Thursday, July 7

Aidil Zafuan : Ronaldinho Inspirasi Gol Superb

Gol superb Aidil Zafuan semasa Malaysia melawan Taiwan pada kelayakan Piala Dunia 2014 memang menarik. Akibat gol tersebut nama Aidil Zafuan menjadi bualan sama ada di Malaysia sendiri atau di luar negara. Syabas di ucapkan.

Gol tersebut telah tersenarai dalam top 10 gol mingguan tercantik 101greatgoals selepas perlawanan pada 3 Julai 2011 yang lalu. Pilihan yang merupakan hasil undian orang ramai.

Bercakap pasal gol Aidil Zafuan, teringat semasa Piala Dunia Korea 2002 yang lepas, di mana jaringan oleh Ronaldinho dalam jarak yang lebih kurang sama, 35 kaki. Ketika perlawanan Brazil dengan England.

So, adakah Aidil Zafuan telah berinspirasikan Ronaldinho semasa membuat sepakan?




Apa-apapun di bawah ialah video sebenar jaringan gol oleh Aidil Zafuan semasa Malaysia menentang Taiwan. Ramai kata hanya luck semata-mata. Luck atau tidak, apa yang nak di kecoh sangat? Yang penting menarik di lihat. Cuma terkilan perlawanan tersebut berkesudahan dengan kekalahan jaringan 2-3.







P/s : Puji banyak-banyak sangat, takut lain pula jadinya nanti. haha

Wednesday, July 6

Persoalan : Relevan Tak Semesti Bersih

Akhir-akhir ini isu Perhimpunan Bersih 2.0 semakin hangat di cerita. Bagi yang membangkang pasti akan mempertahankan segala hujah dan sebaliknya berlaku kepada penyokong setia. Pelbagai 'fakta', auta, sejarah mahupun isu semasa yang di kaitkan sebagai 'back-up' dalam teks ucapan. Tak terkecuali segelintir bloggers hanya main copypasta sesetengah artikel tanpa segan silu di selidik kesahihannya.

Pandangan peribadi

Aku bukan seorang pakar ekonomi, bukan pakar sosiologi mahupun segala jenis pakar analisis. Cuma pendapat aku, apa yang boleh di highlight dengan isu ini ialah 

1. Persoalan mengenai sejarah
2. Persoalan mengenai kepemimpinan
3. Persoalan mengenai agama
4. Persoalan mengenai pembangkang / penyokong

Persoalan mengenai sejarah

Jika di ikut dari sejarah, Malaysia merupakan negara jajahan British. Malaysia mengamalkan konsep sebuah negara demokrasi seperti kebanyakkan negara lain di dunia, Sweden, Norway, Perancis, Jepun, New Zealand mahupun di Asia seperti Thailand serta Singapura. Dan demokrasi tersebut tetap bertahan sehingga kini. 

Sebut pasal demokrasi kenapa isu Bersih 2.0 menjadi duri dalam daging dalam pentadbiran negara sekarang ini? Setujukah kalau di katakan sebenarnya Malaysia lebih ke arah sistem autokrasi berbanding demokrasi. Di mana pentadbiran yang hanya mengikut kehendak sebelah pihak sahaja. 

Siapa membantah pasti akan di cantas. Siapa yang tidak ikut apa yang telah di cadangkan akan di tarik balik segala kuasanya. Itulah yang berlaku dan boleh di lihat dalam 'sejarah' Malaysia sekarang.  

Sebenarnya walau sistem apa di gunakan sekalipun sebenarnya tidak menjadi masalah. Bagaimana sesuatu pentadbiran berjalan merupakan perkara penting. Pergi ke negara mana sekalipun pasti terdapat konflik yang berlaku. 

Ada ketidakpuasan hati dari sesetengah individu mahupun organisasi. Cuma apakah cara yang di ambil untuk menanganinya perlu di persoalkan? 

Persoalan mengenai kepemimpinan 

Dalam dunia politik hakikat sebenar penyelewengan atau korupsi hanyalah permainan semata-mata. Pasti berlaku walaupun sedikit. Sejak penubuhan Malaysia pelbagai peristiwa yang tercalit dalam lipatan sejarah. 

Sama ada rusuhan, pergaduhan, konflik perkauman ataupun pertelagahan antara parti politik. Dari sini kepimpinan sesuatu pemimpin menjadi peranan penting untuk mengawalnya. 

Pemimpin tidak sepatutnya bersifat nepotisme di mana yang menguntungkan sebelah pihak saja. Seperti perhimpunan Bersih 2.0 ini, sepatutnya perlu di ambil contoh bagaimana rusuhan yang telah berlaku di Perancis pada lewat tahun 2010. Pengharaman pemakaian hijab terhadap penganut Islam di sana. Apakah yang kerajaannya telah lakukan untuk menangani masalah tersebut? Adakah terdapat huru-hara?

Sama juga seperti di Jepun setiap kali pilihanraya, di mana pemimpin akan silih bertukar ganti melalui pengunduran diri sendiri atau pangghh! some bullet to their head jika tidak dapat mencari penyelesaian terbaik. 

Di Malaysia perkara seperti ini tidak berlaku kerana aku yakin pemimpin dapat menanganinya lagi. Jadi sepatutnya di gunakan sebaik mungkin kesempatan ini untuk terus memperbaikinya. Persoalan yang pemimpin sendiri perlu menjawabnya.

Persoalan mengenai agama

Jika terdapat permasalahan pasti hal berkaitan agama sedikit sebanyak akan di gunakan. Inilah salah satu strategi terbaik dalam mempengaruhi orang lain. Baik dalam kehidupan seharian, bisnes bahkan politik. 

Dalam sesuatu perkara pasti ada keburukannya. Di lihat dalam setiap perbincangan atau komen-komen mengenai Bersih 2.0 isu Ambiga banyak di kait dan di timbulkan. Di mana seorang yang banyak berjasa dalam kes murtad orang Islam di Malaysia. 

Sebelum meneruskan, sila jawab beberapa soalan mudah dulu. Pertama, bagaimana kes murtad berlaku? Kedua, siapa yang bertanggungjawab dalam isu seperti ini? Ketiga, kenapakah boleh berlaku?

Jika kamu dapat jawab ketiga-tiga soalan tersebut dengan tepat tahniah di ucapkan. Sebaliknya yang berlaku dalam majoriti umat Islam sendiri isu seperti inilah yang di ambil kesempatan untuk menyalahkan orang lain. 

Islam agama yang mudah. Tapi orang Islam sendiri yang menyusahkan. Sikit-sikit nak menyalahkan agama lain. Sikit-sikit ada konspirasi di sebaliknya. Sikit-sikit tak elok menyokong orang kafir. 

Jadi apakah dengan menyalahkan orang lain di anggap betul? Dengan bergaduh sesama agama sendiri boleh di kira betul? Jika orang yang berlainan pendapat akan di hentam habis-habisan sehingga tidak sempat untuk bernafas di benarkan? Akidah adalah tanggungjawab diri sendiri.

Persoalan mengenai pembangkang/penyokong

Dalam menggerak sesuatu negara, pembangkang amatlah perlu untuk menilai kekurangan atau kepincangan yang timbul. Sama jugalah dengan penyokong untuk membantu dalam proses yang sedang berjalan. 

Pembangkang yang baik bila mana sesuatu yang di bentangkan relevan dengan apa yang di bangkang dan penyokong yang bernas bertindak sejajar dengan situasi semasa.

Masalahnya sekarang, sampai satu tahap terserlah ketakseimbangan, bilamana sesuatu yang salah terus di sokong dan betul terus menerus di tolak. Sebab mudah berlaku kerana ketaksuban terhadap seseorang individu mahupun sesuatu parti politik. Perkara benar di anggap salah, dan salah di iyakan saja. 

Jadi rasionalnya dalam melakukan sesuatu perkara, bertindak ikut naluri sendiri. Kedua-duanya ada kebaikan dan keburukan sendiri. Cuma bila bertindak sila gunakan pertimbangan yang sewajarnya tanpa terlebih mengikut perasaan. 

Setiap orang mugkin berbeza pendapat. Dari perspektif berbeza, pendapat ini betul, tapi jika di ikut sudut yang lain ada yang di anggap salah. Jadi persoalan tidak ada siapa salah atau siapa yang betul. Jangan akibat berbeza pendapat segala caci makian di keluarkan. 

Ada sesetengah orang bila berkata, dialah hebat, dialah betul, dialah cakap berdasarkan fakta, orang lain semua salah. Kalau nak cakap sesuatu biarlah berdasarkan akal. Tetapi hakikat sebaliknya diri sendiri emosi terganggu bila memberi pendapat. Jangan seperti itu. Bagi aku itu cakap tak serupa bikin namanya. So baik tinggalkan.

Kesudahan

Pemimpin akan tetap lakukan kesalahan kerana dia juga seorang manusia, tapi dalam kesalahan tetap ada kebaikan. Kalau tak takkan boleh jadi pemimpin? Kesalahan sampai bila-bila pon boleh dan akan di cari. Sebaliknya akan juga berlaku dalam menonjolkan kebaikan.

Jika Perhimpunan Bersih 2.0 berlaku, ramalan ramai, ekonomi dan industri perlancongan negara akan terganggu dan terkena tempelaknya. Tapi jika tidak berlaku sekalipun, adakah ekonomi akan tetap stabil seperti biasa? 

Majoriti yang akan pergi berhimpun adalah gologan bekerjaya. Jika perkara ini di sekat tak mustahil prestasi kerja akan turut menerima kesannya. So akibat kepada ekonomi? Pi Mai Pi Mai Tang Tu juga. 

Nasihat aku kalau nak berhimpun silakan. Kalau tak nak, lepak dekat rumah makan cekodok dengan family saja. Tak payah nak pening-peningkan kepala. Apa yang masalah sangat?




P/s : Bagi yang sudah cukup umur, tunaikan kewajipan kamu bila tiba masanya. Bagi yang tak baligh study rajin-rajin ok. 

Tuesday, July 5

Doktor : Bosan Bila Sakit

Sejak dua menjak ini keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Apatah lagi untuk menulis di blog. Bila malam badan terasa  seram sejuk seperti nak demam. Waktu siang rasa lemah teramat. Badan tak bermaya. Setiap jam mesti ke tandas di sebabkan diarrhea. Adakah mungkin di sebabkan keadaan cuaca? Atau mungkin di sebabkan salah makan? Entahlah!

Sakit macam mana sekalipun, aku lebih suka berbaring dekat rumah sambil layan tengok tv. Online main facebook. Takpon tidur sepanjang hari. Kalau nak jumpa doktor terasa malas benar. Sebab mudah, aku benci dengan doktor. 

Kerana setiap kali jumpa pasti pelbagai nasihat dia bagi. Di mana nasihat kebanyakkan sebagai manusia normal jarang sekali mempraktikkan. Tip-tip, cara-cara, langkah itu dan ini, yang agak membosankan. 

Apapun akhirnya, dah agak tak ada modal, penuh dalam beg plastik bekalan ubat di bawa balik ke rumah. Seterusnya hanya terbiar seperti tukun.

Antara doktor dan ubat

Kalau di beri pilihan antara berjumpa doktor dengan makan ubat yang manakah kamu pilih? Doktor dan ubat suatu yang berhubung kait. Tanpa doktor kemungkinan untuk wujudnya sesuatu ubatan amatlah mustahil .

Tapi bagi aku kalau boleh kedua-dua patut di tolak ke tepi. Kerana mudahnya diri kamu sendiri lebih berkuasa dalam melawan sesetengah penyakit. Ubat hanya bersifat penyembuh sementara. Tapi otak kamu beroperasi setiap masa lebih hebat. 

Otak kamu yang mengawal segalanya. Kamu sakit. Kamu gembira. Kamu suka. Kamu bertindak. Kamu berfikir. Kamu yang mengawalnya. Tapi kalau penyakit kronik seperti kanser atau barah jangan pula sampai tak jumpa doktor, itu mengundang padah namanya.

Maksudnya untuk cepat sembuh kamu yang melawan penyakit tersebut bukannya berharap kepada ubat. Ubat hanya sebagai medium untuk membantu proses yang berlaku. Mempercepatkan penyembuhan.  

Keperluan doktor

Apa-apapun berbalik ke topik, sejak bekerja, aku terpaksa juga berjumpa dengan doktor. Nak tak nak walaupon tak suka. Terpaksa. Tujuan utama untuk mendapat medical cert. Birokrasi mengubah segalanya. 

Teringat masa zaman sekolah kalau tak ada sijil sakit pon di terima. Hanya surat yang parent tulis dan di bawah sekali terdapat tandatangan. Setel. Bagi dekat cikgu sebagai surat tunjuk sebab. 

Rasanya zaman persekolahan dengan pekerjaan tak ada banyak bezanya kan? Ermm...



P/s : Orang sakit selalu banyak kerenah ke?

Friday, July 1

Realiti : Manusia Dan Sistem Dalam Kehidupan

Setiap hari cacian dan makian merupakan perkara asas yang selalu aku terima. Seperti kebiasaan kebanyakkan datang dari makhluk yang bernama manusia. Ya. Lebih tepat merupakan khalifah di dunia. Semakin berkembang teknologi semakin manusia hilang pertimbangan. Setuju atau tak?  

Fasa Pertama

Seorang Datuk memandu kereta menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan yang merupakan lebuhraya terpanjang di Malaysia dan keseluruhan di Asia Tenggara. Sampai di Km 283 berhampiran Nilai, minyak kereta habis. Membuat panggilan kepada pusat kawalan trafik dan meminta bantuan. Bantuan di hantar. 

Sejam kemudian Peronda Lebuhraya datang dengan membeli minyak RM 10. Bantuan lewat tiba di sebabkan membantu orang lain yang turut mengalami kerosakan kenderaan di tengah jalanraya atau kemalangan yang berlaku tanpa di duga semasa perjalanan. Juga di sebabkan kesesakan trafik yang berlaku. Apabila sampai kata-kata kesat di berikan kepada Peronda Lebuhraya.

Fasa Kedua

Datuk tersebut meneruskan pemanduan dengan perasaan marah meluap. Beberapa minit kemudian berita kemalangan di terima. Rupanya Datuk tersebut tersepit di dalam kereta yang di pandu. Keadaan agak parah tapi masih sedar. Bantuan di panggil. 

Panggilan 999 di buat. 'Ya. 999 boleh saya bantu? Nama encik siapa? Boleh saya dapat nombor IC encik? Boleh saya tau kemalangan di mana? Di kilometer berapa? Dari mana ke mana? Dekat dengan kawasan apa? Berapa orang yang cedera? Lelaki atau perempuan? Umur berapa? Ada kecederaan tak? Di mana kecederaan? Adakah mangsa masih sedar? Siapa ada di sana? Bagaimana boleh berlaku? Kemalangan melibatkan apa?' 

Ok. Sekejap! Boleh tolong sambungkan ke hospital ini...Hospital blaa...blaa...'Encik kita ikut prosedur saya sambungkan ke centre hospital dulu. Sila tunggu sebentar'. Beberapa minit kemudian ambulan sampai. Datuk tersebut di sahkan meninggal.

Fasa Ketiga

'Rabu : 20 Jun 2011 kemalangan yang berlaku semalam melibatkan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk...'. 'Punca nahas masih di siasat ekoran kejadian yang melibatkan seorang Datuk...'. 'Datuk tersebut ialah seorang yang di kehendaki SPRM akibat rasuah telah meninggalkan 2 orang balu...'.'Polis sedang menyiasat punca kemalangan...'

Orang atasan berkaitan agensi berkaitan sibuk ke hulu ke hilir. Semua menonjolkan diri berbeza seperti kebiasaan. Yang tak nampak dan susah untuk berjumpa sebelum ini, semua boleh di lihat mundar-mandir.

Mesyuarat di adakan untuk menyiasat punca utama kejadian. Semua gelisah untuk menjawab dan memberi alasan kepada media. Akhirnya beberapa minggu kemudian post mortem di terima. Punca utama kematian di sebabkan kelewatan bantuan yang di berikan. 

Realiti

Jika kamu bekerja dan berada di mana sekalipun inilah yang berlaku. Dan ini merupakan apa yang pernah aku alami. Perbezaan dan jurang ketara dapat di lihat antara individu kepada individu yang lain. Martabat di pandang berbanding nilai diri seseorang.

Fasa Pertama - Kebenaran

Kepentingan diri menjadi perkara utama dalam sesuatu perkara. Ramai yang mementingkan diri sendiri dalam membuat keputusan. Walaupun kebenaran terserlah kepada pihak yang lain, bukannya kita.

Contohnya, seperti dalam situasi Datuk tersebut. Beliau merupakan seorang yang berpengaruh, orang terhormat, orang yang di kenali tetapi menggunakan segala yang di miliki untuk menyalahi orang lain.

Dalam kes ini kereta hanya kehabisan minyak. Bukankah aspek teknikal dan penyelenggaran kereta merupakan tanggungjawab sendiri? Sebelum memulakan perjalanan pastikan segalanya lengkap. Hartawan tapi minyak tak boleh isi, apa kes? Takkan faktor kenaikan harga minyak menjadi penyebab?

Beliau perlu menerima dengan hati terbuka walaupun bantuan di terima agak lewat. Bersyukur. Kerana mudahnya masih ada yang sedia membantu dalam keadaan terdesak. Siapa lagi yang boleh di harapkan bila berada di lebuhraya? Tentulah peronda lebuhraya. Sepatutnya ucapan terima kasih di beri bukan sebaliknya. Di situ pangkat dan darjat tiada beza.

Fasa Kedua - Pentadbiran

Dalam urusan harian sekarang kita terikut dengan konsep, prosedur itu dan ini sehingga ada ketika menyusahkan. Manusia hidup seperti robot. Sistem mengawal segala pergerakan. Sepatutnya manusia yang lebih berkuasa dari robot.

Dapat di lihat terlampau banyak undang-undang di wujudkan. Tetapi perlaksanaan kebersanannya adalah amat kurang sekali. Undang-undang adakalanya membuat manusia lebih memberontak dan tidak berdisiplin. Kepentingan pentadbiran untuk mencapai target prestasi, membuatkan kita terlupa nilai insan seorang manusia.

Prosedur di buat untuk menyenangkan tetapi yang berlaku sebaliknya. Birokrasi menghalang untuk terus mendapatkan sesuatu dalam proses yang singkat.

Banyak kes yang di terima adalah di sebabkan kekangan peraturan. Banyak langkah di perlukan dalam memproses sesuatu maklumat. Akhirnya produktiviti tiada banyak beza, cuma masa di ambil menjadi lebih lama. Percaya?

Contoh mudah cuba kamu membuat panggilan kepada talian kecemasan 999. Pasti kamu akan di soal seperti seorang pesalah. Akhirnya orang yang sepatut hidup, mati akibat kelewatan bantuan. Orang yang sakit jantung, kaku di kerusi pemandu. Orang yang pengsan terus tak sedarkan diri di tandas. Salah siapa?

Fasa Ketiga - Justifikasi

Salah menyalah akan terus mengambil tempat. Setelah segala pelbagai proses akhirnya jawapan mudah dan senang, orang bawahan di persalahkan. Nak tak nak terpaksa menerima.

Jurang martabat cukup jelas kelihatan. Jika kamu mempunyai segala pengaruh pasti perkara yang salah boleh di perbetulkan dan sebaliknya berlaku. Tiada apa yang mustahil dalam menyimpan hakikat kebenaran. Akhirnya keadilan hanya menjadi tanda tanya. Ramai yang menjadi boneka akibat ketidakjujuran sistem yang berlaku.

Sepatutnya hebat bagaimana sekalipun seseorang, tiada bezanya dengan yang lain. Hubungan sesama manusia tidak mengenal sesiapa. Dalam dunia sekarang material menjadi segalanya. Sebab itu tidak hairan ia boleh berlaku.


P/s : Kemajuan banyak membawa perubahan. Sama ada perlu atau tidak bergantung kepada diri sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...