonomi nombor pon penting. Dari situ kamu boleh bezakan antara pekan, bandar takpon metropolis. Semua bergantung kepada populasi penduduk dekat satu-satu tempat. Dalam agama sekalipun, contoh mudah dalam solat. Semua ada raka'at tersendiri. Yah! nombor lagi.


Kahwin nombor

Kenapa orang sekarang suka kahwin nombor? Kahwin nombor bukan berjudi ok. Maksud aku kahwin dengan pasangan  masing-masing tapi dalam masa yang sama 'curang' dengan melebihkan nombor. Contoh mudah.


"Sayang lulusan oversea tau. Rugilah belajar tinggi-tinggi. Dahla hutang PTPTN pon belum bayar lagi. Minta-minta fahamla. Bukan apa, lagipun sayang anak tunggal dalam family. Harga tu kalau boleh biar berpatutan. Market sekarang dalam lingkungan RM 20 ribu kot. Kalau agak tak mampu takpela. Mungkin takde jodoh. Lagipun berderet-deret yang menunggu sayang. Kalau harga rendah, apa pula nanti orang cakap" - Sayang


Inilah kuasa nombor. Di sebabkan nombor kentut yang wangi masa bercinta dulu boleh jadi booby traps. Sekelip mata kebahagian baru nak di bina boleh hancur dalam senyap. Mungkin tekanan dari keluarga, keadaan semasa dan keadaan diri sendiri yang tak ikhlas dalam bercinta sayang. 


"Erm...takpela! Tapi kenapa sayang cakap macam tu? Dah macam nak jual kereta je sayang neh. Ok, apa kata kita deal. Sekarang juga Sam bayar downpayment RM 2 ribu. Sam bawak balik sayang bermalam dekat rumah Sam dulu, pastu Sam 'test drive' dulu sayang. Kalau barang bagus service tip top, Sam proceed. Bukan setakat RM 20 ribu, RM 40 ribu pon Sam sanggup :) Tapi kalau enjin dah lemau, tak best, sayang boleh ambik semua deposit tu. Kira burn jelah. Sayang carilah orang lain. Amacam?" - Sam


Dalam agama Buddha ada Feng Shui, dalam agama Hindu ada Karma dan dalam Islam kita panggil Qada' dan Qadar. Semua tentang kepercayaan. Apa yang kamu lakukan ada kesannya. Sama jugaklah macam kahwin. Kalau kamu kahwin atas sebab agama kamu akan percaya akan jodoh yang di tentukan. Tapi jika kamu kahwin kerana nombor kamu akan dapat nomborlah dan bukan sebuah perkahwinan. Adakah betul?


"RM 40 ribu??? Yay. Sam bila tarikh kita nak kahwin ye. Apa kata sayang cadangkan 11.11.11. Kan menarik nombor tu. Seumur hidup sekali je kan. Lagipun pasti jadi memori bahagia untuk kita. Bestnya" - Sayang


"Ok" - Sam 




P/s : Semua dari pemerhatian. Nombor! nombor! Yang penting aku masih dara lagi ok. heh! 

Friday, October 28

FAM Anjink : Website FAM Kena Hack

FAM anjink! Tapi babi lagi ensem.



Begini alkisahnya. Semalam website FAM kena hack. Isunya, harga tiket di naikkan kepada RM 50 menjelang Final Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan. Harga yang di sifatkan agak mahal.

Bagi aku memang wajar penyokong memberontak. Antara sebab mudah, harga RM 50 selaras di kenakan untuk semua tempat duduk. Maknanya tak kisah kalau duduk dekat grandstand, dekat bawah scoreboard, dekat tepi tangga atau duduk beratapkan langit, harga tetap di kira lump sum. ho ho.

Itu tak termasuk kos maintanence lagi sebagai alasan. Yang mana bila game final harga tiket akan naik. Kalau game biasa, penyokong penuh stadium sekalipun, maintenance tak banyak seperti final. Makcik pakcik cleaner bandaran tak perlu buat overtime. Sampah sarap tak banyak di kutip. Semua kerana penyokong berdedikasi. FRU/Polis pon hanya melanguk kat base saja. Tapi bila final situasi mula berubah.


Berbalik kepada website FAM kena hack, di bawah antara petikan isi kandungan pada page FAM yang di hack dan di paparkan.

"So hang ckp ni negara demokrasi eh? So kami tak puas kami godam ja.. Don't blame us shithead u ask for it dlm suratkhabar ni. Penyokong bebas buat apex2 je ..."


Ini pula sambungan dan antara salah satu sebab kenapa website FAM di godam.

"Wahai FAM si kapitalis anjink!! Anda sentuh jiwa, kami hancurkan poket anda. Kami mampu buat lebih lagi daripada ini. Kami mahu ranking naik dan harga tiket turun, bukan ranking turun tapi harga tiket naik. Rakyat terseksa dengan ideologi rm 50 anda. Alasan tak masuk akal. Anda jangan fikir rakyat bodoh. 100 tahun baru boleh bolasepak Malaysia maju yer!!! cakap pakai bontot ke wahai FAM..... Pegi mampos la FAM!!!"


Di bawah ialah print screen dari website FAM yang sempat di capture. Sebab dalam julat pukul 4 pagi paparan website dah setel di 'samak'. Semua dah bersih sebersihnya.




FAM tak cepat mengelabah seperti kebanyakkan orang. Dengan cool dan tanpa prejudis, ini antara jawapan di terima semasa pihak Samposmen menemui salah seorang pegawai.

"Kami tak tau akan jadi macam ni. Kalau kami tau, takkan kami nak buat ampa (rakyat) macam ni kot. Kami pon tak sampai hati. Pasni kami janji takkan buat dah. Sob! Sob! Sedih tau ampa hentam kami macam ni".- FAM




P/s : Bila bolasepak maju sikit, semua pakat cantas kasi jatuh and take advantage to other. heh!

Monday, October 24

Manchester United Kalah 6-1 Manchester City : MANU Pizza Release

Amacam game Manchester Derby semalam?

Kepada peminat setia Manchester United pasti bermacam tanda tanya dan persoalan selepas tewasnya Manchester United kepada Manchester City, dengan jaringan besar, 6-1. Kemenangan bergaya Manchester City sejak tahun 1955. Kepada haters pula pasti bersorak gembira kan? Bukan selalu dapat tengok big team kalah teruk.

Agak terkilan kerana player Manchester United tak bermain seperti kebiasaan. Game menarik yang di harapkan, tapi sebaliknya semua palayer macam dah hilang semangat bila main. Walaupun bukan peminat Manchester United, tapi bagi aku pengurus yang aku respect yang juga pakar tactical formation, Sir Alex Ferguson mungkin salah membuat percaturan.

Apa-apapun, inilah permainan. Ada masa kalah teruk, ada masa menang besar dan ada masa terasa loser gilak.

So, to Manchester City fans, let's go party! ho ho. Dengar kata ada pizza baru baru release. Betul ke? Have fun! :)





P/s : Chelsea pon kalah jugak? Tidakkk! Semua salah referee. heh!


Friday, October 21

Dude Perfect : Basketball Dan Frisbee Trick Yang Cool

Masa aku sekolah dulu, kepada kaki Manga kalau sebut pasal basketball, pasti ramai terfikirkan pasal anime Slam Dunk Jepun yang popular. Dan dalam permainan basketball, realitinya, tak ramai pemain yang mampu kuasai sesuatu trick dengan perfect.

Tapi itu hanya satu trick yang sangat mudah jika kamu tengok dan bandingkan dengan video dari Dude Perfect. Dude Perfect merupakan satu geng dengan 6 orang ahli. Mereka sangat master dengan pelbagai  trick basketball dan frisbee. Di bawah antara koleksi balingan-balingan yang cukup epik dan menarik pernah di lakukan.




Dan ini pula antara rekod dunia balingan basketball terjauh pernah di lakukan






P/s : Practice make perfect!

Muammar Gaddafi : Matinya Seorang Diktator

Kenapa Muammar Gaddafi di benci hah? Ini kerana dia menyebabkan pertumpahan darah lebih kurang 6 juta orang semasa mula-mula peralihan kuasa ke atasnya berlaku dari Raja Idris 1 pada tahun 1969. Segala kekayaan minyak Libya juga di bolot hanya untuk kepentingan dirinya sendiri. 

Pemerintahan Muammar Gaddafi semuanya berasaskan Green Book. Green Book telah menjadi silibus wajib di baca oleh setiap orang di mana isi kandungannya menolak akan kebebasan demokrasi moden. Sebagai contoh tiada pilihanraya dalam memilih pemimpin di kehendaki, yang sepatutnya rakyat bebas dan adil dalam membuat pilihan.

Muammar Gaddafi sudah mati 

Muammar Gaddafi akhirnya tewas di tangan penentangnya sendiri di tempat kelahirannya di Sirte dengan tembakan headshot. Itupun setelah di jumpai bersembunyi dekat lubang paip konkrit. 

Pemimpin yang di label Mad Dog ini telah berkuasa hampir 42 tahun dan merupakan perkhidmatan diktator paling lama dalam sejarah di Afrika. Di bawah antara gambar-gambar semasa Muammar Gaddafi di jumpai dan bagaimana sambutan kejayaan oleh penentangnya selepas itu.



Pistol emas. Muammar Gaddafi di katakan memegang senapang bila di jumpai



















Muammar Gaddafi masih hidup sebelum dia mati di Sirte




















Tempat persembunyian Muamar Gaddafi yang di temui





















Lubang konkrit tempat persembunyiannya Muammar Gaddafi





















Rakyat Libya di Kedutaan di London gembira mendengar berita kematian Muammar Gaddafi



















Penentang-penentang meraikan kemenangan selepas tumbangnya diktator Muammar Gaddafi























Kegembiraan. Penentang saling berpelukan sesama mereka






















Keseronokan tak terhingga selepas berjaya menjatuhkan pemerintahan Muammar Gaddafi























Situasi semasa genjatan senjata di Serte yang menyaksikan penemuan Muammar Gaddafi

























P/s : Selepas kejatuhan Saddam Hussin, Osama Bin Laden dan Muammar Gaddafi, siapakah pula selepas ini? Negara manakah yang akan menjadi sasaran seterusnya?


Sumber :  thesun
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...