Thursday, August 18

Kontroversi Raya : Nurul Sopan, Glow & Glamour Minta Maaf

Kecoh pasal iklan dari pihak Glow & Glamour mengenai promosi hari raya. Penyanyi tersohor dan juga merangkap duta kepada syarikat tersebut, Nurul di lihat bergambar seksi berlatar belakangkan suasana masjid dengan baju yang mendedahkan kulit putih mulusnya.

Isu ini mendapat perhatian kerana ia melibatkan sensitiviti agama. Tambahan pula, dalam suasana di bulan Ramadhan sesiapa saja boleh tergugat nafsunya bila melihat. Lebih bahaya boleh membuatkan puasa seseorang terbatal.

Bila di tanya kenapa perkara tersebut boleh berlaku. Ini antara jawapan yang di terima.


''Saya sebagai duta hanya menjalankan tugas untuk promosi. Mengenai baju, masa shooting dekat greenscreen je, baju pon pakai ikut apa yang di beri. Tak tau pula akan jadi macam ni. Kepada peminat, pengkritik, penasihat, media serta blogger terima kasih sebab alert. Tapi tak payah la perbesarkan sangat isu ini. Jika di bandingkan kamu pon sama je. Menyebar gambar ni bukankah boleh di kira sebagai subhah juga tu?" ujar Nuurul.


Tambah lagi, designer Aisha (bukan nama sebenar) "Kami bagi pihak designer dan wakil kepada Glow & Glamour ingin meminta maaf sesangat. Ini mungkin kesilapan teknikal semasa melakukan editing. Sebenarnya gambar church tapi sebaliknya berlaku. Tup..tup...terkeluar gambar masjid. Sebab tergesa-gesa raya pon dah tak lama, macam ni jadinya. Biasalah setiap manusia pasti lakukan kekhilafan kan? Apa-apapun kami akan cuba perbaiki keadaan ini''


Telefon di letak. Perbualan terputus. Selang beberapa minit email di terima. Dalam email tersebut di attach gambar sebelum dan selepas yang lebih sopan dan sesuai untuk tatapan masyarakat pelbagai lapisan umur.

Cuma agak terkilan susuk tubuh masih dalam keadaan asal. Sebabnya designer kami masih was-was dan blur-blur sotong sikit. Takut nak edit. Bukankah mengubah ciptaan Ilahi sesuatu yang berdosa kan? Harap isu seperti ini tak timbul lagi. Sekian. 


 




P/s : Sekali tengok geleng-geleng kepala. Dua kali tengok speechless. So, dah tau macam tu dok khusyuk tengok lagi apsal? 


6 surat:

wa khairul onggon said... [Reply]

Ish ish ish...

Cahaya Mata @ Nurul Are Inn said... [Reply]

stiap manusia mlkukan ksilapn..

Dayana Aj said... [Reply]

entah hape2..

akmal said... [Reply]

inilah pun peluang janda nak menggatal tayang badan..

csuciani said... [Reply]

cian xtw nnk slh kn sape? org yg design kot..dh tentu2 nurul amik gamba dpn tirai hijau

Liza @ Adzriel AB said... [Reply]

nampak sangat iklan menipu. depa boleh edit suka hati je kan. yg gemuk boleh slim dgn edit je walau pun realitinya tidak slim pun. contoh aje!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...