Saturday, January 15

Belajar - Pentingkah? Antara Sepenuh Atau Separuh Masa

Yahoo! Awal tahun hari tu aku secara rasminya telah membawa beg kembali. Beg? Beg apa? Yup betul. Ok dengan jayanya aku telah mendaftar menjadi student. Hari-hari asyik hantar surat saja bosan la. Mana best. Tak adventure. Apa-apapun gembira sangat dapat jadi student semula, kerana itulah niat aku yang sebenarnya. Untuk terus belajar. Dan tiada paksaan daripada sesiapa. Penantian memang berbaloi.

Bukan apa tertiba rindu rasanya. Teringatkan kenangan, di mana tidak perlu memikirkan pasal kewangan ataupun urusan lain semasa di uni. Yang penting study. Enjoy je. Cukup bulan prepaid mesti ada untuk telefon. Bukan bergayut ok. Tapi ‘Abah, adik tak ada duit dah’. Lepas tu esok dengan senyum lebarnya pergi jumpa member yang teramat kamcing. Mesin ATM. Hujung minggu pula pergi melepak. Pergi berdating-dating. Eh! terlupa aku mana ada awek, ok. Tengok member-member dating je. Itu yang betulnya.

Untuk makluman aku sambung study secara partime saja. Secara hakikatnya study sebegini tidak semudah yang di sangkakan. Belum cuba belum tau. Dah cuba baru terkinja-kinja. Memang amat meletihkan di mana setiap hari sibuk bekerja dan bila hujung mingu orang berehat, tapi kita terpaksa pergi ke kelas. Cabarannya sangat tinggi.

Baru aku sedar betapa ruginya aku semasa belajar sebelum ini. Banyak main-main. Patutlah selalu tengok mak asyik membebel-bebel je. Dan susah benar nak di dengarnya. Ala, macam tak biasa pula, masa dekat sekolah selalu kan dengar kalau buat karangan je, mesti nak pakai peribahasa seperti ‘masa itu emas kan’? Memang betul. Tetapi dah besar kelain jadinya. Betul tak?

Dan sekarang baru aku tersedar akan kepentingan masa. Kepada kamu yang masih study gunalah masa sebaik-baiknya.



Kenapa? Dari pengalaman yang tidak seberapa

Bila kamu study secara fulltime kamu dapat membahagi masa untuk beriadah, enjoy, merendek hari-hari dan menumpukan pada pelajaran. Tapi bila partime study, masa kamu terhad. Bila agaknya kamu akan study? Setiap hari kerja dan hujung minggu ke kelas. Pandai-pandailah bahagikan masa. Maksud aku bukan tidak baik buat partime. Cuma fokus kamu akan sesuatu akan berkurang sebab masa sudah terhad.

Bilamana bagi yang berkeluarga, sudah penat study dan bila balik rumah terpaksa pula untuk melayan kerenah anak dan membatinkan si isteri.Tapi aku terkecuali kalau bab ini ye. Memang perlu banyak bersabar. Tidak seperti pelajar sepenuh masa yang majoritinya masih bujang.



‘Kau ini semuanya salah. Buat itu ini semuanya tidak kena’. Orite. Sebenarnya tidak juga. Ada kebaikannya.

Dan seperti aku yang merupakan orang kebiasaan, bila bekerja kita dapat luaskan pengalaman dan boleh membiayai sendiri yuran pengajian secara tidak langsung dan keperluan untung berhutang tak timbul sangat.

Dan apabila study partime kita dapat terus mempraktikkan apa yang di ajar lecturer terus ke keadaan semasa. Secara mudahnya kaitan antara teori dan praktikal saling berlaku dan di praktikkan di tempat kerja.

Dan bila kamu sudah bersedia ke dunia pekerjaan, apabila apply sesuatu jawatan, peluang kamu untuk mendapatkan kerja itu semakin mudah. Kerana kamu mempunyai sijil dan pengalaman. Kamu ada kelebihan. Kalau tidak percaya cuba pergi kemana-mana company atau cuba main-main apply dekat jobstreet. At least, 1 year requirement experience. Betul tak? Sebab itulah ramai fresh graduate mengganggur.

Setiap orang ada caranya tersendiri. Bagaimana kamu menguruskannya yang utama. Baik secara fulltime atau partime study ada kelebihan masing masing. Yang penting jika kamu pikirkan masa depan kamu, ayuh studylah! Takkan hendak jadi macam aku ini hari-hari menghantar surat je. Dengan ilmu baru hidup kamu bahagia. Ada percaya? hehe






5 surat:

slimdiet2 said... [Reply]

bagus, tahniah. pelajaran memang penting. InsyaAllah saya akan sambung tahun depan. Sedang menyediakan dana, maklumlah dah anak 2. kalau bujang awal2 lagi saya dah sambung.InsyaAllah hingga ke PhD

Chintawangsa said... [Reply]

Well done! I follow.. in syaa Allah..

Unknown said... [Reply]

Saya pun baru nak smbung study ni kat oum..baru hari ni terasa kena sambung study jugak.. Klau x, xkn smpai tua nak panjat tiang.skrg pun dah ketor lututšŸ¤£šŸ¤£. Dah anak dua.. Masa n anak2 xde, sebab keje shift.. Harapan tahun baru bg sinaran dan semangat untuk habiskn degree di oum.. Harap2 adalah rezeki ank2 n isteri.. Insyallah azam 2019

Unknown said... [Reply]

Nak tanya la. Study parttime ni. Masa pengajian sama je ke.mengikut kos. Atau lain?

Unknown said... [Reply]

Nak tanya la. Study parttime ni. Masa pengajian sama je ke.mengikut kos. Atau lain?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...