Thursday, March 3

Diam : Baik atau Tidak?



Masa aku kecil dulu mak aku selalu marah sebab aku ni kurang bercakap. Selalu menangis dan menyendiri. Ayah aku memang seorang yang pendiam. Mungkin aku terikut caranya.

Semakin aku dewasa sering aku berfikir adakah baik untuk berdiam diri? Dari kecil aku selalu perhatikan sekeliling. Melihat pelbagai situasi yang berlaku. Bila tiba waktu malam, aku akan termenung sendirian sambil berbaring dekat katil. Dan rasanya memang perlu untuk berdiam diri.

Bersetujukah kamu kalau aku kata orang banyak bercakap merupakan seorang yang 'bodoh'? Maksud aku bodoh dari pengisiannya. Di mana kekadang apa yang di cakapkan berlainan dengan tindakannya.

Jika di lihat di mana saja kebanyakkan orang yang banyak bercakap atau lantang bersuara sering melakukan kesilapan dan akhirnya akan memakan diri sendiri. Ini mungkin di sebabkan mereka melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang.

Banyak contoh di sekeliling dan rasanya kamu boleh banding dan nilaikan sendiri. Berbeza bagi seorang yang pendiam selalunya tindakan yang di buat akan di fikir dan di telilti dahulu. Selalunya dia akan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan seperti pengasas Microsoft, Bill Gates dan Warren Buffet yang merupakan salah seorang bisnesmen terkaya dekat US. Kalau dekat Malaysia? Ermm...

Jadi apa masalahnya?

Kalau dari teorinya memang banyak masalah. Orang yang lantang bersuara selalunya akan lebih di sukai. Sebab setiap ungkapan yang di keluarkan dapat mempengaruhi orang lain. Masalahnya bila ungkapan di keluarkan hanya omongan kosong. Maksudnya kalau bercakap main lepas je.

Sebagai contoh mengumpat. Kamu mengeluarkan pendapat dan ketidakpuasan hati terhadap seseorang akhirnya orang yang mendengar terikut-ikut. Tidakkah itu akan menyebarkan perpecahan kepada masyarakat?

Sering kita hangat dengan isu MLM sejak dua tiga tahun ni. Kebanyakkan pengasasnya merupakan seorang yang petah berbicara dan lantang bersuara. Dari pengalaman aku seseorang yang cetek pemikirannya akan mudah terpengaruh. Ada yang sanggup berhenti kerja, ada yang sanggup bergolok gadai, ada yang bercerai, ada yang meninggalkan anak bini sebab terpikat dengan skim yang di jalankan.

Kesudahannya baru beberapa bulan hidup semuanya musnah. Tak ada kemajuan untuk diri tetapi terperangkap dengan tohmahan orang dan hidup berhutang piutang. Dari siapakah puncanya?

Dari praktikal ada kebaikannya bila kamu lantang bersuara dengan syarat mempunyai faktanya. Untuk perkembangan kerjaya ia amat baik sekali. Di mana kamu dapat mempertahankan hak kamu sebagai seorang pekerja dan jika berbisnes dapat menarik minat pelanggan. Jika di sekolah atau di mana saja pula, kamu tidak mudah di buli oleh orang lain.

Baikkah pula jika berdiam?

Jika kamu tidak arif akan sesuatu lebih baik kamu berdiam diri. Dan biarlah berdiam dengan produktif untuk mencari penyelesaiannya. Ibarat diam-diam ubi biarlah berisi jangan seperti besi yang akhirnya berkarat.

Janganlah pula diam sampai tidak bersuara dan tak ada sebarang tindakan. Sehingga nak tanya pendapat pon susah. Pernahkan bilamana kamu ajak sesorang pergi lepak ke akhirnya jawapan yang di beri amat menyakitkan hati. 'Jom pergi makan. Dekat mana yang best ye? Erm...Ikut kamulah!'. Jawapan yang tidak memberi sebarang keputusan. Akhirnya membuatkan orang lain kebingungan.

Bagi aku tidak rugi jika kamu berdiam diri jika kena pada masanya. Dari berkata-kata dan akhirnya menyakitkan hati orang lain. Lain orang lain caranya. Jika di beri pilihan, kamu pilih yang mana?

2 surat:

Aku Skema said... [Reply]

bsuara bila dah master dlm bab tu..bila x tau diam sudah..baru x kena gelak..haha

! Sam Posmen ! said... [Reply]

yang master pon sering di gelak-gelakkan. ini kan pula yang ubun pon masih belum keras kan. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...