Tuesday, June 14

Akademi Fantasia : Sejarah Tercipta?

Yahoo! Hazama menang final Akademi Fantasia ke 9 untuk musim terakhir pada tahun 2011. Ada yang suka ada yang tidak. Seperti kebiasaan dalam apa perkara semuanya perlu di terima dengan hati terbuka.

Sebelum berlangsungnya Akademi Fantasia terdapat konfrontasi dari orang ramai dan tidak menyokong kerana acara akhir ini yang akan berlangsung di Putrajaya dan berdekatan pula dengan masjid. Bagi orang Islam ini mengundang sensitivi kerana menggalakkan maksiat.

Sebelum berlangsungnya Akademi Fantasia banyak juga ceramah agama membincangkan menyertai Akademi Fantasia yang kebanyakkan sudah maklum mengenai hukumnya serta ada yang sudah maklum tetapi hanya memekakkan telinga.

Sejarah Akademi Fantasia

Rancangan hiburan yang di adaptasi daripada program La Academia dari Mexico merupakan program realiti TV yang popular berdasarkan statistik sambutan para penonton jika di bandingkan rancangan hiburan lain. 

Semua ini berdasarkan daripada jumlah undian sms pada setiap musim di mana secara kasar tidak kurang dari 4 juta undian di terima. 

Bisnes Dan Budaya

Jika di tanya Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn.Bhd. sekalipun, sudah pasti jawapan yang di terima, rancangan realiti ini telah banyak membantu dalam strategi perniagaan mereka. Bayangkan jika 50 sen di caj untuk setiap undian mesej yang di hantar? Berapakah margin tahunan keuntungan yang di catatkan?

Jika di lihat jumlah populasi umat Islam di Asia Tenggara, Malaysia merupakan negara ke-2 terbesar penganutnya selepas Indonesia. Tapi berapa keratkah yang betul-betul mengamal dan mengakui keIslamannya? 

Jika di lihat semasa rancangan realiti berlangsung pasti akan terlihat titisan air mata berlinangan di sebabkan kekalahan mahupun kemenangan di atas pentas. Apakah signifikannya? Inikah budaya yang di kehendaki? 

Adakah dengan mengecapi kemenangan dan 'bergraduasi 'dalam program ini boleh menguat dan memperkukuhkan ekonomi golongan Melayu yang majoritinya umat Islam?. 

Sebaliknya, kejayaan sebenar di lihat di mana budaya hedonisme membentuk kerohanian kita. Budaya yang terus menerus membanggakan hiburan.

Jika di kaji dari keagamaan, umat Islam amnya dan golongan Melayu khususnya telah membelanjakan berbillion ringgit untuk minum arak dan berjudi manakala terdapat beratus ribu umat Islam di Malaysia telah murtad dan keluar dari agama Islam. Salah satu sebabnya bermula dari hiburan.

Penentangan

Pasti ada yang hanya menganggpap semua ini untuk mencungkil bakat baru untuk memenuhi populasi dunia hiburan di Malaysia. Ok tidak salah. 

Tapi apa kejadahnya jika dari kecil telah di pupuk dengan pelbagai program hiburan. Ibubapa dengan anak-anak sama-sama memeriahkan, sama-sama menyokong, sama-sama menyorak rancangan seperti ini.

Tidak cukupkah bakat-bakat yang terpampang di Youtube. Tidak kurangkah band-band musik yang baru tumbuh bagai cendawan. Tidak cukup lagikah hiburan sedia ada? Apakah sebenar yang di cari? 

Tidak salah apa jenis hiburan sekalipun tetapi janganlah sampai menunjukkan tahap kebodohan kita yang melampau secara terang-terangan. Apakah kebodohannya?

1. Mendermakan duit dengan cara sms (undian) terhadap artis yang di sokong seterusnya tanpa ada kepentingan untuk diri sendiri yang di perolehi. Kepuasan yang di peroleh bersifat sementara yang tak berbaloi jika di hitung dan di congak.

2. Menggadaikan maruah. Kebanyakkan props, pakaian serta hiasan yang berlebihan di tunjukkan. Tambah pula kepada spesis gila seks seperti aku akan membawa kesan negatif kepada psikologi. Di mana hanya dapat melihat, membayangkan serta berimaginasi saja tanpa dapat menikmati 'realiti' sebenar.

3. Asbab yang leceh. Sebagai manusia dan rakyat Malaysia sepatutnya banyak lagi perkara penting yang perlu di fikir dan di risaukan. Gejala rasuah, kepincangan dalam politik, masalah sosial, etc.

Cara terbaik menanganinya?

Sedar dan sedar serta sedar...


P's : Kebodohan tiada tanda aras untuk mengukurnya. Tetapi kebodohan dapat di lihat dengan perlakuan yang di tunjukkan. Berkata bodoh kepada orang lain tidak bermaksud untuk mengkritik. Tetapi mengkritik adakalanya di pandang remeh dan di salah anggap oleh seseorang yang bodoh. 

2 surat:

Encik Amman said... [Reply]

gua sangat2 tak berminat dengan AF. nanti yg naik n berjaya pun berapa kerat je. sangat2 membazir untuk mengundi mereka. tak ade apa2 pun gua dapat.

Zulfikar Hazri said... [Reply]

AF...menyembunyikan consumerism dengan alasan mencungkil bakat baru...

AF menyembunyikan keuntungan secara bodoh dengan skrip Paknil mengundang airmata dan undi simpati...

Af menyembunyikan kebodohan dengan Hype yang beterusan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...