Tuesday, August 2

Perlaksanaan Boikot : Berjayakah?

Secara umumnya selamat menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan ini kepada semua umat Islam. Bila datang Ramadan pelbagai fadhilat, hadis dan ceramah-ceramah yang membincangkan mengenai keistimewaan Ramadan boleh di peroleh dengan mudah. Semuanya untuk mengajak kita lebih istiqamah dalam bulan ini.

Istilah boikot bukan asing lagi dalam negara kita. Selalunya akan terjadi bila timbul perkara sensitif yang melibatkan umat Islam. Sama ada mengenai pemakanan, barangan harian, pemprosesan produk yang tidak ikut syarak ataupun melibatkan hak kemanusiaan seseorang.

Orang Yahudi tidak akan berasa puas selagi tidak dapat menghancurkan umat-umat agama lain di dunia seperti Islam dan Kristian.

Aku sangat menyokong usaha memboikot tetapi tidak bersetuju dengan cara perlaksanaanya. Semua orang boleh bercakap pasal boikot. 'Weh jom boikot barang jenama ni, jangan beli barang Yahudi, mai pakat-pakat boo Yossi Benayoun bila Chelsea lawan Malaysia nanti'. 

Ramadan baru bermula dan buah kurma amat sinonim dengan masyarakat Islam. Terbaru ada pihak menyebarkan flyers untuk memboikot produk Yahudi. Kurma yang di proses dan di eksport oleh Israel ke negara Afrika, Singapura seterusnya kemungkinan akan sampai ke Malaysia. 






















Selama berabad hidup di Malaysia terasa agak kelakar bila isu boikot di timbulkan. Siapakah boleh senarai kejayaan dalam memboikot produk Israel? Produk apakah yang telah di haramkan masuk di Malaysia ini? Sungguhpun satu di haramkan sepuluh lagi di 'halal'kan dan menjadi barangan harian orang Islam. Itu hakikat sebenar.

Boikot tidak akan berjaya sekiranya tiada strategi di aturkan. Sebelum menang cara untuk mendapatkan hasil kemenangan perlu di usahakan. Kalau setakat duk kedai kopi asyik bersembang dan melepak bagaimana boikot nak berjaya? So jadilah seperti yang dapat di lihat sekarang. Sepanduk-sepanduk, banner di gantung dan flyers di edar tetapi keputusan habuk pon tarak.

Kamu ingin menentang Yahudi tetapi kamu sendiri menggunakan produk mereka. Sebab itu Yahudi tidak pernah bimbang. Dalam aspek pertahanan negara sendiri kita membeli senjata dari Amerka. Sistem angkatan tentera, sistem risikan, jet pejuang, kapal terbang negara kita kebanyakkan menggunakan tekonologi mereka. Semuanya rahsia ada dalam buku manual mereka. So bagaimana nak mendapatkan hasil kalau macam tu? Kita di kawal oleh mereka. Kamu menentang orang yang mencipta peralatan itu sendiri.

Kamu marah dengan Yahudi tetapi kamu melawan mengikut cara Yahudi. Contoh mudah semasa ingin mengenang rakyat Palestin dan Gaza yang terhimpit di bumi sendiri. Konsert amal di adakan untuk mengutip dana. Keputusan boleh di lihat sendiri apakah sumbangan ketara yang boleh di lihat? Rakyat Palestin tetap seperti itu. Kerana sebabnya kita lawan Yahudi dan bantu Palestin bukan dengan cara yang betul yang di tuntut Islam.

Bersatu padu merupakan perkara asas untuk melawan dan seterusnya memboikot produk Israel. Selagi umat Islam berpecah belah sampai ke sudah kita akan dapat lihat sandiwara seperti ini akan terus berlaku. Tiada kejayaan akan tercapai. Percayalalah!

Jika Malaysia dan majoriti umat Islam betul-betul untuk boikot barangan Yahudi kita perlu membangunkan ekonomi Islam itu sendiri. Mencari alternatif lain untuk segala jenis barang Yahudi. Bekerjasama dan mewujudkan jaringan dengan negara Islam lain. Termasuk dari aspek barangan pemakanan, pertahanan negara serta sistem pentadbiran berlandaskan Islam.

Kita perlu mengenali musuh. Bagaimanakah mentaliti, sikap dan perangainya barulah secara psikolgi kita boleh berjaya. Kalau dok shopping kat Tesco, Giant dan pasaraya besar lain pastu hoi sana hoi sini dan sebut pasal boikot baik lupakan saja. Sampai ke sudah tiada kejayaan di capai. Selagi berbangga dengan teknologi yang sedia ada tetapi bukan kita mencipta, selagi hiburan di gunakan untuk membantu orang lain, adakah boikot boleh berjaya?



P/s : Boikot oh boikot! Bangau oh bangau!  


3 surat:

eszy yamin said... [Reply]

setuju sangat..samapai terkadang aku pun rasa macam x terdaya dah nak memikirkan perihal ini...

hanjila said... [Reply]

sedangkan yahoo, google, blogspot, facebook, dan microsoft pun produk Yahudi. memang bukan mudah boikot Israel ni akan berjaya.

Adra Rafee said... [Reply]

Kalau pernah ikut mana2 program atau talk by Viva Palestina, atau Aqsa Syarif, dah lama digariskan 4 produk utama untuk diboikot iaitu McD, coca-cola, nestle, and l'oreal.

dan mestilah korg cari kat google tak jumpa kejayaan2 seperti:

Hasil daripada usaha-usaha boikot sebelum ini, beberapa syarikat gergasi telah menarik kembali sumbangan dan sokongan mereka kepada Israel. Antaranya, Nokia (ya benar, anda kini boleh menggunakan kembali henpon 3310 anda yang anda simpan dalam almari itu), Danone (yeeaaaayyyy dah boleh makan Chipsmore) dan Arsenal FC (silakan sokong Arsenal sekarang juga!) telah menarik semula pelaburan dan kepentingan mereka di Israel. Nah, bukankah terbukti sudah anda mampu melakukan perubahan hanya dengan memboikot..?? (quote from Fb org)

dan mana korg dapat maklumat camni adalah dengan update kat tempat yang betul dan dipercayai. Korang sendiri cakap google, yahoo dorg punye kan? and what do you expect? Korang tak tau benda tu tak bermakna benda tu tak de.

jadi, skang korg dah tau.

Memang betulla org cakap, kejayaan adalah untuk org yang yakin dan istiqamah dengan usahanya. Jadi, terpulanglah korang nak bersama dengan kafilah dakwah ini atau tak. Tapi janganlah nak down kan usaha sesama muslim. tak baik...

kalau tak larat nak buat, jgnlah susahkan usaha org lain. Kalau tak leh nak buat baik, jgn bt jahat.

Jadi skang korang dah tau kan? memang la boikot cara org kafir. Tapi tak ingat ke kejadian perang khandak? taktik parit tu, bukan taktik org muslim tapi taktik org parsi yang kafir. Tapi Rasulullah amek je cadangan tu... Rasulullah tu...

ok? jelas ke? kalau tak jelas, sila study sejarah ye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...