Saturday, August 6

Mr. Bean : Kemalangan Supercar McLaren F1

Aku membesar dengan silent komedi terkenal Rowan Atkinson. Kalau kecik-kecik dulu pasti pecah perut dok tahan gelak. Khamis lepas Rowan Atkinson atau Mr. Bean telah terbabit dalam kemalangan. Dia hanya mengalami kecederaan minor saja.

Teringat dua bulan lepas juga dekat Sepang ada kes pemandu Lamborghini Murcielgo yang telah mencium BMW M5 akibat kekebalan tahap pemanduannya. Kesamaannya dua-dua kes melibatkan supercar. Beza pula Mr. Bean yang sememangnya 'selenga' telah berjaya buktikan kesengalannya sekali lagi tapi dalam arena permotoran.

'Saya merupakan peminat supercar. Apa guna ada kereta supercar kalau tak try test tahap prestasinya. So berbekalkan koleksi supercar McLaren F1, pada satu petang yang hening saya telah berjaya memecut sehingga ke kelajuan 240 mph. Pencapaian mengagumkan di sebatang jalan kejiranan di Haddon.' ujar Mr. Bean.

Di tanya mengenai aspek keselamatan pula, tambahnya lagi, 

'Malang tak berbau. Kereta saya telah hilang kawalan lalu skidded melanggar pokok. Nasib saya selamat. Tahap safety kereta ni memang agak memuaskan. Saya cuma mengalami patah bahu. Apa-apapun saya tak menyalahkan sesiapa kerana semuanya sudah suratan takdir. Sebagai manusia kita kena terima dengan hati terbuka akibat kesalahan sendiri.'

Semalam di beritakan Mr. Bean mulai pulih dari kecederaan. Mr. Bean yang sebelum ini juga pernah menyertai Rancangan Top Gear pada bulan lalu. Dia mencatat masa terpantas antara selebriti lain dalam ujian pemanduan untuk segmen 'reasonably priced car'. Masa di ambik hanya 42 saat sepusingan. Mungkin itu inspirasi kepada dia untuk mencuba drag pula dekat jalan biasa. haha

Kereta Mr. Bean after skidded on wet road condition. Kebaboomm...


P/s : Memandu berhati-hati. Raya dah tak lama lagi yo!


Sumber : TheSun


1 surat:

Unknown said... [Reply]

Mr Bean tipu....mati2 selama ni I igt dia pakai keta ijau tu je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...