Seperti biasa untuk minggu ini, aku bangun tidur waktu tengahari. Di mana ketika matahari terpacak diatas kepala dan jika orang yang bekerja pon tentu dah siap boleh lunch lagi. Bapak pemalas gila aku ini kan. Biasalah bagi sesiapa yang bekerja syif tentu alami benda yang serupa.
Sebenarnya tengahari tadi aku ada ke pejabat pos untuk mengeluarkan sedikit simpanan ASB untuk kegunaan harian.Biasalah tengah-tengah bulan ini memang sengkek sikit. Dan seperti biasa di ketahui apabila berurusan di pejabat kerajaan perkhidmatannya memang lembab. So, terpaksa jugalah menunggu dengan sabar.
Akhirnya transaksi aku berjaya. Ada la sikit duit untuk di gunakan buat belanja harian. Aku pon beredar dan terus masuk ke dalam kereta. Sambil menunggu air-cond sejuk aku menyelak buku ASB dan periksa transaksi tadi. Tadaa..tengok-tengok dekat bawah ada tertera cetakan RM 2,500. Wow! Bila pula aku buat simpan ini. Tak pernah pula aku simpan sekaligus jumlah sebanyak ini. Paling banyak pon seribu je. Pelik-pelik.
Baru aku teringat itu rupa-rupanya dividen hasil pinjaman ASB aku. Dan ini merupakan tahun pertama aku menikmatinya. Tahun ini katanya dividen saja 7.5 tambah bonus 1.25. Memang agak memberangsangkan. Tunggu statement sampai rumah baru boleh tahu nilai sebenar. Apapun bersyukur sangat dapat juga faedah daripada simpanan tersebut.
Untuk makluman pinjaman di buat :
Cimb ASB loan : RM 50,000
Kadar interest di kenakan bank : BLR – 1.65
Dividen aku terima: ± RM 2,500
Bagaimana pula kamu? Ada simpanan dekat ASB? Mari kita kongsi bersama. Kalau kamu nak tahu maklumat asas tentang ASB boleh ke link mynewstory
Tweet
8 surat:
Tips berguna..thanks...
Pelajar dibunuh kejam, ditanam belakang rumah
dah wat waktu skolah dulu..tp pki maybank!hehe
Miecyber: hanya berkongsi pengalaman tak seberapa
atie: bagus-bagus. teruskan membuat simpanan
wah! tahniah dengan dividen yang diperolehi tu. :) rasanya ASB loan tuan masa apply masa bulan 4 @ 5 kan? :D
yup betul. buat masa bulan 4 tahun sudah. hehe :)
saya wt 35k dgn mybank,
dividen lpas dpt 3k , thun pertma...
cimb pon ada wat gak ?
setau sy rhb pon ade.....
:)
kebanyakkan bank ada tawarkan loan ni. cuma kita kena pandai pilih ang terbaik. hehe
saya ade buat dngan rhb...60k...bln 2 bru nie...brape sy akn dpt dividen tahun pertama ea..
Post a Comment