Semua orang pasti nak pertahankan pendapat dan idea sendiri. Kamu buat semua salah cuma aku sorang je yang betul. Perselisihan ideologi terutama umat Islam sendiri jelas dapat di lihat setiap hari. Tak kisahlah jika melibatkan pertempuran darah, perbezaan mazhab antara Syiah atau Sunni, ideologi kapir mengkapir sesama sendiri takpun dalam hal politik. Perang ini sentiasa berterusan.
Setiap masalah ada penyelesaian. Cuma lagi bermasalah, bilamana umat Islam sendiri tak yakin pasal hal ehwal Islam, tak berpegang dengan kitab dan hadis. Asasnya jika sebut pasal ekonomi sekalipun, Islamlah terbaik.
Tapi, kebenaran di tonjol tak sedemikian. Sebut je pasal Islam pasti keganasan, perpecahan malah kemiskinan terngiyang-ngiang. Islam kena condem sana sini. Dari pelbagai sudut. Sebab utamanya berpunca, bilamana sudut zahir telah menyerap ke dalam dalaman agama tu sendiri.
Sampai sekarang sekalipun, krebiliti Islam terus di cabar. Penghinaan demi penghinaan di sebarkan. Isu murtad, tukar agama, gay, lesbian, pengkid, homoseks dan segala macam lagi terang-terangan di suarakan di khayalak umum tanpa segan. Perasaan takut dan malu-malu dah tak ada. So, nak salahkan siapa? Kenapa berlaku?
Dalam isu murtad contohnya, apakah tindakan yang telah di ambil? Tak perlu salahkan Islam atau orang bukan Islam. Sebaliknya perlu di salahkan kepada orang yang mengamalkan Islam itu sendiri. Semua berlaku sebab semua dah tak peduli pasal bangsa, ekonomi dan kewangan Islam sendiri. Semua buat hal masing-masing. Semua pentingkan kepentingan untuk diri sendiri dulu.
Politik ialah alat untuk bekerja bukan segala-galanya yang akhirnya membawa kepada perpecahan. Orang Islam fanatik dan sibuk berpolitik. Tapi dalam diam mubaligh lain lagi sibuk memurtadkan orang Melayu. Segala macam cara di gunakan untuk menarik perhatian dan goncang akidah mereka yang dalam kesempitan contohnya. Jangan salahkan mereka sebab itu kerja mereka.
Berbalik kepada asasnya kerana fahaman politik berbeza, kita sampai benci habis-habisan sesama sendiri. Perpecahan berlaku. Akhirnya orang bukan Islam dapat profit. Politik sampai bila bila tetap politik.
So, bila berlaku fitnah atau selisih pendapat apa nak buat? Kalau berdiam nanti orang cakap kita penakut., tak tau pertahankan hak sendiri. Tapi itulah hakikat sebaik-baiknya. Berdiam. Jangan campur tangan. Kalau ada protes atau demokrasi baik dok umah senyap-senyap. Makan je kacang dengan family apa nak di susahkan.
Apa yang berlaku? Sebaliknya terjadi. Bila ada perbezaan pendapat pasti rusuhan akan di buat. Ramai-ramai akan sertai berarak ke sana sini. Sebab tu sampai bila-bila pon isu seperti ni tak boleh nak selesai. Ibarat api bara kita curah minyak tanah, pastilah makin marak di buatnya.
Imbas kembali sejarah moden. Isu mengenai peperangan di Iraq. Apa yang orang ramai faham? Bagaimana terjadi? Kenapa terjadi? Siapa bertanggungjawab? Mudahnya, konflik bermula, pastu kemarahan rakyat Iraq sepastinya meningkat ke atas kerajaan kejam pimpinan Saddam Hussin.
Jalan mudah dan singkat di ambil. Rakyat Iraq telah membantu musuh utama, US untuk menceroboh negara sendiri. Campur tangan kuasa berlaku. Hero yang kononnya muncul di angkat martabatnya. Keputusannya, sampai sekarang bagaimanakah keadaan Iraq? Siapa sebenarnya yang lagi kejam? Adakah masih aman seperti dulu? Tidak sama sekali. Kerana perselisihan yang berkesudahan dengan kekacauan mustahil untuk pulih seperti sebelumnya. Ia akan memburukkan lagi keadaan.
Dari sejarah Islam sendiri bagaimana boleh di lihat pertengkaran antara Habil dan Qabil, anak Nabi Adam A.S. Kerana perempuan Qabil sanggup bunuh Habil. Kalau ikutkan boleh je Habil nak melawan tapi dia merelakan pembunuhan tersebut berlaku. Sebabnya dia memahami Islam. Dia percaya akan kewujudan dan pembalasan di dunia dan di akhirat. Di mana juga tujuan Qabil membunuh bukan kerana Allah.
Dalam perebutan harta pusaka yang melibatkan umat Islam contohnya nabi sendiri ada bagi tegaskan, jangan sampai putuskan silaturrahim. Tapi yang berlaku sekarang? Selagi nafsu tak di ikut oleh orang lain, selagi itu proses condem akan di teruskan walaupun mengggadaikan agama sendiri.
Apakah kesudahannya? Kalau nak hentam orang lain sampai kesudah tak ada penyelesaian. Selagi Islam sebenar tak di prakttikkan melalui pendamaian percayalah kita akan terus hidup dengan berpecah. Persoalannya lagi adakah Islam ajar umatnya untuk bermusuh? Meskipun dengan Kristian atau agama apa sekalipun di dunia ni apatah dengan orang seagama?
P/s: Diam tak bererti kalah, diam tak semesti bersalah.
1 surat:
Salam;
bagus entry..aku suka entry berbentuk persoalan,kesedaran dan kefahaman..TQ.
Post a Comment