Friday, October 14

Aku Suka Babi : Kenapa Orang Benci Sangat?

Amaran! 18SL


"Aku suka babi, jadi apa masalahnya?''

Kenapa ramai benar benci dengan babi? Kerana babi haiwan yang kotor dan semestinya tak secomel seperti binatang lain ke? 

Katakanlah kalau aku pegang babi depan orang ramai, tangkap gambar, buat video sikit dan upload gambar di internet pastu post dekat wall facebook pasti akan jadi isu hangat. Percaya atau tak? Kalau nak lagi gempak, usap belai-belai sikit dengan posing berani mati.

Secara tak langsung, itu merupakan contoh dan cara terbaik untuk menarik perhatian sama ada ahli agama tak bertauliah, haters, anonymous atau segala macam orang yang sebelum ini kita tak pernah mengenali langsung.

Sememangnya babi merupakan haiwan yang kotor dan menjijikkan. Pelbagai kuman dan bakteria yang membawa penyakit terkandung dalam dagingnya. Terbukti secara saintifik. Ini kerana ia haiwan yang semua benda dia main bedal je makan tanpa memilih langsung. So kalau nak haiwan yang senang di bela, maka babilah yang paling sesuai. Tak banyak kerenah dan maintenance kurang. Amacam?

Setujukah kalau aku kata hampir majoriti rakyat Malaysia umumnya juga menyukai babi? Dan sayang benar dengan haiwan ini. Kenapa? Sebabnya kalau tak puas hati atau dalam menunjukkan perasaan kurang senang perkataan babilah yang paling banyak di gunakan. Jika mencarut atau memaki, babi jugalah yang selalu di sebut. Kalau menggambarkan perumpamaan tertentu, babi jugaklah yang menjadi mangsa. Kesiannya. Malang dan buruk benar nasib haiwan ni.

Sekarang ni media sosial sangat mudah di akses. Facebook, twitter dan youtube dah jadi aktiviti wajib dalam seharian. Adakah babi pon dah ada akaun facebook dan twitter? Bukan itu maksud aku. Cuma, sedarkah segelintir dari kita secara tidak langsung sama je seperti haiwan ini. 

Contoh mudah babi menonggek dekat kandang, kita menongek dengan gambar dekat facebook. Bukankah sedikit persamaan tu? Ok cukup. So kenapa ada sifat dikriminasi terhadap haiwan ini? Sila rujuk balik ayat pertama entri ini.

Kalau cakap pasal babi, banyak benda boleh di bincangkan dan mesti ramai juga yang sensitif. Perkataan babi tak elok. Kenapa tak sebut je khinzir. Kan sopan sikit. Persoalannya adakah kedua-duanya membawa maksud berbeza? Babi dengan manusia tak sama! Babi haiwan, manusia orang. Babi tak ada akal, manusia ada akal. So..so...and sooo...segala alasan di beri.

Jadi, aku suka babi, apa masalahnya? 

Masalahnya, jika kamu sendiri yang merumitkannya. Kamu cakap pasal agama, tapi kamu sendiri terpesong jauh. Kamu cakap pasal halal haram, tapi kamu sendiri yang melakukannya. Kamu cakap pasal kehidupan, tapi kamu sendiri tak melaksanakannya. Kamu cakap pasal persekitaran, tapi kamu sendiri tak alert dengan keadaan sekeliling.



P/s :  Ada ketika yang buruk itu lebih baik dari yang hanya indah di penglihatan mata.

2 surat:

Aien Not Alien said... [Reply]

marah2 babi juga dapat nama...

Anonymous said... [Reply]

aku ingat aku sorang je suka babi. hahaha...

bela babi manyakkk untung ooo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...