Tuesday, May 10

Konsep Telur : Permainan Di Facebook


Sudah pandai cara buat telur ciplak? Sudah expert ke belum? Kalau belum baik pelajari. Banyak tutorial dekat internet boleh di cari. Kot kot terdesak nanti paling kurang ada sumber alternatif nak buat puding, kek tak pon tat telur.

Sebelum ini di beritakan banyak 'ayam-ayam' memprotes tidak mahu bertelur. Ini di sebabkan kualiti makanan yang di beri tidak mencapai tahap premium yang di standardkan. Kemungkinan impak dari kenaikan harga minyak. Kesudahannya pengeluaran telur asli semakin berkurang dan orang ramai gelisah dengan kewujudan telur ciplak.

Bercerita pasal telur, terbaru tersebar mengenai telur yang di jadikan permainan di facebook. Al-kisah semasa kita memandu, telur akan di baling-baling depan cermin kereta oleh segelintir umat manusia yang tidak bertanggungjawab. Refleknya secara automatik sesiapa saja pasti akan membersihkan menggunakan wiper. 

Telur bergabung dengan air akan menyebabkan tindakbalas dan terhasilnya super-fluid yang berfungsi menghalang jarak penglihatan kita semasa memandu. Kesannya, kita terpaksa memberhentikan kereta di tepi jalan. Situasi ini akan memberi peluang kepada umat manusia tidak bertanggungjawab untuk melakukan jenayah. Tamat.   


'Pesanan PDRM - Jika anda sedang memandu di waktu malam, anda dapati cermin kereta anda di lempar telur ayam. Jangan on wiper@pancut air. Terus memandu dengan apa yang mampu dilihat, hingga tiba di tempat selamat.
Ini kerana jika telur ayam bercampur dengan air ia akan menjadi susu, akibatnya akan kaburkan 92.5% tahap penglihatan mata kita, dimana ianya akan memaksa kita berhenti di tepi jalan. Disitulah kita akan menjadi mangsa perompak. Inilah teknik baru digunakan perompak...berhati-hati'

'P/s : Untuk kalian semua. Sila copy paste mesej dari PDRM ini
Sila war-warkan kepada sahabat kita semua...'



Apakah sebenarnya yang berlaku? Mudah sangatkah kita di pengaruhi oleh sesuatu? Sebelum ini aku ada menerangkan mengenai email berantai yang semakin menjadi-jadi menggantikan surat layang. Kesudahannya, masih ramai yang mempercayai semua ini.

Berbalik kepada topik, perkara ini sudah wujud beberapa tahun lepas lagi yang berlaku di luar negara. Tempiasnya, di Malaysia baru nak berjinak-jinak akan kewujudannya. Awesome! 

Dalam sedar atau tidak kita sebenarnya sedang mempraktikkan budaya menipu, memfitnah dan menyebarkan kepalsuan di bandingkan kebenaran. 
1. Salah gunakan nama PDRM.
2. Menyebarkan berita palsu dan menimbulkan kegelisahan kepada orang ramai.

P/s : So, berhati-hati dan berwaspada dalam setiap apa yang kita lakukan adalah lebih baik. 

4 surat:

Encik Amman said... [Reply]

macam2 taktik perompak ni ek? haish.. kita ni kadang2 salu salah kan polis. tapi bila ada masalah kita carik polis gak.

Hansyirah Takezur said... [Reply]

walaupun salah guna nama PDRM, tapi info ni sangat berguna.. hmm..

Daddylicious said... [Reply]

polis...

baik bila kita perlukannya...

buruk bila kita kena saman atau kena tangkap...

polis...aku buat kerja aku la...

kita....macam tak faham2 kan...

hehe!

! Sam Posmen ! said... [Reply]

semua yang kamu katakan betul. mesej yang ingin di sampaikan memang bagus. mengingat orang ramai supaya berhati hati. tapi perlukah menyebarkan sesuatu yang palsu?

teringat kenyataan seorang ustazah dan senator sebelum ni. lebih kurang 'melacur di haruskan bila seorang perempuan hidupnya benar benar mendesak untuk menyara dan membesarkan anak-anaknya'

niat betul cari nafkah untuk anak tapi dalam agama dah kata zina tu haram walau apa cara sekalipun. so...hukum apakah yang di guna pakai? holy shit!

same with this topic

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...