Saturday, April 9

Bahasa : Kebanggaan Atau Kegagalan

Dalam penulisan pelbagai jenis bahasa di gunakan. Teutamanya di Malaysia kebanyakkan bahasa yang popular ialah bahasa Malaysia atau English. Setiap orang ada caranya tersendiri. Percayakah dari bahasa kadang-kadang kita dapat mengenali personaliti seseorang itu. Di dalam dunia maya bahasa memainkan peranan yang penting.

'Blog aku pasal personal/diari. So, suka hati akulah nak guna bahasa apapun'
'Aku tulis macam ini, at least ramai juga yang baca blog aku. Bukannya aku ada kacau periuk nasi kamu pon'
'Kalau guna bahasa rojak sekali pon bukannya ada orang kisah'
'Poyo gila tulis pakai bahasa baku. Tak cool langsung'

Semenjak kecil aku hanya di ajar satu bahasa iaitu bahasa Malaysia. Dari bayi, merangkak, berjalan seterusnya berlari dan berkomunikasi dengan kedua ibu bapa, itulah perkenalan bahasa pertama yang aku fahami. Menginjak besar sikit aku di ajar bahasa Inggeris dan sikit-sikir perkenalan bahasa Arab semasa di sekolah agama.

'Aku sukew kamu. Rasa rindew sangat nak jumpew kamu'
'Dish itch my sweetheart. I luv him sho much'

Semakin dewasa semakin banyak bahasa yang muncul. Dan tidak pasti dari manakah perkenalannya. Semakin kita dewasa, rupanya tahap pemikiran kita sudah tidak flexsibel. Kebanyakkan sudah malu untuk menggunakan bahasa ibunda sendiri. Bahasa yang di anggap kolot. Dan bahasa ibunda 'milenium' semakin di gemari.

Tidak salah untuk menggunakan bahasa apa sekalipun atau malu akan hakikat ini. Tapi biarlah jika tidak menghormati orang lain, sekurang-kurangnya silalah hormati bahasa itu sendiri.

Kenapa aku cakap begitu?

Sebenarnya dunia blog/maya banyak pengaruhnya. Jika kita hanya menulis dalam dialek bahasa percakapan seharian kita, bagaimanakah perspeksi bangsa lain akan bahasa ini jika membaca hasil penulisan kita? Tidakkah google translate sendiri pon pening untuk mengendalinya. Jika kita menggunakan bahasa asing pula biarlah betul ejaannya. Janganlah memandai menokok tambah.

'Dish ish itch ma sweetheart'. Pada asal maksudnya 'this is my sweetheart'. Tetapi kalau di eja macam itu kan dah lain maksudnya. 'This' maksudnya 'ini' dan 'dish' pula ialah 'sajian'. Bukankah suatu maksud yang jauh bezanya?

Bukan maksud aku kita semestinya menggunakan bahasa baku. Tapi biarlah menggunakan bahasa yang di fahami oleh kebanyakkan usia. Mungkin bagi remaja memahami apakah maksud kita sebenarnya. Bagaimana kalau andaian mak cik pak cik yang baca penulisan kita. Yang sejak zaman komunisme lagi sudah bangga menggunakan bahasa ini sendiri. Tapi kita yang hidup baru setahun jagung pandai-pandai mengubahnya.

Jika kamu baca artikel atau penulisan dalam bahasa Inggeris semestinya kamu akan faham maksud yang ingin di sampaikan. Ini kerana mereka menggunakan bahasa yang betul. Yang boleh di katakan bahasa baku. Andai bangsa lain yang baru muallaf belajar bahasa Malaysia adakah akan faham dengan bahasa 'milenium' kita ini? Tidakkah itu akan memeningkan lagi. Seperti peningnya memahami teori konspirasi.

P/s : Aku tidak sedikit pun langsung hairan kenapa kempen membaca, kempen cintailah bahasa kita, kempen-kempen alam sekitar, kempen-kempen keselamatan, kempen-kempen kesihatan atau kempen apa sekalipun di Malaysia selalunya gagal. Bahasa melambangkan bangsa. Kepoyoan melambangkan diri kamu sebenarnya.

14 surat:

Anisa Hang Tuah said... [Reply]

ittew sukew kaw

hiks

toyolkiut said... [Reply]

benar..
guna bhasa yg normal..
anda faham, saya faham..

CIK AYU ARIFFIN said... [Reply]

suka ringkaskan perkataan..
contoh tak=x
kalau = kalo
senang sikit

dear anies said... [Reply]

x suka bla blogger guna ayat2 yg terpaksa perah otak utk fhm..adezzz

anyss said... [Reply]

Assalamualaikum,
Sangat suka dengan entri ini...

cikmegipama said... [Reply]

ye, betol2...walaupon sy sendri pon tak betol gak cara penulisan~

miss eimanhikmah said... [Reply]

hahahaha...tak suka bahasa eeuwwww....geli!

visit and follow my blog at : http://nuruleimanhikmah.blogspot.com

thanks!

! Sam Posmen ! said... [Reply]

Anisa Hang Tuah : so sweet la. hehe :)

toyolkiut : itulah maksudnya bahasa yang mudah di fahami.

CIK AYU ARIFFIN : kalau setakat ringkaskan macam tu ok je. jangan melampau sangat seperti bahasa sms.

! Sam Posmen ! said... [Reply]

http://aniesandyou.blogspot.com : blogger guna bahasa seperti tu mungkin untuk mengajak kita berfikir. sampai bila kita hanya mengharapkan semuanya nak di suapkan bulat-bulat. sekali sekala kena ajak orang untuk menggunakan otak kiri kita untuk berfikir. kan lebih baik.

anyss : thanks. keep support me :)

cikmegipama : bukan minta untuk menggunakan perfect grammar. tapi kalau boleh biarlah betul ejaannya. ayat tunggang langgang tu lain pula cerita.

Nurul Eiman Hikmah : betul ke ni geli? kan romantik macam tu. hehe

miss eimanhikmah said... [Reply]

isk romantik ape cmtu...i loveuuuwww youueueeewww....geli kan?hahaha

visit and follow my blog at : http://nuruleimanhikmah.blogspot.com

Usop Wilcha said... [Reply]

Yang penting bahasa yang di gunakan tidak kasar dan message berjaya di sampaikan..

Manusia jadi komoditi

Firdaus Kasim said... [Reply]

bahasa jiwa bangsa..

kalo byk guna bahasa rojak, nmpk sgt bangsa tue terpengaruh dgn bahasa asing

cuba contohi org indon dan jepun

Entri terkini :
Pasangan kekasih terlanjur di Hulu Selangor tanam bayi hidup-hidup

LittleGurl said... [Reply]

hahaha. kelakar bace sbb macam terkena batang idum sdiri kot. adoyay~

lam msg bese LG almost pakai ayat2 gna bhsa rojak ne sbb ayat2 tu utk shortcut shj. dalam blog je jarang2. as long as people kan understand, so we just proceed it. ;)

p/s: bhsa normal lg bagos dr bhsa abnormal.

Anonymous said... [Reply]

Entri yg menarik...mohon dikongsi bersama website saya www.malaysiaria.com.my ya

Amat BJ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...