Definisi Kamus DBP Edisi Ke-4 - Bodoh. sukar mengerti atau mempelajari sesuatu, bebal, dungu, tolol: ~ sangat budak ini; masa ~ Id a) tidak acuh, tidak menghiraukan: dlm hal ini kita tidak boleh bersikap masa ~; b) perkara awak (bukan soal saya): itu masa ~ awak; ~ alang agak bodoh; ~ sepat nampaknya bodoh, tetapi sebenarnya tidak; ~ sombong tidak cerdik, tetapi enggan pula menerima fikiran, pertolongan, dsb orang lain; sebodoh-bodoh bagaimana (betapa) bodoh sekalipun: ~ aku, rasanya aku tidak akan menyerah kalah dgn begitu sahaja; membodohkan 1. menjadikan bodoh, membiarkan bodoh: budak itu dibodohkan oleh emak tirinya dgn tidak memasukkannya ke sekolah; 2. menganggap bodoh; 3. mengakali, menipu: aku hendak tahu apa maksudmu ~ aku; kebodohan 1. perihal bodoh, kebebalan, kedunguan, ketololan; 2. Jk kesalahan, kekeliruan; kebodoh-bodohan agak bodoh.
Aku seorang yang bodoh,
Sembilan bulan di dalam perut tanpa mengetahui apa-apa,
Akhirnya mengenali dunia tanpa mampu berkata-kata,
Hanya pandai merangkak dan menangis ada ketikanya.
Aku seorang yang bodoh,
Setiap hari aku ke sekolah,
'Iqra' 'iqra' 'iqra' belajar membaca seterusnya mengira,
Mengharapkan sesuatu bersinar di suatu masa nanti.
Aku seorang yang bodoh,
Menginjak dewasa dunia semakin berubah,
Dari situ aku kenal apa itu ekonomi, apa itu sosialiti, apa itu teknologi,
Tapi aku tidak mampu berbuat apa-apa.
Aku seorang yang bodoh,
Melihat sekeliling sambil terngiyang-ngiyang di fikiran,
Mengindahi apa itu The Imaginarium of Dr. Parnassus,
Bukan sebaliknya melewati ceritera Yusof Haslam.
Aku seorang yang bodoh,
Berbangga di lahirkan sedemikian rupa,
Kerana dari situlah aku berusaha belajar bagaimana untuk bergerak ke depan,
Bukannya berdamping dada dengan apa yang ada.
Siapakah bijak pandai?
Oh! Sahabat, musuh, kawan, saudara,
Tolonglah aku, ajarkanlah aku,
Tempelak pepatah, sunnatullah, teknologi, ilmu semesta masih banyak belum di amati.
Aku seorang yang bodoh,
Oh! Aku seorang yang bodoh.
Tweet
15 surat:
xleh sebut b*d*h byk2 kali ;D
heheh..
tukar bodoh jadi kurang cerdik bley?
tapi betol...ilmu yang kita ada skng hanyalah macam sebesar noktah ja..
so ..kena la cari byak2 and amalkan..~
kerna itulah kita perlukan ilmu,ilmu yang membezakan kita. disamping itu perlu disertakan sekali,iman dan amal
tak ada manusia yg sempurna kat dunia nie, walaupon secerdik albert einstein sekalipon, pastinya kita ada kebodohan yang org lain tak nampak, huhuhu
Aik sejak 2 menjak nie entry sal buduh jer .. herm.. terpikir gak
asas manusie mmg buduh tp kite wajib menuntut ilmu .. =)
Wuucin Kimora : boleh je kalau nak sebut. bukan kena bayar pon :P
senyumSOYA : next entri aku buat pasal perkataan 'kurang cerdik' pula. apsal la dekat lesen aku tulis perkataan 'motokar' bukannya 'kereta'. adeh pening nak memahamkan.
Rozuan Ismail : yup. correct :)
YUL : itulah kelemahan manusia sebenarnya
K2r~90 : entahlah. sebab ramai sensitif sangat dengan perkataan 'bodoh' ni kot.
Bila sebut perkataan bodoh, kenapa mesti org kaitkan dengan lembu.. Binatang lain cerdik sgt ke..? hu3
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kita sama-sama belajar
Kalau salah ajar-ajarkan
nak sambung pantun ummi
sorong papan tarik papan
buah keranji di dalam perahu
bodoh membodoh jangan diamalkan
tersilap kata, makbul baru tahu...
:D
papan sudah di tarik, di ketam, di buat perahu
cuma menunggu masa mudik ke seberang mencari ikan
janganlah berdiam diri kaku tanpa ambil tahu
jika tidak mahu kata-kata di makbulkan
tumpang lalu n follow...^__^
kalau tukar kepada stupid, lagi sedap bunyi sajaknya.. hahaha
nice... ^^
bodoh lagi weyh .HAHA , :D
TK seorang yg..
errkk..
sedikit bijak..
hehehe..
puisi yg sangat menarik..
TK pun xreti nk tulis sebaik itu..
syabas..
sesat jap, best entri sal BA tu, aku follow
Post a Comment