Saturday, August 6

Shahir Salleh : Kisah Berdakwah Dalam Kekecewaan

Adakah ini cinta? Sejak dua menjak hati aku berbunga-bunga gila. Ibarat bunga kiambang, melur, ros, orkid malah bunga taik ayam sekalipun yang gah mekar dan berbau campur aduk. Itulah rasanya perasaan aku. Bau wangi semerbak harum di setiap sudut.  

Tapi kini, aku kecewa. Dalam indah perhubungan yang di cipta, dalam cinta yang di pupuk semua lenyap tak di duga. Dari khabar angin, berita tersebar dengan cepat. Blogger, akhbar mahupun wartawan berita utama, semua sibuk gosip pasal perhubungan yang retak. Kesannya tali pertunangan yang di cipta termeterai putus tertiba. Rasa luluh seketika. Tak sanggup nak hadapi. 

Di pihak perempuan beban di salahkan ke atas aku. Tapi aku tak salahkan dia juga, mungkin ada hikmah atas apa yang berlaku. Salah aku juga berdua-duaan dengan sorang cewek yang comel. Biasalah perempuan cepat jeles bila tengok orang yang di sayangi dengan orang lain. 

Cewek yang comel tu tak lebih di ibarat sebagai adik. Semua bermula bila sekeping gambar terlepas kepada pengetahuan umum. Aku kecewa sekali lagi. Kecewa dengan masyarakat sekeliling yang seperti cacing kena salai. Berita yang hujung pangkal belum pasti di sebar meluas. Aku menangis dalam hati. 

Di sebabkan ini, aku ingin melupakan seketika kekecewaan. Biarlah ex-girlfriend aku dengan kehidupannya. Masa cinta dulu semua indah. Bila putus, madu yang manis pon dah rasa seperti tahi anjing busuk di tepi jalan. Sementalah perjalanan aku masih panjang. Aku mengalah. Perhubungan di putuskan. Puas kamu? 

Perasaan aku bercelaru. Akibat kebebalan, aku kena masuk program motivasi. Semua telah di atur. Program di buat di Penjara Kluang. Pada mulanya program tiga hari dua malam itu aku ibarat seperti percutian. Tapi sebaliknya berlaku, bila program yang aku sertai bersama 33 orang kawan-kawan lain. 

Layanan yang di terima agak teruk. Ada di pukul, di tumbuk dan di layan di luar batasan. Selamat semasa kejadian aku tiada di lokasi. Kalau tak nahas juga rasanya. Kerana tak mahu jadi saksi, aku telah bergegas berlepas dan melapor diri ke Slovakia. Meneruskan latihan kareer bolasepak aku. 

Oh ya! Khabar berita, akibatnya salah sorang kawan aku mengalami sedikit luka-luka di belakang leher. Perkara ini tersebar ke pengetahuan ibubapa. Seterusnya ada yang melaporkan kepada pihak polis atas sebab penderaan. 

Bagi aku apalah sangat dengan luka sedikit yang tak menonjol manapun. Jika di banding dengan contoh gambar budak-budak di negara China di bawah ini. Pelik kenapa ibubapa diorang tak lapor polis ye? Rasanya lagi teruk penderaan macam tu. Aku kecewa sekali lagi. Niat aku nak mengubati kekecewaan putus cinta tak tercapai. Rasa sadis akan apa yang berlaku. 

Kini aku sedar, aku tak mahu lakukan kesilapan lagi. Mungkin selepas aku pulang ke Malaysia aku akan ikut jejak seorang artis. Artis hasil produk dari rancangan hiburan yang tengah ngetop, Shahir Zawawi yang akan mengundurkan diri di bidang nyanyian. Kemungkinan akan mula mengikut jejak artis-artis lain untuk berdakwah seperti Sham Kamikaze dan Bob Loqman.



Insyaallah kalau ada rezeki, aku akan berubah dan bina hidup baru. Setelah kekecewaan yang aku hadapi semoga semua ada hikmah di sebaliknya. Kepada kawan-kawan, sahabat, ahli keluarga dan sesiapa yang kenali aku berilah sokongan ye.



P/s :  =)


1 surat:

Bicara Bisu said... [Reply]

Assalam...

salam ziarah..

wlu pa yg tjd...khdpn perlu dteruskn..

klu xda ujian bkn hdup nmanya..

Allah taw pa yg terbaek tuk
hambanya..

Redha Allah yg perlu d cri..

bla tjd pap dlm hbgn smp kta kecewa..

bgunlah...jgn egt semuanya berakhir..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...