Pernah dengar lagu Laskar Pelangi nyanyian band dari Indonesia, Nidji? Pernah dengar filem Laskar Pelangi? Tahu atau tak? Kalau belum tau meh sini nak cerita.
Sebuah filem adaptasi dari novel karya Andrea Hirata yang mana setting masa pada awal 70-an. Laskar Pelangi banyak mengajar dan menaikkan semangat kita dalam menghadapi pelbagai rintangan. Semua orang boleh mencapai kejayaan kalau berusaha. Kejayaan tak datang depan mata. Kalau nak sesuatu berusaha.
Semalam akibat bosan tengok game EPL, di mana keputusannya Liverpool kalah 0-2 ke atas Tottenham Spurs, aku terus ambil remote control tukar channel. 103...TV3. Aiseh, Mentor 'Tunjuk Ajar Ku Sifu'. Oh no! Next, 104...Astro Ria. Ahh! Wow. Aku terus letak remote di sebelah, sambil badan tersandar dekat kerusi. Macam menarik.
Seorang awek yang comel dan hot tengah naik basikal tua mengayuh penat tapi masih mampu tersenyum. Berlatar belakangkan kawasan perindustrian, sirent berbunyi. Kelihatan berduyun-duyun pekerja majoritinya golongan berusia berjalan kaki ke kilang. Semuanya dengan berbaju biru selekeh dan kurang terurus.
Akhirnya, awek comel tadi sampai di perkarangan sebuah 'pondok usang'. Pondok yang terpencil di sebuah pulau. Apakah sebabnya dia ke sana?
Rupanya awek comel dan hot tersebut ialah Muslimah (Cut Mini) iaitu seorang guru. Pondok usang pula merupakan sekolah baru SD Muhammadyah tempat mengajarnya yang mana baru di buka khas untuk menolong pelajar miskin. Tapi, Kementerian Pelajaran Indonesia meletakkan syarat, memerlukan sekurangnya minima 10 orang murid untuk beroperasi.
Untuk mendapat seorang murid bukan senang seperti yang di sangka. Akibat kesempitan hidup, budak-budak masa tu semuanya lebih suka menolong ibu bapa ke laut atau buat kerja harian. Dan selalunya siapa yang ke sekolah akan di pandang sinis masyarakat. Itulah hakikatnya.
9 orang murid sudah datang mendaftar. Tapi sekolah tersebut perlukan 10 orang murid syarat untuk beroperasi? Bu Muslimah dengan Pengetua, Pak Harfan (Ikranaga) semakin rungsing dengan masa di beri hanya sehingga tengahari. Kalau tak sekolah perlu di tutup.
Akhirnya, Harun, seorang budak istimewa menyelamatkan mereka. Genap 10 orang murid. Semuanya di gelar Bu Muslimah sebagai Laskar Pelangi. Cerita bermula. Perbagai rintangan dan pergorbanan dalam mempertahankan sekolah tersebut dari di tutup di hadapi. Setiap hari menguji kesabaran mereka.
Apa kena-mengena cerita ni? Apakah yang ingin di ceritakan? Apakah yang menarik tentang mereka? Apakah perlu untuk kesekolah? Siapakah yang bertanggungjawab dalam watak filem ini? Apakah yang ingin di tonjolkan?
Sebenarnya, filem ini banyak mengambarkan realiti majoriti masyarakat ketika itu (Indonesian). Dan sampai sekarang situasi itu dapat di lihat. Bagaimana imigran dari negara luar datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Untuk di beri nafkah anak dan isteri di kampung. Untuk meneruskan kehidupan.
Di Indonesia hanya terdapat dua golongan. Yang kaya atau yang miskin. Tiada pertengahan (kalau salah sila perbetulkan). Yang kaya tentulah taraf pendidikan, sosiologi dan kehidupan lebih terurus dan sebaliknya berlaku kepada golongan miskin.
Tidak seperti negara Malaysia, perbezaan antara rakyatnya kurang ketara dapat di lihat. Walaupun terdapat kepincangan dalam sistem pendidikan, tapi ia boleh di kategorikan di bawah kawalan lagi. Cuma akhir-akhir ini pelbagai konflik dalam pentadbiran banyak berlaku.
Tidak pasti di mana silapnya. Budak-budak sekarang sesetengah seperti tidak menghargai langsung apakah penting pelajaran dan peranan untuk menghormati seorang yang bergelar guru sebenarnya. Guru di jadikan tempat melepaskan caci cela jika ada tersilap.
Pekerjaan cikgu merupakan suatu kerja yang mulia. Menjadi cikgu pada masa sekarang juga memerlukan pengorbanan dan menguji tahap kesabaran yang tinggi. Murid-murid kebanyakkan cepat matang dan ada ketika sukar di kawal. Tidak heranlah segelintir ada yang bertindak luar batas perikemanusiaan.
Adakah budak-budak sekarang di manja sangat? Cikgu baru pukul sikit, ibubapa mula jadi butthurt. Rasanya dulu bila aku report dekat mak kena bantai dengan rotan setengah inci tebal dekat sekolah pun, mak aku boleh tersenyum dan cakap padan muka sebab nakal sangat.
Itulah perbezaannya. Antara menjadi Laskar Pelangi dengan situasi masa sekarang. Laskar Pelangi mengajar kita erti kesusahan hidup sebenarnya tetapi sebaliknya hakikat semasa ramai yang memilih menumpang kesenangan orang lain tanpa usaha sendiri.
P/s : Sempena 16 Mei, Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru sekalian. Tanpa kamu mungkin aku akan dah jadi malaun takpun peminta sedekah (MLMer's). Terima kasih cikgu.
*(OST Laskar Pelangi berkumandang) Mimpi adalah kunci...untuk kita menaklukkan dunia...berlarilah tanpa lelah...sampai engkau meraihnya...laskar pelangi takkan terikat waktu...bebaskan mimpimu di angkasa...warna bintang di jiwa...lalala...
9 surat:
thanks share cerita ni.bersyukurlah kita hidup di Malaysia.pendidikan percuma untuk yang miskin.
memang patut bersyukur.itulah jasa seorang guru yang mahu lihat anak bangsanya berjaya.
untuk menaikkan semangat guru dan murid, cerita ni mmg patut ditonton.cerita ni mmg terbaik!
diadaptasi drpd novel laskar pelangi ke nie?
diadaptasi drpd novel laskar pelangi ke nie?
Rozuan Ismail : yup. bersyukur
ummi : aiseh macam promoter la pula :)
Hansyirah Takezur : ha'a. adaptasi dari novel laskar pelangi.
Memang best cerita ni... walaupun agak lama ceritanya, namun banyak yg boleh diambil iktibar.
ilu penting kerana ilmu tidak akan luput ditelan zaman.
info bagus..
pernah tengOk cerita nih kat astero....sedey....mOon menanges...huhuhu....sgt mabeles la citer tuh!
Haha. Aku lambat comment. Tapi aku suka kat perkataan MLMer's. Lulz.
Post a Comment