Insiden Azizulhasni Awang - keirin akhir lelaki. AP Photo/Jon Super
Pasti perasaan kamu tersentuh dan terasa nyilu apabila melihat di mana betis kiri kaki Azizulhasni Awang, pelumba keirin basikal negara tercucuk kayu dari serpihan velodrom.
Kejadian berlaku semasa dia bersama pelumba lain bergesel sesama sendiri dan terjatuh ketika berlangsungnya Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Velodrom Manchester, London semalam.
Walaupun dalam keadaan begitu dia masih meneruskan perlumbaan dan berjaya berada dalam kedudukan berpingat gangsa. Menariknya dia hanya sedar kecederaan yang di alami selepas menamatkan pelumbaan.
Memang betul-betul pelumba sejati ini. Biasalah semasa menyayuh mungkin tidak terasa sakitnya tetapi selepas tamat perlumbaan baru terasa peritnya. Tidak dapat bayangkan bagaimana kesakitannya.
Sikap yang tidak berputus asa inilah kita perlu contohi. Betapa kuatnya semangat yang di tunjukkan untuk meneruskan apa yang di lakukan. Sehingga tamatnya perlumbaaan.
Syabas di ucapkan kepada 'the pocket rocketman'. Semoga cepat sembuh dan agar dapat layak ke Kejohanan Trek Dunia pada bulan depan di Apeldoorn, Belanda.
Mari kita layan pula video di bawah ini. Detik-detik kemalangan melibatkan Azizulhasni
4 surat:
ada unsur khianat ke agak2 ye?
rasa-rasanya tak kot. kalau acara keirin, insiden macam ini dah jadi kebiasaan. mungkin semalam bad luck for azizul. agak serius sikit
tak tau mana satu azizul.. tak clear sangat la rasanya dalam video tu kan?
Insyaallah selamat pemain Malaysia kita
Post a Comment