Wednesday, June 15

Aku Seorang Jutawan : Realiti Sebenar

Jika aku seorang jutawan akan di sedekahkan sebahagian harta ke rumah anak yatim. Membantu golongan susah yang hidup sebatang kara di dunia untuk bersama-sama berkongsi nikmat dan anugerah yang telah di berikan yang telah di kecapi. 

Sebabnya kerana golongan ini lebih memerlukan bantuan dari orang ramai untuk meneruskan kehidupan. Mereka juga seorang insan yang memerlukan keperluan asas seperti pakaian, tempat tinggal, makanan serta pendidikan yang sempurna seperti orang lain.

Jika aku seorang jutawan akan di binakan masjid, pusat kebajikan, rumah orang tua serta tidak lupa akan mendermakan sebahagian duit untuk amal jariah. Semuanya seperti yang di tuntut oleh agama iaitu hubungan baik sesama insan. 

Jika aku seorang jutawan aku akan menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci Mekah. Jika berkemampuan seluruh keluarga akan di bawa sekali menunaikan rukun Islam yang terakhir. Ini sebagai tanda syukur atas rezeki yang telah di kurniakan.

Jika aku seorang jutawan akan aku bukakan sebuah empayar perniagaan dalam usia yang muda. Kebanyakkan duit akan di salurkan sebagai pelaburan di masa hadapan. Bisnes ini seterusnya akan di luaskan dengan penubuhan cawangan-cawangan serta franchais baru. Kalau boleh sehingga melepasi keluar negara. 

Jika aku seorang jutawan segala macam impian dan hajat akan di pastikan di tunaikan. Anak-anak akan di beri pendidikan yang sempurna. Isteri akan di layan sebagai seorang permaisuri. Hidup aku akan di bina seperti dalam sebuah istana yang indah.

Ok fullstop. Lupakan sebentar dunia Mat Jenin. Kembali ke realiti.

Pendapatan kasar bulanan rakyat Malaysia khususnya Bumiputera berada dalam lingkungan lebih kurang RM 3600 sebulan. Pasti ada menyangka ia suatu nilai yang agak tinggi kan? Hakikatnya ia merupakan jumlah terendah di bandingkan nisbah antara kaum lain.

Kemiskinan tegar di Malaysia setiap tahun mencatat pengurangan sejak tahun 1984. Tapi setiap tahun ranking utama tetap di pegang oleh golongan Bumiputera.

Ekonomi Malaysia di pegang oleh kebanyakkan Bumiputera tetapi semuanya hanyalah minoriti dari keseluruhan yang menjana dan menyumbang pendapatan kepada negara.

Malaysia merupakan top 20 gejala rasuah tertinggi di dunia. Tapi menyedihkan lagi di dalam Malaysia golongan yang mengambil rasuah tertinggi di catatkan oleh pekerja di sektor awam yang majoriti golongan Bumiputera.

Walaupun Islam agama yang mudah dan merupakan agama rasmi di Malaysia, kadar kes penceraian, penzinaan dan masalah sosial umat Islam mengatasi kaum lain.   

Ok fullstop. Lupakan dunia realiti. Kembali ke dunia kehidupan azali yang sebenar.

Malaysia merupakan antara negara yang mengamalkan sistem Westminster iaitu demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan. Tetapi sejak akhir ini kebersanan sistem ini boleh di pertikaikan di mana jelas kepincangan yang berlaku. Buktinya rakyat 'memberontak' di setiap sudut.

Perbalahan politik yang kebanyakkan berlaku sesama kaum sendiri mengundang bahan jenaka kepada kaum lain. Tapi kita masih terus saling salah menyalahkan sesama sendiri. 

Semuanya bermula dan di sebabkan oleh desakan autoriti akan pemerintahan orang Melayu. Maksudnya desakan ke atas pemimpin negara (Perdana Menteri). Setiap hari berita melaporkan korupsi serta penyelewengan yang berlaku oleh pemimpin dalam pemerintahan negara.

Orang Melayu merupakan penghibur sejati. Dunia hiburan merupakan sanjungan dan sajian setiap lapisan, baik yang muda, remaja, dewasa mahupun yang tua. 

Dulu masa kecil jika di tanya apakah cita-cita bila besar? Jawapan yang di terima pasti untuk menjadi seorang doktor atau cikgu tetapi sekarang kemungkinan besar jawapan seperti penghibur, penyanyi, pelakon dan model lebih menjadi keutamaan. 

Masyarakat luar bandar merupakan mangsa utama akibat permasalahan negara. Kenaikan harga keperluan asas, kemudahan infrastruktur mahupun pembangunan yang berlaku memberi kesan terhadap kehidupan yang semuanya memerlukan perbelanjaan mengatasi jumlah pendapatan.

Untuk memberi gambaran jelas kehidupan orang Melayu adalah suatu yang mustahil. Perumpamaan sebenar boleh di lihat melalui filem-filem yang di tayangkan. Kamu hanya perlu reversation segala yang di pertontonkan. Kerana mudahnya hampir keseluruhan filem yang di lakonkan bertentangan dengan realiti sebenar.  

Kembali ke topik asal

Jika di ikutkan segala yang di ungkapkan adalah sukar untuk menjadi seorang jutawan. Tapi itu semua bukanlah suatu yang mustahil untuk berlaku. 

Dalam Islam isu menjadi jutawan atau tidak bukanlah tujuan sebenar. Kepentingan bila mana hubungan antara pencipta, hubungan antara insan dan hubungan antara persekitaran bergerak seiring adalah yang utama. 

Sebagai seorang yang mempunyai kebolehan serta kekurangan diri adakah kita masih lagi di buai mimpi indah? Bercakap mengenai angan-angan semua orang boleh lakukan tetapi perlaksanaannya amatlah sukar di lakukan. 



P/s : Sila tinggalkan dongengan Mat Jenin. Kembali kepada realiti sebenar.

Gambar : redbubble

3 surat:

Cik Rose Cute said... [Reply]

Alhamdullilah...ada niat murni tu...

syahnabil said... [Reply]

Assalamualaikum...dalam Islam memang bukan jutawan yang menjadi target utama namun maksud daripada Sabda Rasulullah SAW menyebut " Muslim Yang Kaya adalah lebih baik daripada Muslim yang miskin."

agak-agak kenapa ya... ??

sebabnya ada dalam artikel tuan...Wallahua'lam...

belogkiter said... [Reply]

insyallah.. cuma rasa bersyukur apa yang ada.. tapi kalaulah jadi jutawan.. alhamdulillah... dan moga moga tak lupa diri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...