Thursday, September 15

Bosan : Mengeluh Sampai Terlelap Lentok

Sejak dua menjak tiga menjak ini terasa sibuk gilak. Mungkin ini yang di katakan stress. Stress yang di sebabkan tekanan di tempat kerja takpun di sebabkan diri aku sendiri yang sememangnya malas. Apa-apapun semua kena menghadapi juga. Nak tak nak setiap hari itu yang perlu di buat. Perkara sama yang berlaku berulang kali. 

Kehidupan aku amat membosankan. Ya. Itulah hakikat diri aku sebenar. Pergi kerja balik rumah dan tidur. Akhirnya perut semakin memboroi. Hasil penat lelah setiap bulan akan di agih sedikit kepada tabung PTPTN, kereta, umah sewa, dana rokok, yuran peperiksaan, mak bapak dan akhirnya perbelanjaan harian. Finally, I got nothing! Uh...

Setiap malam termenung sambil berbaring dekat tilam. Tangan di letak di atas dahi. Dua kaki di silangkan. Earphone di lekap ke telinga. Apa yang akan terjadi esok? Di manakah aku untuk tahun depan? Apakah sempat untuk aku lakukan sebarang aktiviti lagi. Awek pon tak ada. Duit pon tak cukup lagi nak kahwin. Tapi jiwa remaja semakin memberontak-berontak. Tak ada perkara menarik yang nak di lakukan.

Termenung dan termenung dan termenung sehingga akhirnya terlelap lentok dengan dendangan musik. So dah tak ada apa nak di termenungkan lagi. Aku sudah tidur. Tamatlah story yang bosan. Cuma hanya kedengaran lagu-lagu yang sedang berdendang dondang di telinga. 




Bila tersedar dari tidur, baru aku faham. Apalah sangat erti bosan jika di banding dengan penderitaan. Apalah sangat erti bosan jika di fikirkan mengenai perasaan orang lain. Apalah sangat hidup bosan jika sememangnya dunia pon dah tiada wawasan lagi. Bosan? Kamu bosan?



P/s : So mengeluhlah. Dan percayalah ia tak membawa sebarang kesan sebaliknya hanya virus jika berdiam tanpa tindakan. 
  

3 surat:

Mek Nab said... [Reply]

Insaallah akn dtg psti bjaya :)

Orandableg said... [Reply]

Entri yang menarik (semua). Boleh menjadi sumber inspirasi untuk saya mengubah cara menulis blog. Akan saya masukan blog ini ke dalam bloglist saya.

Lagi satu, boleh kah tuan blog membenarkan saya jika satu masa nanti saya meng'copy' bahan di sini ke blog saya dengan menyertakan sumbernya?

Sekian. Terimakasih.

! Sam Posmen ! said... [Reply]

@O Randa Blěg 2ringgit 2 ringgit. haha. copy jela. asalkan kredit balik dah kira ok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...