Saturday, December 24

Maaf : Perlukah Sibuk?

Entri Luahan Perasaan

Lama rasanya aku tak bercerita pasal peribadi. Kerana hipotesis aku, hal diri kamu hanya untuk kamu sahaja. Tak perlu untuk bercerita kepada dunia, apa yang kamu buat seharian.

Tapi, perspeksi aku semakin hari semakin pudar. Tanggapan aku ada kalanya menjadi salah. Ada masanya kamu perlu untuk berkongsi dengan orang lain. Dari situ maknanya sebuah kehidupan. Berkongsi rasa gembira, sedih dan meluahkan pendapat masing-masing. 

Dalam usia untuk menjadi dewasa, sejak akhir-akhir ini aku memang agak sibuk. Rasanya sehari 24 jam yang sedia ada  terasa terhad. Semua aktiviti terbatas. Baru aku sedar loser jugak aku rupanya. Masa untuk diri sendiri pon tak menentu. Kekadang terfikir bagaimanalah kalau aku ada isteri, ada anak. Tak menang tangan di buatnya. heh!

Pada masa entri ini di tulis, aku sedang termenung. Berbaring atas tilam. Kaki di silangkan. Bantal di sandar ke dinding sambil meriba sebuah laptop. Tekan butang satu persatu. Tap! tap! tap! Berhenti sekejap. Termenung balik. Aku capai butang delete. Teruskan semula. Semua jadi tak kena.

Aku terfikir. Apa yang aku nak cari sebenarnya? Kenapa aku mesti kerja? Kenapa mesti belajar? Kenapa masa untuk bersama family pon susah. Masa untuk berjimba-jimba dengan member pon dah kurang (ayat apakah ini?haha). Lagilah kalau nak melancong, beriadah ke. Itu tak termasuk aktiviti sukan yang semakin lama di pinggirkan. 

Aku jadi konfius balik. Lagi fikir lagi konfius. Konfius seperti mana AC Mizal dapat Datuk. Semua persoalan berpinar depan mata.

Jawapannya, aku sendiri pon tak tahu. Adakah kerana aku yang menyibukkan diri sendiri atau adakah ini permulaan untuk kesenangan pada masa depan? Mungkin juga inilah yang telah di takdirkan untuk aku. Aku cuba tahan diri untuk tidak mengeluh. Mengeluh merencatkan minda. Betulkah? Ok apa apa aje. Sila Abaikan.

Baru aku sedar rupanya dah lama aku tak bersama family. Kekangan masa agak terhad. Tak apalah. Aku sedar. Hujung bulan ini adik balik ye mak. heh! Ayat nak sedapkan hati. Jumpa kat Aloq Staq yah, mak!

Untuk menggembirakan hati yang forever alone ini seketika, jom layan video ni dulu




# Entri ini di tulis selepas kakak aku hantar SMS. "Tak wish kat Asma ke?". Aku blur-blur sotong dengan seribu tanda tanya. Dalam hati berbisik, apa maksudnya. Nak wish apa kebenda. Mesej pepagi. Kacau pulak mood aku untuk tidur. Dah la letih baru balik kerja lagi. huh! Aku pon balas balik dengan ringkas "Wish apa?"

Hanset berdering. SMS kedua sampai. Ringkas. "Asma dapat 9A". 

Hah!!! Ya Allah! Terlupa aku. Dalam orang ramai dok sibuk umum pasal result PMR yang dah keluar. Update dekat blog pasal benda alah ni. Sehari-hari jugaklah aku dok baca paper pasal news ni, rupa-rupanya aku terlupa bahawa adik aku, Nurul Asma sendiri ada ambik PMR. Keputusan, dapat 9A. Mengeluh panjang aku. Speechless! Tapi, dalam masa yang sama perasaan bangga timbul dengan adik aku.




P/s : Betullah orang kata. Benda yang paling jauh dengan kita ialah masa.  

7 surat:

Shahada Fauzi said... [Reply]

tahniah untuk adik ko dgn kejayaan die dpt 9A..mungkin ko sebok sgt kot smpai terlupa..takpa..yg penitng ko dah wish die..dah wish belum?

hanjila said... [Reply]

perkara yg tdk akan kembali lg kpd kita, masa yg tlh hilang...

congrats to adik Nurul Asma, like brother like sister, always smart (:

! Sam Posmen ! said... [Reply]

♥CIK SHA♥ : tq. belum wish lagi. tunggu balik kampung. buat surprise sikit :)

hanjila : tq. like father like grandpather. heh!

minah senget said... [Reply]

Assalamualaikum...
Dtg terjah sini.
Suka baca entry ni.byk msg yg d smpaikan..bz2 juga tapi jgn abaikan tgungjwb pada fmly
:)
Jumpala mereka selagi berkesempatan..
Tahniah untuk adik asma.
N all the best to u .

daimpressive said... [Reply]

Blogwalking dari blogger2 di

http://suaraserak.blogspot.com

Serak Itu Suatu Abstrak, Nampak Nyata, Boleh Dirasa, Kedengaran Ada, Tapi Fizikalnya Tiada. Arena perkongsian ilmu dan budi.

Zinedine Zaiddin said... [Reply]

pertama-tama kalinya saya mengucapkan terima kasih kpd tuan blog sebab jelas beteii link utk comment kt blog tuan hamba nih. mudah rasanya hamba nak drop komen. time kasih bebanyak.

ok merapu takde kaitan.

for me, sibuk itu perlu. nak dijadikan cerita, 2-3 hari ni aku kaw2 punya sibuk sampaikan aku terlupa nak on9 fesbuk twitter dan berbuat segala perkara2 lagho.

kan ada kebaikannya sibuk tu?

anyway kongratulasi utk si Asma yang dapat 9A tu. habaq kt dia walaupun result PMR mantap jgn duk lengah2 lak time form 4. SPM lg penting wessss.

yeeebaaaa selesai sudah spamming kt satu blog. move on to another one pulak. kah3

LittleGurl said... [Reply]

wahhh 9A! tahniah utk adik tu ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...