Saturday, December 24

AC Mizal Dapat Gelaran Datuk : Datuk Drogba Pon Boleh

Aku akan jadi datuk setelah mendapat cucu 40 tahun akan datang. Pray for me! Yahoo!

Kekadang aku konfius. Adakah gelaran Datuk sama seperti Lord atau Duke untuk orang British? Itu tak termasuk lagi scammers MLM yang 'berjaya' menjadi Markis Kido, Highway Duke dan seperti Lord Zara.

Setelah semuanya telah berjaya kelentong mat-mat gian dan minah-minah keparat yang benak. Yang semua tak sedar diri bahawa mereka di tipu hidup-hidup. Kena 'kencing' lagi betul-betul di depan muka. Atau juga, gelaran Datuk sama je seperti 'Sir' untuk mereka yang mengajar subjek English? Samakah semuanya!

So, hari ini murid-murid sekalian kita akan berbicara mengenai Datuk. Ya. Ini di sebabkan kejayaan AC Mizal mendapat gelaran Datuk, bersama Eizlan Yusof dan Fazley Yaakob. Ops! Sory. Tersilap cakap. Datuk AC Mizal, Datuk Eizlan dan Datuk Fazley. Untuk makluman, mereka di anugerahkan gelaran Datuk oleh Sultan Pahang. Erm. Sultan Pahang dengan Sultan Bola samakah kedua-duanya? Aiseh! Konfius lagi.

"Lantaklah sultan nak kurniakan depa Datuk pon. Apa kena mengenanya dengan hang? Jeles ke?" Standard tipikal komen. 

Sebenarnya, memang tak kacau aku pon. Tak ada effect dekat hidup aku. Tambahlah lagi untuk guna duit aku ke. Cuma secara jujurnya aku sangat jeles. Jeles bukan tak berada kat tempat mereka tapi jeles sebab sepatutnya lebih ramai yang lebih layak untuk dapat gelaran tersebut.

Aku cuba untuk berfikiran positif bahawa itu hak sultan untuk bagi kepada sesiapa pon. Dan mungkin ada sebab kenapa ianya di beri. Tapi perspektif aku masih manyatakan tidak. Menolak setolaknya. Ramai lagi yang sepatutnya lebih berhak.

Ambil contoh mudah. Datuk Shahrukh Khan. Adakah sebab batang hidungnya besar sikit, badan ketak, ada lesung pepet bila senyum, bibik bak rembulan bagi segelintir perempuan, nipple kelabu keungu-unguan dan pernah menjadi simbol sex di bollywood, boleh di gelar Datuk?

Setahu aku gelaran Datuk hanya untuk mereka yang banyak berjasa kepada negara. Aku tak nampak pula adakah kerana berlakon filem dekat Melaka sekaligus mengangkat nama Malaysia gah serata dunia boleh di ambil kira.

Kalau macam tu tak mustahillah 'Datuk' Drogba, 'Datuk' Rooney, 'Datuk' John Cena pon bakal kita lihat. Yang mana tak ada apa pon simboliknya untuk mereka. Melainkan hanya, kalau di google translate Datuk membawa maksud, bapa kepada anak dan kepada anaknya saja. Yes! Maksud tepatnya Grandfather. Itu tak termasuk lagi, populariti yang sedang meningkat naik sekarang, 'Datuk' Pahlawan Ludah yang mana turut berada dalam reserve list. heh!





















Berbalik kepada Datuk AC Mizal, Datuk Fazley dan Datuk Iezlan semuanya bertapak dari industri hiburan. Soalan pertama, apakah jasa mereka? Kedua, kenapa artis dan politikal senang dapat Datuk? Ketiga, di manakah nilai imunitinya gelaran Datuk sekarang berbanding generasi terdahulu? Keempat, adakah kerana 'ang pau'? Untuk mendapat gelaran Datuk seseoarang perlu membayarnya.

Kamu cubalah gunakan logik akal kamu. Malas sebenarnya aku nak huraikan panjang-panjang. Kamu boleh lihat sekeliling apakah keadaan sebenar yang berlaku. 

***************

Suka aku nak ceritakan sesi dialog aku dengan lecturer Math semasa study, Prof. Dr. Ong. Chinese, sporting dan sangat fasih berbahasa. Lebih kurang tokok tambah berbunyi macam ini,

"Saya sanggup travel dari Skudai datang ke KL every week. Kalau nak ikutkan, gaji lecturer saya dah cukup. Tambah projek luar lagi. Nak hidup senang tak ada hal lah".

"Projek luar? heh! tak baik oh". Aku bertanya.

"Ini projek luar halal punya. Kamu ni. Kamu ingat itu engineer semua pandai-pandai sangat ke? Contoh mudah. Engineer mau buat itu bateri tahan lama, cepat charging, ringan dan sekecik mungkin. Mereka datang jumpa saya lah. Suruh ajar itu laplace dan fouriers transform balik. Sebab masa study dulu semua fail fungsi terbitan! Dah jadi engineer baru tau apa pentingnya subjek ini (bergurau sambil ketawa jahat).

Memang sekarang system dan software ada. Tapi buat macam ni. Buat secara manual lagi bagus. Itu software banyak tipu ma. Kalau tak caya tengok itu terbaru Blackberry Curve 9360, pakai sehari sudah kong itu bateri".

"Ala Dr, bateri 1000 mAh je kot!" member aku menyampuk di susuli satu kelas ketawa besar.

Dr. Ong sambung lagi "Saya sanggup travel untuk ajar kamu semua. Kalau tak, penat-penat je saya travel jauh-jauh. Kenapa? Sebabnya, saya ikhlas nak tengok ramai jadi engineer. Sampai bila nak jadi technician je?"

"Sunyi seketika". Semua orang berpaling tengok sesama sendiri.


Ada kena-mengena ke Prof. Dr. Ong dengan Datuk? Aiseh. Aku konfius sekali lagi.



P/s : Seperti leader aku cakap "Harta dunia ini, apalah sangat kan!". Wondering maybe one day I will be Datuk Samposmen. heh! But I rather prefer to be Ir. Samposmen.


4 surat:

Unknown said... [Reply]

setuju...

aku tak berminat la dengan artis yg dapat datuk ni.

bukan sebab jeles. sebab jauh sangat comparison aku nak sampai dapat datuk tu, tak realistik..


cuma aku jengkel dengan artis yg tak menyumbang kepada masyarakat utk dihormat dengan gelaran datuk.. ceit

Unknown said... [Reply]

Skrg nak dpt title sgt mudah...especially Datuk, Dato' ... meaningless... mcm dah xde value.. pethetic~

Shahada Fauzi said... [Reply]

yang aku tahu..sultan pahang memang suka bagi anugerah gelaran Datuk kat artis2..cube ko check, artis2 yg dapat gelaran Datuk ni kebanyakan nye terima dari sultan pahang..aku rase baginda memang minat bg anugerah kat artis2 kot..;p

! Sam Posmen ! said... [Reply]

zulfikar : itu la pasal. sikit-sikit artis. kekadang aku muak jugak. dah macam hebat sangat.

MaryaYusof : sebab itu tak mustahil, one day, ah long bkt beruntung, mak bedah, kak senah, bangla jual kapet, tokan negro, indon kilang pon ada title datuk

♥CIK SHA♥ : kalau minat nak bagi anugerah sangat, kan bagus buat je satu majlis macam AIM. hargai artis-artis semua. sebab, dah tak ada bezanya pertabalan datuk dengan anugerah macam tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...