Saturday, August 27

Kemalangan Maut : Jalan Genting Klang

Semalam lepak kat KL. On the way balik PJ, ikut Jalan Genting Klang dan lebih kurang jam 4 pagi terserempak dengan kemalangan yang agak ngeri berlaku di persimpangan traffic light.

Sayu hati tengok keadaan jenazah yang terbaring dan tersepit antara motosikal. Cerita dari brader yang spotted this event, kereta Vios kemungkinan bersalah sebab langgar traffic light dan rempuh motosikal Yamaha LC yang datang dari arah sisi.

Ini antara gambar yang sempat aku ambil. Orang ramai berkumpul dan saksikan kejadian sementara menunggu IO Polis sampai untuk lakukan siasatan.


Impact dari perlanggaran yang melibatkan sebuah kereta Toyota Vios. Owner tak di ketahui.
                
   
Keadaan mangsa yang tersepit di antara moto Yamaha LC. Sayu hati tengok keadaan dan dengan darah berlumuran dekat jalanraya. Mangsa mungkin keturunan Melayu.
                



P/s : Sempena musim perayaan ini memandulah dengan berhemah. Jangan kerana kita orang lain menjadi mangsa.  Berhati-hati di jalanraya dan tahziah kepada keluarga mangsa.

8 surat:

belogkiter said... [Reply]

semalam saya juga mangasa kemalangan kerana kecuaian orang lain. alhamdulillah takda apa apa cuma kereta myvi kesayangan saya, memang sayu nak bawa balik melaka beraya..

cinta amerqastrina said... [Reply]

Huishhh... harap semua pemandu berhati2 n berhemah ketika memandu.....

! Sam Posmen ! said... [Reply]

nak raya ni dugaan memang banyak. benda nak jadi @belogkiter

@cinta_lovato and jangan lupa bila naik highway pastikan minyak full tank ok.

yusuflaili(Goku) said... [Reply]

Salam;
sikap dijalan raya yg susah nak di ubah dikalangan pemandu ni.

Farah Awang said... [Reply]

mujur lah gua naek bas semalam dan hari ni
tak jadi pape eksiden
fuhhhh !
alhamdulillah

Unknown said... [Reply]

kerajaan pun macam dah putus asa nak buat kempen keselamatan jalan raya. setiap tahun tak pernah nak berkurang. pokoknya sekarang ni..sikap pemandu/pengguna jalanraya sendiri. Dorang je yang boleh mengurangkan statistik..
SALAM SYAWAL =)

faridismail1988 said... [Reply]

Kepada owner blog ni,jika ada apa2 maklumat mengenai kejadian ni sila inform kpd sy.Dan kepada sesiapa sahaja yg mempunyai maklumat ataupun saksi ditempat kejadian sila hubungi sy.Kami keluarga kpd arwah Shahir Ismail yg terkorban dlm nahas jalanraya tersebut.Mohon kerjasama.TQ Farid Ismail-0126674474

! Sam Posmen ! said... [Reply]

@faridismail1988 takziah kepada keluarga kamu dan al fatihah kepada arwah.

sorry tak ada info yang lebih lanjut nak di kongsi. sy lalu tempat kejadian setelah kemalangan berlaku. tak tahu cerita sebenar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...