Wednesday, July 27

Beg Udara : Harga Kereta Jadi Lebih Mahal?

Ramai tak puas hati dan komplen harga kereta import di Malaysia mahal. Kereta tempatan pula kualiti agak mendukacitakan. Faktor-faktor seperti duti eksais, duti import, kos tambang kapal, peluang kepada pemegang AP Bumiputera (Approved Permit) untuk berbisnes, jenis kenderaan CBU (pasang siap) atau CKD (pasang di Malaysia), untuk mengukuh dan melindungi industri automobil negara, marketing strategy dan pelbagai lagi alasan yang sering di dengar. Faktor-faktor penyumbang kepada harga sesuatu kereta.

Lupakan semuanya kerana jika nak di kaji dan selidik pelbagai alasan boleh di terima. Baru-baru ini Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha mengulas setiap kenderaan perlu di pasang dengan beg udara (air bags) mulai tahun depan kecuali kenderaan pacuan empat roda. Ini sebagai usaha mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalanraya.

Harga Kereta Mahal?

Kalau betul beg udara (air bags) akan di wajibkan kepada semua kereta di Malaysia bagi aku memang bagus sekali. Cuma persoalannya kenapa sekarang baru nak mula? Kenapa tidak 10 atau 15 tahun yang lalu? Ok lupakan sebentar. Mungkin kerajaan sudah sedar kepentingan akan ciri-ciri keselamatan pada kenderaan perlu di perhebatkan. Tahniah.

Jika di pandang ke negara Eropah atau negara maju yang lain, aspek keselamatan amat di tekankan dalam apa perkara sekalipun. Dalam pembinaan sesebuah kereta terutamanya, ciri-ciri keselamatan merupakan aspek penting semasa penghasilan di samping kos pembuatan. Harga kereta kemungkinan akan meningkat tetapi dengan kualiti yang di hasilkan pengguna berbaloi untuk memilikinya.

Di Malaysia sendiri pembuatan kereta sudah tentulah menepati piawaian yang di tetapkan. Tak di nafikan sebelum sesebuah kereta di pasarkan. Dari bahan mentah, rekabentuk, proses pembuatan (komponen, casis, badan, cat, hiasan dalaman, etc) sehinggalah ke kawalan kualiti dan akhirnya produk di hasilkan. Semuanya melalui pelbagai peringkat dan selamat untuk di pandu. Adakah hanya selamat semasa pemanduan sudah cukup?

Rakyat Malaysia secara amnya kurang menitikberatkan aspek keselamatan. Di sebabkan itulah alat-alat keselamatan sampingan tidak di ambil berat. Mungkin kerana akan melibatkan kos yang lebih. Atau juga dapat sebuah kereta murah, mampu milik dan boleh bawa berjalan dah kira ok. Apa nak kisah sangat.

Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa. Malang tak berbau. So bukankah menangani adalah lebih baik? Sepatutnya isu beg udara (air bags) tidak perlu di risaukan dan menjadi beban kepada pengguna. Jika di ikutkan harga pasaran beg udara minimum sekitar RM 1 500 saja. Di hitung balik dengan penggunaannya dan dari segi kehidupan kita pada masa depan adakah itu sangat membebankan? Perkara ini tidak sepatutnya terjadi.

Mentaliti

Aku sangat berbangga menjadi rakyat Malaysia dan berbangga dengan pencapaian industri automobil negara. Lupakan sebentar mengenai isu korupsi mahupun penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran. Dan alangkah bagus jika rakyat Malaysia lebih mementingkan aspek keselamatan kenderaan mereka. Bukannya mementingkan 'kecantikkan' kereta semata-mata.

Sebelum ini isu tali pinggang keledar (seatbelt) sudah berjaya di laksanakan. Dan tak mustahil setiap kenderaan akan mempunyai beg udara pada tahun hadapan boleh tercapai. Cuma adakah tercapai mesej itu sudah cukup? Dari sini boleh di lihat perlaksanaannya agak kurang di praktikkan. Di jalanraya berapa ramaikah yang yang menggunakan seatbelt semasa memandu? Kebanyakkan lebih suka membuat hiasan. Di biar terjurai di sisi badan saja.

Berbalik kepada topik, selepas ini di harap alat-alat keselamatan kenderaan yang lain perlu di wajibkan juga. Ini kerana ia amat membantu kita menghadapi semasa situasi cemas sama ada kemalangan atau perkara yang tak di jangka semasa pemanduan. Melabur sedikit untuk keselamatan diri sendiri apalah sangat kan?







P/s : Keselamatan di utamakan. Ingatlah 'future' orang tersayang =)

1 surat:

yusuf Laili said... [Reply]

Salam;
Yes..setuju sangat.!!
P/S; pandu cermat nyawa selamat..ingatkan org tersayang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...