Wednesday, April 20

Email 1Malaysia : RM 50 Juta Celah Gigi Saja

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada menjelaskan usaha kerajaan melalui Projek Permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). 

Rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas akan di berikan email percuma sebagai salah satu medium untuk melancarkan proses komunikasi antara rakyat dan kerajaan.

Projek email 1Malaysia ini bakal di lancarkan oleh Syarikat Tricubes Bhd yang di kategorikan dan berstatus GN3 company di Bursa Malaysia

Secara mudahnya GN3 merujuk kepada syarikat yang amat bermasalah dalam penstrukturan kedudukan kewangan dan operasi syarikatnya. Untuk pemahaman yang lebih mudah syarikat yang berkemungkinan hampir muflis. Ini isu orang ekonomi. Maaf.

Berbaloikah projek bernilai RM 50 juta ini untuk pembangunan rakyat? Apakah kesannya pada masa panjang. Apakah motif sebenarnya projek ini di tubuhkan? Siapakah golongan sebenar yang di sasarkan 
atau terdapat sesuatu yang di sembunyikan untuk mengaburi tahap pemikiran rakyat? Ini isu orang politik. Maaf.

Jika di teliti di sebalik orang kuat Tricubes ini, majoritinya adalah orang Melayu sendiri. Adakah jumlah dana yang di maksudkan  ini berpatutan dengan laman web yang di bangunkan. Duit siapakah yang akan di gunakan? Adakah bersumberkan dermawan para rakyat sekalian. Seperti kebiasaan adakah terdapat korupsi yang bakal, sedang atau telah berlaku? Ini isu persoalan orang beragama. Maaf.


Isu seorang pemimpin

1. Tujuan email 1Malaysia di lancarkan untuk memberi rakyat mengenali apa itu teknologi berkadaran dengan istilah Negara bergerak ke arah kemajuan. Dalam kontek ini, Pak Abu jual sireh, Mak Minah jual karipap atau Cik Enon sekalipun akan dapat email ini, sekaligus secara automatiknya membuatkan rakyat Malaysia celik IT. 

2. Rakyat Melayu semakin jauh ketinggalan. Oleh itu, projek ini di berikan kepada Syarikat Meleis untuk menolong dan memajukan bangsa kita sendiri. Tiada istilah politik atau mementingkan diri. Ini untuk mengajar rakyat mempunyai bisnes sendiri, bisnes yang majoritinya jarang melibatkan diri. 

Kita sebagai rakyat septutnya perlu berbangga. Sekurang-kurangnya ada di antara kita yang berkebolehan dalam menguruskan semua ini. Janganlah memikirkan politik semata-mata. Kita hidup perlu bersatu-padu. 1Malaysia. 

3. Kita perlu bersyukur. Di Malaysia sendiri akses internet boleh dapat dan di perolehi dengan mudah. Dalam usaha untuk maju bergerak ke depan kita perlu berfikiran jauh. Memandang sesuatu dengan serius. 

Kita perlu membandingkan kemajuan kita dengan negara-negara seperti Uganda, Nigeria mahupun Mongolia. Cuma dalam istilah lain Venezuela di kecualikan dalam isu minyak. Oleh itu, email satu Malaysia ini sangat bagus dalam usaha memupuk semangat ukhwah antara kita.


Isu seorang rakyat Marheim

1. Perlukan semua rakyat di berikan email percuma? Sekarang ini pelbagai jenis email berlambak boleh di daftar secara percuma dan dengan servis yang lebih baik dan berkapisiti data yang cukup besar. Dalam urusan seharian bekerja terdapat pula Microsolf Outlook yang di guna pakai.

Secara hitam putihnya, Tricubes akan mewujudkan myemail yang mana berurusan dan bekerjasama dengan Microsoft dalam proses pembinaannya. Jadi apakah perbezaan ketara yang boleh di lihat atau kelebihan myemail ini dengan email seharian yang kita gunakan sekarang ini? 

Hanya bersumberkan platfom yang sama. Mungkin orang yang mengendalinya saja yang berbeza. Kalau tiada myemail pon urusan rasmi sekarang ini tetap berlangsung dengan biasa. Tiada masalah yang berbangkit rasanya.

2. Privacy. Bagi aku dalam kamus dunia maya, dunia online mahupun dunia internet tiada istilah apa itu privacy (sulit). Semua maklumat boleh di akses jika kena gayanya. Adakah ini merupakan suatu propaganda untuk kepentingan sesebuah pihak saja atau untuk kepentingan sesetengah individu. Jika betul di manakah hak kita sebagai seorang rakyat? 

Sebelum ini sudah ada konflik yang terterbit berlaku pada festival Tahun Baru Cina yang lepas. Di mana Datuk Seri Najib telah menafikan melanggar privacy rakyat Malaysia. Jadi, tidak cukupkah lagi dengan segala data peribadi kita yang di salah gunakan oleh syarikat telekomunikasi, sesetengah individu yang bekerja di bank malah individu yang di tugas bertanggungjawab menyimpan semua maklumat di sebarkan kepada pihak ketiga tanpa persetujuan.

3. Komunikasi. Jika bercakap pasal komunikasi tentulah ia melibatkan sesuatu medium yang di gunakan dalam proses itu sendiri. Bagi kes ini sistem kemudahan infrastruktur untuk menilai kejayaan komunikasi itu sendiri merupakan sesuatu yang penting.

Kerajaan sepatutnya memikirkan bagaimana untuk memajukan perkhidmatan internet di Malaysia. Bagaimana untuk meluaskan akses internet ke kawasan pedalaman. Untuk mendidik semua rakyat menggunakannya. Bukan penyelesaiannya memberi email percuma kepada rakyat. 

Masyarakat di kawasan terpencil bukanlah memerlukan email tetapi lebih kepada akses internet. Dari situ proses komunikasi dapat berlaku secara efektif. Ada email, akses internet tiada ada gunakah? 

Alangkah bagus kalau dana RM 50 juta itu di tumpukan untuk menaik taraf dan pengurangan kos operasi akses internet itu sendiri di Malaysia. 

Sekaligus ini dapat mengurangkan kos pembayaran yang rakyat perlu bayar. Jika hendak di ikutkan akses internet di Malaysia di bandingkan dengan penggunaan data dan harga masih lagi pada tahap yang mahal atau mampu di miliki berbanding negara maju yang lain.


P/s : Perlu atau tidak email ini? Erm...sesiapa nak pergi makan? Jom! Aku belanja.

Picture : google

8 surat:

Anonymous said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
Anonymous said... [Reply]

sokong... =)

Fuz said... [Reply]

Nice entry. PM sekarang memang kuat mengarut.

White Hooder said... [Reply]

Read about this, too. Tapi, one question, klu semua urusan government ada dlm email nie, sure ramai orang yang nak hack kan? maybe lepas nie boleh jadi macam WikiLeaks pulak...

1MalaysiaLeaks.

Nabilla Nasir said... [Reply]

kalau ikut jumlah account email yang saye ade skrg mmg dah tak perlu rasenye. cukuplah 4 skrg ni. tapi penggunaan pun tak maksimum. Sebab still xde kesedaran untuk kite berhubung cara camni. at the end, guna cara conventional jugak. Cth tak semua lecturer bagi notes dgn cari email. sebabnye dieorang sndri malas nak guna. rugilah kalau kite tak gune even bukan duit rakyat pun

anyway just nak share tweet dari khairy jamaluddin pasal email 1M ni yg die post smalam

said:Why is everyone saying Govt will have to pay 50sen for each email sent from 1Msia email? PM has already said private initiative/investment. and :I am defending my PM not some company.

ezny said... [Reply]

tak perlu kowt...
wat banyakkn account je...last2 bukn gune pown...

! Sam Posmen ! said... [Reply]

White Hooder : haha. all official letters must via email after this. EPF statement, etc. oh no! i couldn't.

NabiLLa NaSir : im not in favor of any party.

cuma. sehari sebelum kj post tweet

interview dengan Dr Fadhullah (GM TM Net)'...had said the government would pay concessionaire Tricubes Bhd about 50 sen per e-mail for the project'

erm confusing. yang mana betul ni. entahla. aiseh!

Nabilla Nasir said... [Reply]

Erk! camtu pulak dah. Macam2 rumours dah keluar pasal benda ni. we wait and see jelah -_-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...