Tuesday, August 30

Apek : Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Setelah kamu merempuh perjalanan dengan selamat. Perjalanan mungkin di highway dengan keadaan bersesak-sesak, yang segala kurang tak selesa, masa perjalanan yang panjang. tapi sekurang-kurangnya kamu sudah selamat berada kat kampung halaman. Kepada yang masih bergegas balik kampung pandu berhati-hati ye. 

Ho yeah! Ramadhan dah berakhir. Syawal tiba dengan kegembiraan. Kamu mesti sibuk buat persiapan terakhir kan? Pasti ada yang serba tak lengkap bila di belek-belek. Perasaan tak puas hati pasti muncul. Dalam apa-apa perkara bersyukur dengan apa yang ada. Yang penting raikan dengan kegembiraan bersama ahli keluarga.

Tahun ini genap dua tahun aku beraya di perantauan. Haha. Perantauan lah sangat. Tahun ni aku terpaksa beraya lagi kat office. Menjalankan tugas yang di amanahkan untuk pastikan keadaan highway selamat untuk pengguna. So thanks for me ok.

Takde apa nak di ucapkan cuma dengan merendah dirinya aku ingin mohon maaf secara langsung atau tidak kepada sesiapa yang pernah, mungkin atau telah aku 'sakiti' sepanjang dalam berblog ni. Tak lupa kepada yang tacing bila terbaca penulisan aku. 

Sempena Hari Raya ni taknak beremotional sangat. So sebelum pergi beraya apa kata enjoice gambar kat bawah ni dulu.

Ini gambar dua hari lepas dekat Jalan Tun Razak. Musim perayaan ni 'keselamatan' perlu di utamakan. Tapi janganla sampai macam apek ni ok. haha. Ops Sikap tahun ni penunggang motosikal top 1 kot maut. Berhati-hati ye.
























P/s : Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin

6 surat:

Zahirah said... [Reply]

selamat hari raya :D

AHMAD NAIM ABD MUBIN said... [Reply]

selamat hari raye. ikhlas dari ahmad naim dan isteri. HAHA

Shahada Fauzi said... [Reply]

ape tu? payung ke? naek moto pakai payung? ish3..


ape2 pun, selamat hari raye sam posmen!

! Sam Posmen ! said... [Reply]

@♥CIK SHA♥ yup. sediakan payung sebelum hujan. haha

hanjila said... [Reply]

selamat hari raya aidilfitri, en. sam posmen. baik-baik kerja (:

Anonymous said... [Reply]

HANSEN and GILLES in LA are not together enough to make " conclusions " of any sort.
Everyone is high on LEARS and HEROIN is what is getting around...and TED TURNER with DI are both off the charts!
CODGER- COOSSE- CONATERA- COPIG- are all
" corporations " named after drug addictions.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...