Masa aku kecil-kecil dulu waktu rehat akan di gunakan sepenuhnya. Orang lain sibuk pergi kantin makan, aku dengan beberapa member lain sibuk main pusing-pusing syiling atas meja dekat tepi koridor. Teka antara sing atau kong. Siapa menang duit syiling tu ambil. Sehinggalah syiling dalam poket semua habis. Selalunya syiling 10 sen jadi fevret.
Bila besar sikit aku masuk sekolah asrama. Seperti kebiasaan belajar sesuatu yang membosankan. Tengok saja buku mata terus kuyu. Baru duduk atas kerusi nak buat assignment terasa malas teramat. Di asrama bila malam lagilah membosankan. Aktiviti terhad. Akhirnya, pergi bilik member lain lepak ramai-ramai. Keluarkan kad. Main pok den. Memang meriah.
Lepas SPM aku masuk uni. Bila malam lepak layan bola dekat maple. Kalau tak ada bola mesti pergi juga maple. Akan tertayang cerita Stephen Chow. Layan semuanya.
Dan bila ada babak-babak berjudi aku memang excited sikit. Teruja tengok game poker. Selalu bila sampai tahap koala bear beraksi atas pokok, aku akan stay overnight saja layan Texas Hold'em dekat aplikasi facebook.
Kalau di Eropah poker suatu permainan yang menguntungkan. Kebanyakkan menjadikannya sebagai kerjaya. Dan kebanyakkan bergelar bilionaire. Tapi aku hairan kenapa di Malaysia semakin berjudi semakin miskin hina jadinya.
Akhirnya, kesimpulan mudah yang aku nampak, poker memang suatu permainan yang mencabar jika kena caranya. Bukan calang-calang orang yang boleh main. Kerana permainan ini melibatkan taruhan duit dan kekadang mengundang kecelakaan kepada diri sendiri. Bagi aku kadangkala poker ini, dalam kehidupan ada kebaikannya.
1. Kamu boleh belajar banyak mengenai orang lain dengan belajar mengenali diri kamu sendiri
Jika main poker mesti terpegun melihat dengan rancaknya poker hand membuang kad kepada pemain. Tambah pula sebelum tu di sajikan dengan kelincahan dia 'mengecong' kad. Memang terpaku sebentar. Semuanya menarik perhatian kita untuk lebih tertarik untuk bermain. *Aku tak tahu istilah tepat bagi perkataan mengecong. Untuk makluman di mana orang yang bertanggungjawab membuatkan kad berselerak dari keadaan asalnya.
Jadi secara mudahnya apa yang boleh di praktikkan ke atas diri kamu? Jika kamu sedar bila kamu telah berada di dalam sesuatu keadaan yang beremosi, kamu boleh lihat dari situ perangai kamu berubah. Secara tidak langsung kamu belajar sesuatu yang baru. Maklumat yang mana amat membantu dalam keadaan tertentu.
Contohnya, kamu melihat seseorang bagi ucapan, kamu boleh rasa dan buat andaian sendiri adakah ianya bosan atau kamu betul-betul berjaya tumpukan perhatian dan menunjukkan sifat minat dengan ucapan tersebut. Sama jugalah bila kamu yang memberi ucapan di depan, dapat di lihat pelbagai reaksi dari audiens. Ada yang menyandar, ada yang senyum, ada yang tergaru-garu kepala.
Dari konteks lain kamu dapat faham fisiologi kamu yang seakan sama dengan orang lain. Seterusnya proses pembelajaran berlaku. Kamu akan lebih memahami apakah sebenar yang berlaku dari perspektif lain.
Itulah sebenar kehidupan. Kita perlu menyelami perasaan orang lain baru kita dapat memajukan diri sendiri. Jika kita seorang berpendapatan cuba-cubalah melihat kehidupan orang yang tidak kemampuan. Baru kita tahu penderitaan yang di alami mereka.
Samalah juga kalau ada duit lebih bawa-bawalah belanja aku KFC, Popeye's, Secret Recipe ke. Barulah rezeki tu dapat di kongsi bersama :)
2. Kamu boleh belajar banyak mengenai diri kamu dengan belajar mengenai orang lain
Ini bertentangan. Dengan melihat orang lain semasa bermain poker dan kemudian melihat berapa ramai yang sedang bermain, kamu secara tidak langsung telah berhubung dengan kelakuan tersebut untuk mendapatkan maklumat. Dari situ kamu dengan mudahnya boleh membaca fisiologi orang lain.
Istilah mudahnya belajar dari pemain poker yang lain. Bagaimana reaksi mereka semasa menerima kad yang bagus atau sebaliknya. Semasa melakukan taruhan. Dan bila keadaan psikologi orang lain semasa membuat keputusan. Konsep yang di perlukan semasa bermain.
Jadi apakah yang di pelajari? Bila kamu berapa di dunia realiti cara manipulasi inilah yang di perlukan. Dengan belajar dari seseorang yang berpengalaman, kamu boleh kawal segala respon yang kamu mahu. Memang kedengaran seperti memanipulasikan dan menyalahgunakan sesuatu.
Tapi hakikatnya inilah yang telah lama di lakukan oleh TV komersil. Memanipulasikan kamu setiap masa untuk kepentingan bisnes mereka. Sama jugalah taktik yang di gunakan oleh ahli politik dalam menarik minat penyokongnya malah blogger sendiri dalam menarik trafik ke blog mereka. Sesuatu yang kelihatan bodoh tetapi rasional di lakukan untuk kebaikan.
Dalam kehidupan kamu perlu bijak mencuri peluang. Bijak memanipulasikan sesuatu untuk kebaikan. Belajar dari yang berpengalaman. Bukannya bodoh sepi seorang diri. Normal bagi orang biasa. Ada yang kita tahu ada kalanya kita terlepas pandang dan bermegah dengan apa yang ada.
3. Kedua-dua kepandaian dan naluri boleh memberi input dalam membuat keputusan
Dalam permainan poker logik akal ada masanya sesuatu yang betul dan adakalanya naluri juga betul di gunakan. Kekadang mereka setuju, kekadang mereka tidak.
Dalam kehidupan secara umumnya kamu lebih banyak pilihan daripada hanya terus membuat taruhan, menaikkan taruhan atau menyerah kalah. Kehidupan lebih terbuka bila logik dan naluri tidak bersetuju, kekadang jalan terbaik adalah tidak memilih langsung apa-apa sekalipun tetapi melihat kedua-dua cara tersebut sebagai alternatif yang ketiga.
Bila logik dan naluri tidak bersetuju, cuba melangkah kebelakang semula dan melihat situasi tersebut dalam perspektif berbeza. Mungkin dulu ikut logik semata-mata untuk membuktikan naluri tersebut adalah betul. Di mana intelek di abaikan untuk di sesuaikan dalam keadaan semasa.
Tapi orang kata kalau nak maju jangan pandang belakang? Persoalannya semula perlukah terus-menerus mendongak ke depan jika apa yang di lakukan itu salah?
Contoh mudahnya kamu dalam keadaan yang kemuncak permasalahan di mana memerlukan duit dengan cepat. Dari di kejar samseng seperti KL Gangster, apakah jalan yang terbaik perlu di lakukan. Fakta-fakta ketika itu tiada gunanya. So, akal dan nalurilah yang membuat segala keputusan. Jalan termudah meminjam dengan aku yang terbukti dapat memberi pinjaman yang lebih terjamin. Amacam?
4. Jangan jadi 'fish'
'Fish' dalam permainan poker adalah sesuatu yang teruk. Kerana mereka tidak pernah untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam permainan. Lebih lama main lebih loser jadinya. Kata lainnya, semakin lama main semakin bertambah-tambah tahap kebengapannya.
Pemain yang baik bilamana belajar segala peraturan permainan dan meningkatkan kemahiran. Mereka membuang segala perasaan negatif yang akan menjatuhkan orang lain.
Adakah sama dalam kehidupan? Realitinya jika kamu tidak menjaga kesihatan, perhubungan ataupun kewangan kamu pastilah kamu sudah boleh mengucapkan selamat tinggal dunia cepat-cepat.
5. Kamu boleh untuk tidak membuat kesilapan tetapi kamu tetap kalah
Dalam poker kamu boleh terus bertaruh dan bertaruh. Kemungkinan juga kamu mengetahui dalam situasi di mana pemain lain akan menarik diri untuk tidak terus memberi keuntungan dan kemenangan kepada kamu.
Samalah dalam kehidupan. Kamu boleh bermain dengan baik tetapi akhirnya tetap kalah. Tidak ada jaminan dalam kad. Hanya betul-betul penipuan jaminan ialah kamu buat yang terbaik. Fokus dalam berusaha dan membuat keputusan yang betul. Biarkan segalanya pada takdir selepas itu.
Jadi nasihat aku kepada kaki-kaki judi di Malaysia teruskan aktiviti kamu. Contohilah mereka yang telah berjaya. Berusaha sehingga kamu berjaya menjadi billionaire. Bila dah berjaya nanti ingat-ingatlah aku. Banyak jenis permainan yang aku belum expert lagi.
Bagi yang baru, berjinak-jinaklah bermain poker. Mungkin satu hari nanti kamu boleh jadi God of Gambler siapa tahu?
P/s : Cepat-cepat siapa nak betting. Ringgit Malaysia only no Rupiah ok. haha
Gambar : Google
2 surat:
naseb lah baik aku tak suka main menatang ni
ahaha
haram........main chess jela..mencabar minda juga....
Post a Comment