Contohnya jika terbaca dekat wall facebook mesti ada yang melepaskan ketidakpuasan hati dengan status yang di postkan. Tak suka dengan orang itulah, orang inilah, benci sana, benci sini, menyampah nak kawan dengan seseorang. Ada yang kadangkala tidak dapat kawal perasaan, sehingga timbulnya ugutan. Di mana membahayakan diri sendiri dan orang lain.
Jika bercakap pasal gaduh mesti ramai yang fikir negatif dan semuanya berkaitan yang jahat saja kan. Pernah tak kamu fikir kenapa kita selalunya terus-menerus bergaduh? Salah satu sebabnya tentulah ada konflik atau masalah yang tidak mencapai kata sepakat.
Dari pengalaman aku terdapat pelbagai jenis pergaduhan. Tidak di nafikan walaupun aku seorang yang pendiam, tetapi kalau bab ini memang hot-temper sikit. Di bawah ini ada di senaraikan beberapa jenis pergaduhan.
Gaduh bergurau
Masa kamu budak-budak selalu main dekat taman permainan. Berseronok, bergurau-gurau, mengusik kawan, pastu jika barang kesayangan kamu rosak atau di ambil oleh orang lain tentu terasa marah. Kesudahannya berlakunya pergaduhan, menangis dan balik mengadu dekat mak.
Walaupun sering berlaku dan kena buli esoknya tetap akan pergi main juga kan. Kenangkan balik best je rasanya jadi budak-budak. Hari ini bergaduh esok sudah lupa segalanya.
Gaduh bersahaja
Selalu jika lepak-lepak dekat kedai mamak, jalan-jalan pergi shopping complex ke mesti ada gurau-gurauan kan. Masalahnya yang selalu di hadapi kebanyakkan orang kalau bergurau tak pernah nak ingat dunia. Maksudnya kalau bergurau tak ada had dan batasan. So, mula-mula kutuk-mengutuk, maki-memaki akhirnya touching dan moody satu hari.
Gaduh bermanja
Selalunya terjadi terhadap pasangan kekasih tak pon suami-isteri. Secara mudahnya kepada golongan yang sedang di lamun cinta. Memang sweet bila tengok cubit mencubit, ketawa dan bergurau-senda.
Selepas bergaduh bermulanya pujukan dan rayuan supaya memaafkan. Menghantar sms, calling-caling tak pon bagi hadiah sebagai tanda meminta maaf. Memang menarik. Tapi kalau bagi kes seperti piring terbang dalam rumah, itu di kecualikan ye. hehe
Gaduh profesional
Sebulan lepas aku ada perselisihan pendapat antara aku dan colleague yang lebih berumur di tempat kerja. Hendak di jadikan cerita hari itu aku memang agak moody dan mungkin colleague aku pon ada masalah lain. Di sebabkan hal kecil saja kami hampir bertumbuk. Hendak aku pelempang masa itu muka dia. Akhirnya di suraikan dengan aman.
Sejak hari itu aku jadi semakin rapat dan kamcing sangat. Semalam pun pergi lepak dekat Gulam Mee Kota Damansara berdua. Tak pernah dalam sejarah mengeteh berdua-duaan.
Gaduh hardcore-metal
Kalau kes ini selalu terjadi terhadap ahli kongsi gelap, ah long ataupun orang yang menaruh perasan dendam teramat sangat terhadap kita. Di mana akibat pergaduhan itu terjadi masalah lebih serius. Pembunuhan, kerosakan harta benda dan ketakutan untuk hidup yang menjadi fobia.
Setakat ini aku belum pernah menghadapi lagi. Alhamdulillah. Hasil dari pengalaman kawan-kawan dan filem-filem, inilah yang dapat aku rumuskan.
Gaduh love-candy
Gaduh cara ini merupakan favorite sangat. Dan berharap akan terjadi suatu hari nanti. Selalu berlaku apabila seseorang saling bergaduh manja, saling benci membenci, saling tidak menaruh perasaan atau dalam cara mudahnya kalau berjumpa mesti tak mahu terus-menerus tengok dan memandang muka dia. Kalau boleh tak ingin muncul dalam setiap apa yang kita lakukan. Mesti akan saja helah untuk mengelaknya.
Kenapa aku suka bergaduh cara ini ye? Orang kata selalunya kalau bergaduh cara ini akan melahirkan suatu perhubungan yang istimewa.
Ops! Jangan fikir bukan-bukan ok. Istimewa di sini bermaksud kalau bagi yang bujang selalunya akan berakhir dengan sebuah perkahwinan dan keluarga yang bahagia. Kalau berkawan akan menjadi lebih rapat dan akrab dan bila kita dalam kesusahan orang yang bergaduh dengan kita inilah yang akan pertama dulu memberi bantuan.
Sweet kan? Harap-harap satu hari nanti dapat alami juga. Tapi tak nak la gaduh teruk-teruk sangat.
Rasanya cukup beberapa jenis pergaduhan yang sering berlaku di sekeliling kita yang di huraikan. Banyak lagi cara bergaduh yang kekadang tidak masuk akal.
Bagi yang suka bergaduh atau marah-marah lebih baik kita kurangkan. Bahaya untuk kesihatan nanti kena migrain dan darah tinggi pula, kalau berkawan nanti takut kita tidak di senangi oleh orang lain.
Semua yang di ciptakan di dunia ini indah belaka. Walaupun bergaduh di anggap sesuatu benda negatif tapi kalau kita yang guidekan ke arah posotif mesti berguna terhadap diri kita pada masa akan datang. Postoranzaa...
Tweet
2 surat:
yup ade kebenaran disebalik entry ini hehe
Greaat reading this
Post a Comment